Cinta Bukan Terletak Pada Sebentuk Cincin

 

Saya tak boleh bercakap ni Ustaz, macam nak menangis saja”, seorang kakak pada suatu hari meluahkan perasaannya pada suatu hari.

Boleh tak Ustaz bagi ayat amalan untuk dibaca, sebab saya sayang sangat cincin tu ustaz”, tambahnya lagi.

Otak saya mula berfikir untuk memberikan jawapan yang sesuai. Saya risau sekiranya jawapan yang diberikan ini menambahkan lagi kekusutan yang ada. Bukan membantu, tapi akan membuntu. Saya tahu kegusaran yang bermain dijiwa mereka.

“Cincin ni mahal ustaz. Saya beli di luar negara”, suaminya pula bersuara.

Saya membiarkan mereka meluahkan terlebih dahulu masalah yang dihadapi mereka. Dihati kecil saya terdetik juga rasa simpati. Saya membekal beberapa doa amalan ringkas untuk mereka amalkan dengan harapan Allah SWT menemukan kembali barang yang mereka hilang.

 

Takdir Mengatasi Tadbir

“Kita hanya mampu mentadbir, tetapi takdir itulah segalanya”, saya memulakan bicara.

“Saya nak ajak kita berfikir, andai kita ada barang adakah kita nak barang kita hilang? Siapa yang nak barang yang dia ada hilang. Sudah tentu tidak. Jadi kenapa barang tersebut hilang? Sudah tentu ianya ketentuan Allah SWT”, balas saya kepada mereka.

“Tetapi itulah yang dikatakan takdir Allah SWT. Kita sudah merancang dengan sebaiknya, tetapi Allah juga yang menentukan. Andai Allah yang mentakdirkan ianya hilang, Allah juga yang berkuasa untuk mengembalikan. Doalah pada Allah sekiranya tidak dikembalikan pun, mudah-mudahan diberi jalan keluar untuk menyelesaikannya”.

Kehilangan ini merupakan lumrah di dalam kehidupan dan salah satu bentuk di dalam menguji kesabaran. Ada orang yang hilang insan yang paling dikasihinya pada hari ini. Ada orang yang hilang kasih sayang ibu dan ayah. Pelbagai kehilangan yang dirasai oleh seseorang individu pada setiap saat dan ketika.

Samaada hilang secara maknawai, ataupun hilang secara hakiki. Lazimnya kita hanya menilai hilang itu hanya dengan mata kasar sahaja, tetapi hilang juga boleh berlaku tanpa kita nampak. Yang pastikan kehilangan ini adalah ujian Allah SWT kepada hamba-hambanya.

Allah SWT berfirman di dalam hadis Qudsi:

Hairan sungguh dengan orang Mukmin. Semua urusannya beroleh kebaikkan. Tidak ada semua melainkan para orang Mukmin. Dapat nikmat pun beroleh pahala baginya, dan di uji dengan kesusahan pun mendapat pahala” –Riwayat Ahmad

 

Bukan Hanya Kita Sahaja Kehilangan

Mungkin kehilangan ini ada hikmahnya. Andai kita merintih sekalipun, yang hilang tetap hilang, dan ianya tidak dapat dikembalikan melainkan dengan izin Allah.

Sekiranya kita bersedih atas kehilangan ini, lihatlah diluar sana berapa ramai orang yang rumah mereka roboh apabila berlaku musibah? Bukan sekadar ribuan ringgit, kadang-kadang mencecah jutaan ringgit. Tiada yang lebih baik bagi mereka melainkan sabar diatas ujian yang berlaku.

Memang mudah untuk mengucap kalimah sabar, tetapi ianya cukup berat untuk dilalui.Tetapi jadilah orang yang berjiwa besar, walau sebesar mana sekalipun masalah yang datang, masalah tersebut hanyalah kecil baginya. Tetapi sekiranya kita berjiwa kecil, walaupun hanya masalah kecil yang datang maka ianya akan menjadi besar.

Setiap manusia diberikan ujian sekadar yang mampu ditanggung . Makin berat ujian yang datang maka makin tinggilah darjatnya di sisi Allah SWT. Orang yang paling banyak ujiannya adalah daripada para nabi-nabi terdahulu. Andai kehilangan ini dianggap musibah, maka akan deritalah jiwa orang yang melaluinya, tetapi andainya ia di anggap sebuah ujian, maka akan naiklah darjat orang yang melaluinya.

Cincin Hilang, Cinta Tidak

            Kakak atau abang berasa cinta yang disemai selama ini berkurang selepas cincin hilang?”, tanya saya pada mereka.

Kami masih lagi saling mencintai”, balas si suami.

Saya tersenyum.

Cincin yang hilang adalah ujian Allah. Namun begitu, cincin yang mahal harganya ini biarpun hilang ianya tidaklah semahal cinta yang hilang di dalam rumah tangga. Kakak dan abang beruntung kerana hanya cincin tanda cinta yang hilang. Tetapi ada juga yang lebih malang dari itu, mereka kehilangan cinta dihati terhadap pasangan mereka”, tambah saya lagi.

 

Sumber: http://tintahikmahku.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s