PERANG GAZA 2009 – SIAPA MENANG?

Hari ini pada tahun 2009 – 18 Jan 2009, setelah 22 hari melancarkan serangan ganas ke atas Gaza, Israel memanggil tenteranya pulang. Hampir 1500 rakyat Palestin menjadi korban dan hanya 13 tentera Israel terbunuh. Namun kedua-dua pihak mengaku menang.

Kalau angka korban menjadi piala kemenangan, tentunya Israel boleh mendabik dada. Tapi itukah ukurannya? Dalam sidang media sebaik saja serangan dilancarkan pada 27 Dis 2008, Menteri Pertahanan regim Israel, Ehud Barak menggariskan 3 objektif perang :
1. mengenakan `pukulan’ yang kuat kepada Hamas,
2. mengubah situasi di Gaza,
3. menghentikan serangan roket.

Matlamat pertama dan kedua boleh dibaca sebagai menjatuhkan kerajaan Hamas di Gaza. Manakala matlamat yang tidak disebut secara nyata tentunya untuk membebaskan Gilat Shalid yang sudah 2 ½ tahun tidak dapat dicari oleh Israel.

Apakah matlamat Israel tercapai? 3 tahun berlalu Hamas terus bertapak kuat bahkan semakin disokong oleh rakyat Gaza. Kekuatan ketenteraan Hamas juga terus bertambah selepas perang. Akhbar on-line World Tribune pada 18 Jan 2011 memetik laporan bahawa Hamas telah memilik roket Fajr-5 dari Iran dengan jarak 80km, meletakkan Tel Aviv dalam jangkaun Hamas. Pada Disember 2010, Hamas telah menggunakan peluru berpandu anti-kereta kebal AT-14 Kornet yang berjaya menembusi kereta kebal Merkava Israel.

Serangan roket dari Gaza juga berterusan kecuali oleh Hamas yang sengaja menahan diri (self-restraint). Website Kementerian Luar Israel melaporkan 261 roket dilancar sejak Perang Gaza hingga Mac 2011. Ini tidak termasuk serangan mortar.

Gilad Shalit pula hanya dibebaskan atas ihsan Hamas setelah lebih 1000 tahanan Palestin dibebas sebagai ganti, 3 tahun selepas Perang Gaza.
Tidak satu pun objektif Israel dalam perang keatas Gaza yang tercapai.

Cuba kita bayangkan kalau pasukan bola terbaik dunia, Manchester United melawan pasukan bola kampung dari hulu Kelantan. Pasukan bola kampung itu tidak perlu membuat sebarang jaringan, cukup kalau dia mampu menahan sebarang gol dari MU sudah dikira begitu hebat dan boleh mendabik dada kemenangan. Menafikan matlamat lawan.

Kemampuan rakyat Palestin bertahan dan menafikan matlamat Zionis Israel walaupun terpaksa membayar dengan pengorbanan yang tinggi merupakan satu kemenangan yang besar dan memalukan satu angkatan tentera yang akui terhebat dan tercanggih didunia. Melawan `segerombolan’ pejuang pembebasan berbekal AK47.

Ketika Sumayyah r.a. dan keluarganya disiksa, Abu Jahalkah yang menang kerana dapat menyiksa dan akhirnya membunuh mereka? Atau Sumayyah yang menang kerana mampu menafikan kehendak Abu Jahal dengan mempertahankan aqidahnya sehingga beliau syahid?

“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.” Al Buruj : 10-11

Ar. Syed Mohd Radhi
Aqsa Syarif Gombak.

Sumber: Aqsa Syarif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s