Muslimah Seperti Pohon Semalu

Cuba tengok pokok ini. Apa nama pokok ini?” Faris Haikal cuba menguji minda anak muridnya.

“Pokok semalu.” Semua serentak menjawab.

“Wah! Pandai adik-adik ini. Siapa tahu apa kelebihan pokok semalu?” Faris Haikal tersenyum melihat karenah anak-anak yatim itu. Semuanya bersemangat untuk mendengar syarahan daripadanya.

“Hmm. Susahlah soalan itu. Oh,ye. Zaki rasa, mungkin sebab ia pemalu. Dulu arwah mak pernah tunjuk pokok ni pada Zaki.” Zaki dengan beriya menjawab soalan gurunya itu.

“Hehe…Aduhai…comel sungguh adik  Zaki ini. Betul juga jawapan itu. Untuk pengetahuan semua, identiti utama pokok semalu atau nama saintifiknya ‘Mimosa Pudica’ ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Apa yang boleh kita kaitkan dengan pokok ini? Boleh bagi contoh, Siddiq?”

Faris Haikal terus mengutarakan soalannya kepada Siddiq, memandangkan dia seolah-olah tidak memberikan perhatian. Mungkin kerana umurnya lebih tua dari adik-adik Darul Izzah yang lain. Tingkatan lima. Sangat remaja.

“Hmm…Bagi saya. Pokok semalu ni macam perempuan!” Semua terus mengalihkan mata tepat pada wajah Siddiq. Hairan dengan jawapan itu.

“Wah, bagus jawapan itu. Cuba Siddiq terangkan.” Faris Haikal teruja dengan jawapan anak muda itu. Mungkin dia sedang cuba memahami sesuatu tentang dunia kini.

“Yelah, perempuan seharusnya ada sifat malu dalam diri mereka. Pokok semalu ini kalau kita tengok, apabila kita sentuh, ia tertutup. Ini menunjukkan ia nak melindungi dirinya. Tapi, perempuan zaman sekarang tidak tahu malu!” Bukan main marah dan bertegas cara Siddiq menjawab soalan itu. Mungkin pernah mengalami sesuatu dalam hidupnya yang berkaitan dengan wanita. Mungkin.

“Betul! Pokok semalu ini pokok perempuan. Orang perempuan yang pakai tudung, menutup aurat dengan sempurna dan ada sifat malu tidak akan membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya.” Faris Haikal mengukir senyuman. Adik-adik Darul Izzah pula mengangguk-anggukan kepala isyarat memahami penjelasan itu.

“Oo..tapi, kalau pokok semalu ini sudah tutup tapi orang ingin memegang juga macam mana?”Aiman dari tadi diam, tiba-tiba bersuara. Faris Haikal tersenyum.

“Tangan orang itu akan terluka sebab pokok semalu ada duri!” Faris Haikal menangkis hujah Aiman.

“Jadi, kalau orang itu cabut juga pokok ni?” Aiman seperti mahu melontar provokasi.

“Dia akan dihukum Allah! Tangan yang mencabut itu akan menerima seksaan-Nya!” Tegas jawapan Faris Haikal. Semua terdiam. Terkejut dan takut dengan jawapan itu. Aiman segera mendepa tangannya. Tidak jadi untuk mencabut pokok semalu yang sudah mahu digenggamnya.

Mereka semua setuju dengan jawapan yang diberikan. Ringkas. Padat dengan pengajaran yang bermanfaat. Kelas hari ini berakhir dengan penuh pengertian. Masing-masing berfikir tentang ilmu alam. Sunnatullah di dunia ini pasti mempunyai hikmah yang amat bermakna buat manusia sejagat.

Peliharalah aurat kita wahai muslimah, pelihara ia dengan sebaiknya.

Sumber: http://www.iluvislam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s