Rezeki, Soal Siapa?

“Ustaz, lopeh isyak kang, jomput ko umah sey, ado makan-makan sikit”, jemput Dato’ Waad.

Seusai solat Isyak di surau, saya di ajak oleh seorang Tuan Haji untuk pergi ke rumah Dato’ bersamanya. Kelihatan ketika itu, ada perkara yang ingin dibincangkannya. Tuan Haji ini amat makruf dikenali masyarakat sekeliling.

Dengan menaiki Honda C70 yang agak antik, saya dan jemaah yang lain terus ke rumah Dato’ Hj Waad.Dalam perjalanan, banyak persoalan yang di utarakan oleh Tuan Haji. Antaranya hukum berselawat sambil berjogging. Namun, persoalan seperti ini tidaklah membebankan fikiran.

Tika mana sedang menjamu selera sempena jamuan hari raya, banyak perkara yang saya temui. Tambahan bila semeja dengan ‘orang tua’. Politik, perkahwinan, umpatan, dan ramai berbicara dengan emosional bukannya dengan rasional. Selepas tamat ‘pusingan pertama’ saya memilih untuk makan dimeja lain. Dekat dengan setiausaha masjid. Tuan Haji Nor Mohamed. Berbincang tentang program dan sebagainya. Itu lebih jadi pilihan saya.

Namun, ketika pulang bersama Tuan Haji dari rumah Dato’ satu isu yang amat membingunkan fikiran saya. Isu Rezeki. Ternyata, umat Melayu dikawasan saya ini masih beranggapan soal rezeki ini soal tangan manusia.

“Ustat, dah habis belajar nanti nak kerja apa?”

“Herm, saya rasakan Tuan Haji saya nak kerja sendiri dulu, selepas itu cadangnya nak sambung master”. jawab saya.

“Hishh, Ustaz ni, kerjalah tetap dulu (kerajaan), lepas tu barulah kerja sendiri”.

“Bila sudah ada rezeki tetap , baru lah senang nak buat apa-apa ustaz”, tambah Tuan Haji lagi.

Saya amat faham apa yang Tuan Haji cuba sampaikan. Niatnya mahukan saya mempunyai kewangan yang stabil dan kukuh sebelum saya melanjutkan keinginan untuk bergerak sendiri. Saya yakin dan percaya rezeki Allah di atas muka bumi amat luas. Rahmat-Nya berlipat kali ganda dari rahmat manusia. Seharusnya semua muslim beriman keatas itu.

“Tuan Haji, rezeki itu kan soal Allah, tidak perlu rasanya kita nak pertikaikan”.

“Insya-Allah, makin banyak Taqwa kita makin banyak rezeki yang Allah akan curahkan pada kita,Tuan Haji”, tambah saya lagi.

“Banyak atau sedikit itu Urusan DIA Tuan Haji, bukan urusan dia (kerajaan)”. sambil menunjukkan jari 1.

“And for every nation is a [specified] term. So when their time has come, they will not remain behind an hour, nor will they precede” [it].

Percayalah, jika rezeki itu milik kita pasti akan datang jua pada kita. Lambat atau cepat itu persoalan kedua.

“Ustaz, ada rancangan apa selepas belajar nanti?”, tanya Tuan Haji selepas mendengar penjelasan saya.

“Erm, saya dah ada syarikat konsultan, dan saya fikir saya perlu fokus untuk bantu Ummah dengan syarikat ini”, jelas saya pada beliau.

“Ouh, bagaimana dengan prestasi syarikat Ustaz?”.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar, insyaAllah 1 Oktober ini saya akan ke Sabah, bantu anak-anak disana”, jawab saya.

Sampai dihadapan pintu rumah, motor Honda c70 itu diberhentikan dengan perlahan. Mudah-mudahan sebanyak sedikit penjelasan itu membuka mata Tuan Haji.

“Pejabat dimana Ustaz?”.

“Untuk masa sekarang ini, saya tiada pejabat. Hanya bergerak dengan kereta syarikat dan alam maya. Insya-Allah, tahun hadapan saya akan buka pejabat”.

“Huh, kereta kancil ini kereta syarikat?Kalau ada kerja kosong bagitahu saya”.

 

Saya hanya mampu mengukir senyuman. Yang pastinya rezeki itu semuanya dari DIA bukan dari dia. Jangan gusar.

And there is no creature on earth but that upon Allah is its provision, and He knows its place of dwelling and place of storage. All is in a clear register. – Surah Al-Hud (Ayat 6)

– Artikel iluvislam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s