Jujurnya Seorang Anak

Petikan kat bawah ni ana copy dari Wardina Safiyyah OfficialPage..^^ Ana rs sgt perlu utk d’kongsi… Sgt menyentuh hati(wpun ana xde ank)..🙂 Jom bc!!

 

Benarlah kanak-kanak sangat jujur. Ketika dalam kereta Amna menegur saya, “Amna perasan Umi dah tak baca Quran sperti sebelum ni” katanya. Allah! Memang dia perasan, mereka selalu memerhatikan kita. Sejujurnya 1-2 hari ini saya sungguh sibuk! Terdiam saya, terima kasih Amna ingatkan Umi! “Betul Amna”, jawab saya.Terima Kasih ingatkan Ummi” Saya pun berbual lagi dengannya, katanya “Untuk Amna jadi baik, Umi perlu tunjukkan contoh yang baik dulu” Allah, dah macam Ustazah.🙂 “Betul Amna” kata saya. “Maaf kalau Ummi buat salah” sebelum tu baru marah adik-adiknya tak reti duduk diam dekat belakang. “Apa lagi yang perlu Umi perbaiki?” tanya saya.

 

Kesimpulannya ada 3 perkara. Saya menulis untuk berkongsi dan pada masa yang sama, saya mahu mengingatkan diri:-

 

 

1. Umi perlu bermain dengan lebih kerap dengan anak-anak Umi.🙂 (secara fizikal dan lebih banyak aktiviti “bersama” mungkin..)

2.Umi perlu menjawab apabila anak-anak Umi panggil (malunya, memang betul, kadangkala kita menyuruh anak-anak menyahut, tapi kita yang buat tak tau je bila mereka memanggil…Insafnya rasa)

3.Umi kena tunjukkan lebih kasih sayang pada Tiger (kucing kesayangannya, errrr….saya tak pernah ada kucing!)

 

 

Baik Amna! Terima kasih. Kesimpulannya, benarkan anak-anak menegur kita, kerana mereka sangat jujur! Minta maaf atas kesalahan kita, kerana percayalah kita memang BANYAK melakukan salah kepada mereka.  Takut kita ni menjadi ibu bapa derhaka kerana tidak menunaikan amanah yang sepatutnya, seperti menunjukkan contoh tauladan yang baik melalui PERBUATAN. Teruskan memperbaiki diri , kerana mereka melihat setiap apa yang kita lakukan!

 

Remember…parenting is about PARENTS!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s