Kelazatan Hidup Pada Keikhlasan Memberi

Alunan ayat al-Quran dibiarkan beralun dalam bilik Muhammad. Helaian buku Physiologi di buka satu persatu. Membaca dan terus membaca. Meniti untaian fakta dengan teliti. Namun, semuanya jadi serba tidak kena. Baca sahaja sudah berulang kali banyaknya. Tetapi masih belum dapat kuasai dan ingat fakta-fakta penting dalam buku itu.

” Ya Allah, ini mesti ada sesuatu yang tidak kena ini. Ya Allah, permudahkanlah aku untuk memahami dan mengingati fakta-fakta ini.” Keluh Muhammad.

Lantas, dia berwhuduk. Sejadah dihampar. Kala gelap malam itu, dia bermunajat kepada Allah S.W.T. Menangis meminta ampun atas segala dosa-dosa yang telah dia lakukan selama ini. Bertaubat. Dia tahu, kerana maksiatlah, hatinya jadi tak tenteram. Hitam.

Bagaimana ilmu yang suci itu mahu menerjah masuk ke lubuk hatinya jika tidak dahulu dibersihkan?

Terdengar rintihannya meminta kepada sang Khaliq untuk memberi kepada dia kefaqihan dalam ilmu Agama dan kefaqihan dalam ilmu Perubatan. Muhammad merintih bersungguh-sungguh.

Baru sahaja Muhammad pergi menziarah makam Imam as-Syafie dan Imam Waqiq. Dia terkenangkan kisah Imam as-Syafie yang sukar untuk mengingat pada satu ketika, lantas mengadu kepada gurunya, Imam Waqiq. Mudah sahaja jawapan guru Imam as-Syafie, ilmu itu tak boleh menembusi hati yang wujud palitan maksiat.

Sebelum itu, Imam as-Syafie telah terlihat betis seorang wanita di pasar. Baru beliau ingat. Allah… Sucinya hati mereka. Hebat. Jika terlihat macam itu pun sudah boleh memberi kesan terhadap hati kita, apatah lagi jika sudah banyak kali.

Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda:

“Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya. Itulah yang diistilahkan “ar-raan” yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang ertinya), ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka’.” ( HR. At Tirmidzi no. 3334, Ibnu Majah no. 4244, Ibnu Hibban (7/27) dan Ahmad (2/297). At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan.)

Usai sahaja bermunajat, Muhammad terus switch on laptop ASUS N53SVnya. Tanpa difikirkan lain, dia terus menelefon mamanya melalui internet. Begitulah Muhammad, tatkala susah, pasti dia akan telefon ibunya. Meminta agar ibunya doakannya. Meminta kata-kata semangat daripada ibunya.

Tidak kurang juga tips-tips berguna. Walaupun ibu bapanya bukanlah orang hebat, hanya guru biasa, nasihat mereka sangat berharga. Berlainan dengan kawan-kawannya yang lain di Malaysia, segelintirnya lebih suka mengadu kepada ‘awek’ masing-masing. Peluang itu juga digunakan untuk melepaskan rindu yang terbuku. Walau jauh di lain benua, namun mereka tetap istimewa.

Muhammad meneruskan aktiviti studynya kembali. Terus diniatkan kerana Allah S.W.T. Kerana dia percaya, studynya bakal jadi indah, jika dihiasi niatnya kerana Allah S.W.T. Diulang kembali apa yang tidak difahami. Di teliti kembali fakta-fakta yang tertangguh sebentar tadi.

Ya Allah, sungguh mudah kali ini. Lebih mudah dari tadi. Alhamdulillah. Hatinya rasa lapang. Syukur ke hadrat Ilahi. Kawan-kawan di sekitarnya juga kerap menolongnya. Syukurlah.

“Kelazatan Hidup Pada Keikhlasan Memberi”

Sungguh benar kata-kata itu. Baru kini Muhammad menyelami maksudnya. Memberi tanpa keikhlasan, ibarat tiada apa-apa. Mungkin mendapat pujian, tetapi ianya tidaklah seindah pemberian yang di debungai dengan keikhlasan kerana Allah S.W.T.

Andai kita tidak pernah memberi, bagaimana kita akan dapat merasai kelazatannya? Berilah apa sahaja yang termampu.

Setakat di bumi Mesir ini, Muhammad berhajat mahu menerjah ke lembah ilmu sepenuhnya. Pernah dia ditawarkan untuk memegang biro itu dan ini, AJK persatuan itu dan ini.

Namun, setelah hatinya menimbang kembali, nyata dia lebih rela meletakkan dan menumpukan seluruh jiwa raganya setakat ini khas buat ‘kekasih’ idamannya yang bernama Ilmu.

Sehandal mana pun softskill yang kita ada, namun jika masih kegersangan ilmu, tiada gunanya juga. Bagimana hendak memberi, jika diri sendiri masih belum terisi?

Lagipun, tujuan utamanya ke Lembah Nil ini, sememangnya ingin mengutip mutiara-mutiara ilmu di sini. Jadi, tidak perlulah memberi melalui medium-medium seperti itu. Belum lagi sesuai, katanya. Bukankah ‘memberi’ masa kita untuk menuntut ilmu juga di ketegorikan sebagai ‘memberi’?

Namun dia tidak pernah menghalang orang lain untuk ‘memberi’ melalui medium-medium seperti itu.

Percayalah, jangan jemu untuk memberi. Walaupun ia hanya segenih ( LE 1.00 ) kepada si peminta sedekah. Ia membawa jutaan kejutan yang tidak kita sangkakan, insya-Allah. Rasailah sendiri.

Glosari

1)Segenih (LE 1.00)= RM 0.53

Artikel iluvislam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s