Duhai Sahabat…

Duhai sahabat..

Tak sedarkah engkau disebalik setiap

apa yang kulakukan itu untuk kebaikanmu?

Duhai sahabat..

Aku takmahu kau terjebak dalam kancah zina..

Aku takmahu kau terus-terusan mengejar cinta palsu itu..

Aku takmahu akhirnya kau kecewa dek janji-janji manis

seorang hamba Allah bernama lelaki…

Duhai sahabat..

Memang benar ini dia katakan dia cinta padamu…

Dia kasih padamu…

Dia rindu padamu…

Percayalah sahabat…

Itu pembohongan semata-mata…

Seandainya dia benar mencintaimu…

Dia takmungkin meluahkan padamu sebelum engkau halal baginya…

Dia takmungkin mahu mengajak kau keluar berdua-duaan dengannya…

Tapi yang pasti…

Orang yang benar-benar mencintaimu pasti takberani

  • meluahkan cintanya padamu sebelum saatnya engkau halal baginya
  • meluahkan rindu padamu sebelum kau halal untuk dia rindui
  • menyentuhmu sebelum engkau halal untuk dia sentuh

Duhai sahabat…

Ketahuilah bahawa sahabatmu ini mencintaimu dengan setulusnya..

Sahabatmu ini takmahu kau melangkah ke neraka…

Sahabatmu ini tak mahu melangkah bersendirian ke jannah…

Sahabatmu ini takmahu melihat dirimu dibakar oleh api neraka yang super-panas itu…

Duhai sahabat…

Ketahuilah…

Jodohmu dengannya itu belum pasti…

Tetapi…

Jodohmu dengan maut itu pasti…

Duhai sahabat…

Aku mohon…

Tinggalkan cinta dunia ini…

Jangan hanyut dengannya…

Andai kau perlukan tempat untuk berpaut…

Ketahuilah bahawa Allah itu sentiasa ada…

Sentiasa bersedia untuk menjadi dahanmu berpaut…

Duhai sahabat…

Aku mencintaimu kerana Allah semata-mata…

Aku menegurmu kerana cintaku pada Allah semata-mata…

Aku ingin berpimpin tangan denganmu apabila melangkah ke jannah-NYa…

Aku takmahu sendirian melangkah ke jannah…

Sedangkan engkau….

Tersiksa diazab di neraka…

Na’uzubillah….

Duhai sahabat….

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa mu membaca coretanku ini…

Aku teringatkan pesanan kekasih agung kita;

عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان .

Maksudnya:

Daripada Abu Said Al-Khudri berkata : Telah bersabda Rasulullah Saw “ Barangsiapa yang melihat (termasuk juga mengetahui dengan yakin ) kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah kemungkaran tersebut dengan tangannya ( yakni kekuatan menurut kemampuan), jika tidak mampu, maka dengan lidahnya (yakni ucapan juga penulisan), jika tidak mampu dengan hatinya. Dan dengan hatinya adalah selemah-lemah iman.” [HR Muslim]

Duhai sahabat…

Untuk mencegahmu dengan tangan (kuasa) aku takmampu…

Untuk mengungkapkan lidahku kelu…

Maka… Ku gunakan kuasa tanganku yang satu lagi iaitu, menulis..

Dan juga dengan hatiku ini…

Duhai sahabat…

Aku mohon…

Renungkan setiap bait coretanku…

Aku mohon untuk undur diri dahulu….

Aku ingin kau bahagia duhai sahabat….

Bahagia dengan cinta Allah…

Bukan cinta palsu manusia….

Barakallahufiik…. (Semoga Allah melimpahkan berkat-Nya ke atasmu)

 

Assalamualaikum…

 

Srikandi Mawar Berduri @ Farhana Wahap

Sarawak

140112

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s