Pandai Memasak Penting, Tetapi Bukan Syarat Utama

“Nak pilih isteri mesti yang pandai memasak” , ujar seorang teman pada suatu hari.

“Tapi sekarang tak ramai yang tahu memasak. Tambah-tambah yang masuk U”, jawab seorang teman yang lain.

“Susah juga sekarang ni ya nak cari calon isteri yang pandai memasak. Kalau tak pandai masak mesti mak aku tolak punya. Syarat pertama nak jadi menantu dia mesti pandai memasak”, balas teman yang pertama.

“Cerewet juga mak kau ya”.

“Mak aku bab makan memang dia cerewet sikit. Sebab masakan resepi utama kebahagiaan rumah tangga”.

 

Pandai Memasak Syarat Utama

            Apabila seorang ibu bapa ingin mencari calon untuk anaknya, ada segelintir ibu bapa yang mahukan menantu yang pandai memasak. Bahkan ada dalam kalangan mereka yang menjadikan memasak sebagai syarat utama untuk memilih menantu.

Tidak dinafikan memasak penting, tetapi bukanlah ianya diletakkan sebagai syarat yang utama. Walaupun masakan isteri itu dikatakan sebagai pengikat hati suami, tetapi signifikannya belum terbukti. Ada pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang pandai memasak, tetapi akhirnya rumah tangga mereka kacau bilau. Walaupun isteri pandai memasak di rumah tetapi masih lagi bertenggek di warung-warung atau kedai makan samaada di sebelah pagi atau malam.

 

 

Syarat Pertama Mestilah Beragama

            Syarat yang terpenting dan utama yang perlu diletakkan semasa ingin memilih calon menantu adalah agama. Ini adalah saranan daripada Baginda SAW. Sabda Rasulullah SAW:

 “Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.”
Riwayat al-Bukhari

Sekiranya seorang isteri itu berpegang teguh kepada agama, nescaya dia akan menjadi isteri yang baik. Isteri yang taat pada Allah dan taat pada perintah suami.

 

Agama Sumber Kebahagiaan Rumah Tangga

Agama adalah ikatan dan sumber kebahagian rumah tangga. Sekiranya masakan dikatakan sebagai ikatan hati suami, tetapi agama lebih daripada itu. Dengan beragama, ianya mampu menjadi pengikat kepada tali perkahwinan itu sendiri.

Namun begitu, keperluan beragama ini juga perlu ada pada bakal suami yang bakal dikahwini. Suami yang beragama mampu untuk membimbing isterinya ke jalan yang benar.

Sekira berlakunya kesalahan, masing-masing mampu menegur antara satu sama lain dengan ilmu yang di miliki.

 

Ilmu Masakan Boleh Di Ajar

            Sekiranya kita bertemu dengan seorang wanita yang baik akhlaknya dan memenuhi kriteria-kriteria yang disebut oleh Rasulullah SAW, tetapi tidak tahu memasak.  Ini tidak bermakna ianya tidak termasuk dalam ciri-ciri isteri pilihan.

Memasak adalah ilmu kemahiran yang boleh di ajar melalui latihan. Tidak dinafikan kini ramai dalam kalangan wanita tidak pandai memasak kerana faktor pendidikan. Semasa umur mula meningkat remaja, kebanyakkan dalam kalangan mereka berada di asrama daripada zaman sekolah sehingga bergelar graduan di Universiti. Kesibukkan ini selalunya menyebabkan segelintir dalam kalangan mereka tidak hirau berkenaan kemahiran untuk memasak ini. Tamabahan pula pelajar-pelajar yang terlibat di dalam bidang kritikal seperti perubatan, sudah semestinya masa untuk memegang “buku” lebih lama daripada memegang senduk di dapur.

 

Bukan Sampai Menjadi “Chef”

            Zaman semakin berubah. Di sana sini terdapat kedai-kedai makan yang boleh di singgahi untuk menjamu selera. Walaupun begitu, wajar jugalah bagi kaum wanita belajar ilmu masakan seadanya. Tidaklah sehingga seorang chef yang tahu serba serbi berkenaan, tetapi cukuplah sekadar mampu untuk memasak lauk pauk untuk keluarga. Sekiranya tidak tahu, kini terdapat pelbagai buku masakan di pasaran yang boleh dijadikan panduan.

Lebih indah sekiranya mendapat seorang isteri yang beriman, dalam pada masa yang sama juga pandai memasak dan melayani suami. Inilah keluarga yang diharap-harapkan.

Bukan bermakna pandai memasak itu tidak penting, tetapi ianya bukanlah syarat utama. Kerana syarat utama hanya layak diletakkan agama!

 

Sumber: http://tintahikmahku.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s