I Love You Alien

sebelum ditarbiyah dulu
bila nampak orang pakai baju besar-besar, aku rasa orang tu pelik
bila nampak orang pakai tudung labuh-labuh, aku rasa orang tu pelik
bila nampak orang pegang al quran sepanjang masa, aku rasa orang tu pelik
bila nampak orang pergi solat jemaah hari-hari, aku rasa orang tu pelik

sebelum ditarbiyah dulu
bila aku sekali sekala masuk surau, aku rasa dikecam,
seolah-olah semua orang pandang aku macam aku buang tebiat datang surau haritu
bila aku pakai baju besar sikit, aku rasa macam semua orang buat pandangan sinis dekat aku, sambil cakap dalam hati ‘haa, ada pon baju besar minah ni’
bila aku jalan sambil pegang al quran, aku rasa macam semua orang nak datang dekat aku, dan tanya, ‘nak bagi siapa al quran ni?’

sebelum ditarbiyah dulu
aku benci dengan orang pakai baju besar-besar, pakai tudung labuh-labuh
aku benci nak datang surau sebab ‘budak surau’ seolah-olah tak suka aku datang
aku malu nak pegang al quran sebab nanti orang kata aku dah dapat hidayah
aku malu nak ikut usrah sebab aku takut orang kata aku ekstremis

sebelum ditarbiyah dulu
aku rasa macam aku hidup dikelilingi alien yang jumud
tapi segalanya berubah setelah aku menerima tarbiyah

sejak menerima tarbiyah
aku kagum dengan orang-orang yang pakai baju besar-besar dan tudung labuh-labuh
dalam hati mesti cakap ‘cekalnya mereka. satu hari nanti aku nak jadi macam tu’.
aku kagum dengan orang yang istiqamah solat jemaah hari-hari
dalam hati akan terdetik, ‘bila aku nak istiqamah macam tu?’.

sejak menerima tarbiyah
aku rasa dihargai setiap kali aku masuk surau
walaupun tak dijemput macam puteri, tak dilayan macam bidadari,
sebab aku tahu, nun di atas sana, Allah sedang mengalu-alukan kedatangan aku
aku rasa seronok setiap kali terima orang baru dalam surau
tapi tak tercapai untuk luahkan sebab takut dikata memerli
padahal jauh di sudut hati, rasa macam nak bentang karpet merah supaya orang tu datang lagi

 

sejak menerima tarbiyah
aku tak kisah dikata ekstremis
walaupun hakikatnya orang lain yang terlampau terbuka
aku lawak bila dapat label ‘budak surau’, atau ‘budak usrah’
bukan kami melabel diri sendiri, tapi entah siapa yang baik hati label kami sebegitu
setiap kali dapat panggilan baru, dalam hati mesti berdoa
‘ya Allah, semoga panggilan kami di dunia ini akan diganti dengan panggilan PENGHUNI SYURGA di akhirat kelak’

sejak menerima tarbiyah
aku tak lagi rasa aku hidup bersama alien yang jumud
semuanya kelihatan biasa pada aku
cuma kadang-kadang aku pula yang dianggap alien

sejak menerima tarbiyah
aku terfikir satu teori

‘biasalah tu, kalau orang tu lain sikit dari kita, mulalah kita rasa dia pelik, kita rasa dia alien. tapi kita terlupa, kita juga sebenarnya adalah alien bagi orang lain yang tak sefikrah dengan kita. jadi, alien planet mana pun kita datang, kalau kita hidup bersatu padu, aman damai, mesti tak akan timbul gelaran-gelaran tak elok atau pandangan-pandangan kurang baik sesama kita.’

cubalah memahami alien-alien di sekeliling kita
alien planet mana pun kita datang, kita jangan lupa
kita datang dari Tuhan yang sama
dan akan kembali kepada Tuhan yang sama
dan kita hanyalah seorang bakal jenazah.

‘aku pernah lalui 2 fasa dalam hidup. dan fasa kedua (sejak menerima tarbiyah) lebih aku cintai.’

– Artikel iluvislam.com

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s