Saya, Purdah, dan…….


Gambar hiasan.

“Apa pandangan enta tentang purdah?”

“Enta rasa berbaloi tak kalau seseorang perempuan pakai purdah di luar kampus, tapi di dalam kampus dia tak pakai?”

Demikian antara soalan yang diajukan kepada saya dalam diskusi maya (menerusi chat Facebook dan SMS) bersama seorang hamba Allah. Diajukan kepada seorang pemuda biasa yang punya nafsu yang bergelora seperti mana remaja lain dan belum punya kemampuan untuk berkahwin.

Namun, saya perlu berterima kasih kepadanya kerana mengajukan soalan tersebut kepada saya. Kerana soalan tersebut, saya betul-betul bersyukur kerana saya diletakkan di dalam sebuah sekolah lelaki (walaupun tidak sepenuhnya lelaki) ketika saya berpindah ke Kuching. Juga, saya bersyukur di atas setiap detik berada di dalam beberapa kelas yang mana ‘penghuninya’ adalah lelaki semua di CFS.

Maka, pandangan yang saya berikan kepada hamba Allah tersebut adalah pandangan dari sudut seorang lelaki yang belum berkahwin.

Jangan Bergaduh dalam Perkara Zhanni

Saya tidak mahu mengulas tentang purdah dari sudut hukum. Masih menjadi suatu perbincangan, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukum memakai purdah bagi perempuan.

Siapa yang hendak berpegang kepada pandangan yang mengatakan wajib, silakan. Siapa yang hendak berpegang kepada pandangan yang mengatakan tidak wajib, silakan.

Tetapi, jangan mengatakan bahawa pandangan orang lain adalah tidak betul dan salah. Perkara yang zhanni, belum jelas hukumnya jangan dijadikan isu perkelahian.

Sisi Lain Seorang Lelaki

Namun, jika semua perempuan muslimah tahu akan hakikat diri mereka sebagai suatu ujian kepada lelaki, saya antara orang yang akan sujud syukur kepada Allah SWT apabila melihat suasana berpurdah dibudayakan.

Mengapa? Kerana hati seorang lelaki yang beriman akan menjadi tenang. Kain purdah yang kecil mampu menghalang panahan syaitan menembus mata lelaki untuk menatap kecantikan wajah seorang wanita yang telah Allah SWT ciptakan.

Dan itulah yang menjadi suatu masalah besar kepada saya dan mana-mana lelaki apabila berada di luar kelas, sama ada memang di luar kelas atau di dalam mesyuarat kokurikulum.

Hanya kerana kejelitaan seorang wanita, pelajar lelaki yang mulanya kurang bersemangat untuk hadir ke mesyuarat, boleh menjadi seorang yang aktif memberikan pandangan dalam mesyuarat tersebut.

Apabila seorang lelaki tertarik kepada keindahan wajah seorang muslimah, seorang muslim yang pada mulanya ikhlas menjayakan sesuatu program, boleh bertukar niatnya apabila mengetahui muslimah itu turut terlibat sekali.


Gambar hiasan. Klik untuk gambaran yang lebih jelas

Ya, niat!

Kita biasa melihat situasi begini. Lihat sahaja di dalam mana-mana drama atau animasi. Lelaki yang malas, bermuka-muka di hadapan wanita yang jelita, berlagak rajin ingin mengambil hatinya. Babak fiktif yang mencerminkan realiti sebenar.

Dan agak sayang, peraturan universiti tidak membenarkan seorang muslimah menggunakan purdah di dalam kampus. Saya mengira kelas diatur secara berasingan mengikut jantina, tetapi rupanya tidak!

Amaran buat Kaum Hawa

Buat wanita yang sedang membaca tulisan ini, saya ingin mengingatkan kepada kalian semua tentang satu hakikat. Fikirkan baik-baik persoalan berikut.

Mengapa anda disuruh menutup aurat?

Mengapa anda disuruh untuk menjaga batas pergaulan?

Mengapa ada sesetengah muslimah yang menggunakan purdah, tudung yang sangat labuh, pakaian yang tidak ketat?

Tidakkah pernah anda terfikir mengapa?

Jawapannya, kerana mata lelaki sangat sangat sangat pantang, asal nampak tubuh badan wanita mata mereka tidak berkelip langsung. Bermula dari atas, kemudian ke bawah, semuanya ditatap. Yang dinamakan hawa nafsu itu sangat sangat sangat liar, lebih liar daripada binatang liar. Sekalipun lelaki itu punya pengetahuan yang tinggi dalam agama, belum menjamin dia terselamat daripada fitnah andai dia tidak memahami.

Sekali mereka menangkap bahagian yang ‘menawan hati’, mulalah kerja Syaitan untuk meracuni pandangan mereka, yang akhirnya merebak ke hati. Kerana hati mereka sudah diracuni, maka hawa nafsu mendesak untuk dipuaskan. Maka, jangan hairan melihat begitu banyak kes rogol sekarang ini.

Dan Allah ‘Azza Wa Jalla Maha Bijaksana, meletakkan begitu banyak peraturan yang kita merasakan mengongkong kebebasan kita. Hakikatnya, peraturan tersebut sebenarnya bertujuan mengongkong hawa nafsu seorang lelaki daripada meliar.

Kaum Adam dan Kaum Hawa Tidak Terkecuali 

Apa-apa pun, bukan pihak wanita sahaja yang memainkan peranan. Allah tidak melupakan kaum Adam. Kalau tidak mahu terjebak, maka lelaki itu sendiri kena mengambil langkah berjaga-jaga. Dan Allah telah meletakkan langkah berjaga-jaga tersebut.


“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nur, ayat 30)

Ternyata, dalam bab menjaga pandangan, Allah tujukan Perintah-Nya kepada kaum Adam dahulu, barulah kepada kaum Hawa dalam ayat berikutnya.


Gambar hiasan.

Bukan isu gender yang menjadi permasalahannya, tetapi suatu isyarat daripada Allah: “Kalau hendak selesaikan masalah, semua kena mainkan peranan!”

Ya, apa guna kalau seorang muslimah itu sudah menyempurnakan segala ‘perisainya’, andai si lelaki masih tidak menjaga matanya yang keranjang itu.

Sumber: http://daiesiber.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s