Hingga Hujung Waktu

Keriuhan kanak-kanak bermain di taman permainan itu hilang serta merta saat terdengar jeritan seorang wanita. Orang ramai berkumpul di sekitar seorang wanita yang sedang merangkul seorang kanak-kanak perempuan di pangkuannya. Tidak seperti kanak-kanak lain yang menangis teresak-esak, aku hanya memerhati dari atas bukit di seberang jalan.

Di hospital…

Papa dan mama segera melangkah ke katil bernombor 18 yang terletak di hujung bilik wad tersebut. Sekali lagi aku hanya menjadi pemerhati dari kejauhan melihat Dianne terlantar lemah di katil hospital. Kelihatan mesin pelbagai di sekitar katilnya. Mak Cik Nora menangis teresak-esak dalam rangkulan mama.

“Sabarlah Nora.”

Hanya itu ayat yang mampu dikeluarkan oleh mama buat jirannya itu. Papa hanya mengangguk-angguk tanpa aku pasti maksudnya.

Enam bulan di hospital, akhirnya Dianne dibenarkan pulang ke rumah semula. Namun segalanya sudah berubah. Dianne tidak seperti dahulu lagi. Walaupun sentiasa beraksi ceria, aku tahu bahawa hatinya pedih menerima hakikat bahawa dia kini seorang kanak-kanak yang buta.

“Ian, jom pergi taman.”

Dianne seperti dahulunya sentiasa ceria mengajak aku bermain bersama kanak-kanak yang lain dan seperti kelazimannya, aku menolak. Dianne melangkah perlahan-lahan sambil tongkatnya meraba-raba jalan di hadapannya. Tanpa sedar, langkah kakiku menurut langkahnya dari belakang dengan perlahan.

Kini, sudah enam tahun peristiwa itu berlalu, aku dan Dianne sudah meningkat remaja. Sudah 18 tahun. Perlahan-lahan aku membantu Dianne duduk di bangku taman.

“Terima kasih.”

Aku melihat Dianne tersenyum. Aku turut tersenyum walaupun aku tahu dia tidak mampu melihat senyumanku.

“Awak senyum ya?”

Aku menjungkitkan kening tanda hairan.

“Hairan? hmm, saya ni memang buta, tapi hati saya tak buta tau.”

Dianne tergelak kecil dan sekali lagi mengundang tawaku.

Aku merupakan seorang kanak-kanak yang pasif. Tidak minat bergaul dengan kanak-kanak lain, pendiam, suka menyendiri dan menghidap penyakit jantung sejak berumur empat tahun. Lapan tahun yang lalu iaitu ketika aku berumur sepuluh tahun, keluarga aku baru sahaja berpindah ke kawasan perumahan itu.

Sejak ketika itu, hanya Dianne yang berani mendekati aku walaupun aku bersikap dingin terhadapnya. Malam itu, 11 Jan 2009, pada hari jadiku, papa dan mama menyampaikan berita bahawa kami akan berpindah ke luar negara kerana projek papa di sana.

Aku hanya diam tidak membantah, berpindah randah kerana tugasan papa bukan perkara aneh bagiku. Mungkin itu merupakan antara faktor aku tidak mempunyai ramai kawan dan lebih senang menyendiri. Dianne turut mendengar berita itu dan aku lihat keruh di riak wajahnya.

Aku melihat ke seluruh ruang bilik buat kali terakhir, ketika menuruni tangga rumah, aku terdengar mama menangis sambil di pujuk oleh adikku. Memang fenomena biasa setiap kali kami akan berpindah rumah, mama pasti menangis.

Papa sedang memeriksa barang-barang kami yang telah dipindah masuk ke dalam lori. Kelihatan beberapa orang jiran datang membantu termasuklah keluarga Dianne. Aku ke taman kecil rumah kami dan kelihatan Dianne sedang duduk di bangku taman menghadap kolam ikan mini mama.

“Dah habis kemas?”

Soal Dianne tanpa menoleh.

“Dah.”

Aku menjawab kecil lalu duduk di sebelahnya. Dianne menghulurkan sebuah bungkusan kepadaku.

“Thank you.”

Aku menyambut bungkusan tersebut. Dianne tersenyum.

“Lepas ni, tak tahulah bila kita boleh berjumpa lagi kan.”

Aku hanya mengangguk dan kemudian tersedar akan kebodohanku kerana Dianne tidak dapat melihat anggukan tersebut.

“Nanti, kalau saya balik, saya cari awak. Saya janji.”

Janji? Aku sendiri tidak pasti dengan apa yang aku katakan tapi hati terasa senang saat mengungkapkan janji itu. Namun begitu, aku sendiri tidak pasti apakah hayatku akan sampai pada ketika itu nanti? Penyakit jantung ku kini semakin parah memandang sehingga kini masih belum mempunyai penderma.

************************

“Ian! Welcome home man.”

Aku merapati Adam, sahabatku ketika di luar negara dahulu. Dia sendiri baru sahaja pulang ke tanahair dua bulan sebelum aku.

“Ian.. aku rindu kau lah.”

Adam memelukku erat.

“Kau nak orang anggap aku ni apa hah? Gay?”

Aku faham sangat muslihat Adam yang suka bergurau itu.

“Relaks lah bro. Kau ni asyik serius memanjang jer. So, tiba-tiba balik ni apa cerita? Hari tu aku ajak balik, kau tak nak. Sekarang ni, tiba-tiba pulak nak balik?”

Aku tidak mengendahkan bebelan Adam dan terus ke menolak ‘trolley’ bagasiku ke luar lapangan terbang.

“Bro, kereta aku kat sini lah.”

Adam tersenyum kerana faham bahawa aku tidak mahu menceritakan apa-apa.

“Alang-alang kau dah balik ni, aku harap kau stay lama sikit lah kali ini. At least lepas aku kahwin nanti, baru kau balik.. okay?”

“Nak tunggu player  macam kau kahwin, alamatnya tak balik lah aku.”

Adam tergelak kecil mendengar komen itu.

“Kau jangan terkejut bro, hujung bulan ni aku nak kahwin dah.”

Aku hanya tersenyum sinis, sukar untuk dipercayai sahabaku ini hendak berkahwin.

“Serius bro, aku balik hari tu, mak aku terus suruh kahwin, aku cakap tak ada calon, dia siap dah ada calon pulak tu. Cantik. hehe..”

Adam tersenyum manis sambil tangannya ligat melihat hasil gambar-gambar yang telah aku ambil di taman sebentar tadi.

“Kau ingat kahwin ni perkara main-main ke?”

Aku teringat akan emel yang aku terima dari Dianne. Emel yang menjadi punca aku pulang semula ke tanahair.

Lima tahun di Jepun, aku tidak pernah membalas walau satu pun daripada emel yang dikirimkannya. Namun begitu, dia tetap setia mengirimkan emelnya menceritakan tentang kehidupan di Malaysia.

Tentang kejayaannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang muzik major –violin. Emel-emel itu dikirim atas bantuan adiknya, Afina.

“Esok aku nak jumpa tunang aku, fuhhh, nervous gila ni bro…”

Adam kelihatan sangat ceria. Aku juga kurang pasti akan perkara yang telah diceritakannya sebelum ini. Yang pasti semuanya adalah berkaitan dengan tunang yang tidak pernah ditemui itu.

“Tapi kan bro, ada satu masalah lah, tunang aku tu buta, kau rasa macam mana?”

Aku tersenyum saat melihat riak risau di wajah Adam.

“Kau jumpa lah dulu. Entah-entah lepas jumpa dia, kau tak rasa pun ada kekurangan. Entah-entah nak kahwin terus.”

Aku cuba mententeramkan hati sahabatku itu.

Adam Mukhriz, anak jati Kuching, Sarawak. Meminati muzik tetapi mempunyai ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang kejuruteraan mekanikal pembuatan.

Sudah bertunang, tetapi tidak pernah menemui tunangnya dan bakal bernikah hujung bulan May.

************************

Keesokan harinya…

Aku menekan loceng pagar rumah teres dua tingkat itu. Kelihatan seorang wanita menghampiri

“Aunty Nora?”

Wanita akhir 40-an itu mengamati aku sedalam-dalamnya.

“Saya Ian, Ilham Amirul Nafis, anak En. Rafiq dan Pn. Amina.”

Wajah wanita itu segera bertukar ceria. Segera dia membuka pintu pagar dan memeluk aku seerat-eratnya.

“Duduklah Ian, aunty nak ke dapur sekejap.”

Aku memerhati ke sekeliling rumah, di satu sudut kelihatan gambar seorang gadis sedang menerima ijazah.

 “Assalammualaikum, ibu…”

kelihatan seorang gadis masuk ke rumah dengan perlahan.  Sepertinya gadis tersebut tidak menyedari kehadiran aku di situ.

“Waalaikummussalam, dah balik dah. Kita ada tetamu istimewa hari ni.”

Aunty Nora memimpin tangan gadis tersebut menghampiri aku.

“Dianne masih kenal tak?”

Aku menghalang apabila Aunty Nora mahu menyebut namaku. Aku hanya membiarkan Dianne meraba mukaku, rambut dan akhir sekali, dia kelihatan seperti sedang menghidu sesuatu pada ku. Dianne tersenyum. Hampir lapan tahun aku tidak melihat senyuman itu.

“Dianne kenal bau minyak wangi ni. Ian kan?”

Aku tersenyum dan membantu Dianne duduk di sofa disebelahku. Aunty Nora sudah menghilang ke dapur memberikan ruang kepada kami untuk berbual.

“Balik jugak akhirnya…”

Dianne tersenyum lagi. Dan seterusnya suasana sunyi. Tiada kata terluah dari bibirnya lagi dan aku seperti biasa hanya membatukan diri.
************************

“Nanti kenduri Dianne, Ian datang tau..”

Aku hanya membatu dan menyalami Aunty Nora sebelum beransur pergi dari rumah itu.

“Bro, gorgeous bro, gorgeous, cantik gilerrrrrr…”

Adam kelihatan sangat gembira selepas bertemu dengan bakal isterinya. Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat yang terlalu gembira itu.

Menurut Adam, bakal isterinya itu serba boleh walaupun buta, wajahnya cantik, berpelajaran, berkejaya, dan seorang yang ceria dan paling penting tidak sombong.

“Atira Dianne Musa.”

Aku terkejut saat nama itu meniti di bibir Adam.

“Siapa nama bakal isteri kau?”

Aku bertanya sekali lagi tidak puas hati. Tidak mungkin ini kebetulan.

“Atira Dianne Musa, bro, hari tu lagi aku dah bagitahu, cantikkan nama tu?”

Adam tersenyum lagi. Aku melihat ke arah Adam yang membelakangi aku, hampir terduduk di dinding kaca gelanggang skuasy itu saat mendengar sebaris nama Dianne meniti di bibir Adam. Gadis yang aku sayangi sejak kecil.

Buat kesekian kalinya aku membuka album buatan Dianne, diawal album terdapat sebuah sajak:

Memandang, tak mampu melihat,
Jauh dalam kedekatan,
Melihat tak mampu merenung,
Sebatu dalam sekaki.

Tak bersuara bukan bisu,
Tak melihat bukan buta,
Tak bersua bukan menghilang,
Tak bertegur bukan benci.

Aku hanya ingin kamu terus di sini,
Bernafas tanpa resah gelisah,
Bersuara tanpa keluh kesah,
Berlegar tanpa perlu gundah.

Aku hanya ingin kamu terus tersenyum,
Walau hanya dari kejauhan,
Walau hanya mencuri perkhabaran,
Walau hanya selisih pandangan.

Dan aku hanya akan terus menunggu khabar dari kejauhan..

Sudah seminggu aku menerima rawatan di hospital namun aku tahu masaku kini hampir ke penghujungnya. Mama dan papa juga sudah pulang ke tanahair sebaik menerima khabar dariku.

Hanya Adam dan Dianne yang tidak tahu akan keadaanku kini. Kepada Adam, aku hanya mengatakan bahawa aku harus pulang ke Jepun kerana ada urusan penting yang harus aku selesaikan dan dia memahaminya.

Terima kasih sahabatku. Dua hari selepas hari persandingan Adam Mukhriz dan Atira Dianne Musa, mereka menerima hadiah pernikahan tak termahal apabila terdapat seseorang yang sudi mendermakan organ kornea kepada Dianne.

Kini, sebulan berlalu selepas pembedahan pemindahan kornea daripada insan yang tidak mahu dikenali itu. Adam merupakan antara insan yang paling gembira sekali kerana insan tercintanya kini sudah mampu melihat semula setelah sekian lama.

Namun begitu, ada sesuatu yang mengganggu pemikirannya, Ian tidak pernah membalas emelnya lagi setelah hari terakhir dia menghubungi sahabatnya itu adalah pada hari persandingannya.

************************

Adam dan isterinya berteleku di pusara sang sahabat yang pergi tanpa sempat mereka mengucapkan terima kasih atas hadiah berharga diberi.

“Ian, kau memang yang paling cool, tak kira lah macam sekalipun aku nak jadi macam kau, kau tetap yang terbaik.”

Dianne menatap serangkap sajak khas buat dirinya;

Saat hati teringat namamu,
Tubir mata ini berkaca,
Saat lidah menghembus namamu,
Empangan itu pecah.

Saat figura mu hadir dalam mimpi,
Akal ini tak bisa berfikir,
Saat jasadmu hadir dalam realiti,
Minda ku kosong tak terisi.

Saat aku minta kau pergi,
kau hanya menyanggupi,
Saat ku hilang tanpa khabar,
Kau hanya menanti,
Saat ku kirim khabar itu,
Kau hanya meredhai.

Saat kita bersua lagi,
Kau sudah berubah hati,
Saatku tatap mata itu lagi,
Kau sudah tak kenal lagi

Tega sungguh ingatan itu pergi,
Bisa saja memoir itu pergi,
Dan kini aku yang harus merelai.

Adam..

“Boku ga iru boku ga kimi o mamotte ageru eien ni.. This is the girl that I told you before, love her the way she is bro. That’s my last wish.. “

Ilham Amirul Nafis

 Artikel iLuvislam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s