Persoalan Purdah dan Niqab


BANYAK PERSOALAN YANG TIMBUL TENTANG PEMAKAIAN PURDAH ATAU NIQAB DALAM KALANGAN MUSLIMAH…
ADAKAH PEMAKAIANNYA BENAR-BENAR DIHARAMKAN…
SEMOGA KOLEKSI CATATAN DARIPADA BLOG-BLOG YANG ADA DI BAWAH INI DAPAT MEMBERI PENJELASAN DAN DAPAT PULA DIPERTIMBANG DENGAN WAJAR…
Dipetik daripada :
Suatu isu kecil timbul baru-baru ini, apabila beberapa akhbar tempatan melaporkan bahawa Syeikhul Azhar Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pemakaian purdah bagi para pelajar wanita di Universiti Al-Azhar atas alasan keselamatan.
Pelbagai respon kedengaran. Ada yang agak terkejut dengan berita tersebut, dan melihatnya sebagai satu usaha untuk menyebarluaskan agenda Barat dan ‘merosakkan’ universiti Al-Azhar, serta menuduh Syeikh Mohammed Sayyed Tantawi sebagai dalang bagi agenda Barat tersebut. Ada juga beberapa pihak yang menyokong usaha tersebut, dengan menegaskan bahawa pemakaian purdah tidak wajib dan malah tidak perlu.
Pertama sekali, saya kira adalah penting untuk kita memahami bahawa isu pemakaian purdah ini adalah termasuk dalam persoalan fiqhiyyah, dan dalam persoalan fiqhiyyah sememangnya terdapat ruang perbezaan pendapat yang cukup luas. Justeru, tidaklah harus isu ini dijadikan suatu isu yang terlalu besar, dijadikan agenda politik, ataupun lebih teruk lagi dijadikan sebab untuk berbalah dan bertelagah. Tidak ada satu kesepakatan yang mutlak di kalangan para ulama tentang hukum pemakaian purdah.
Majoriti ulama berpendapat bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tangan (sekiranya aman daripada fitnah), dan inilah pendapat yang masyhur digunapakai oleh umat Islam. Namun, ada juga pendapat yang kecil yang mewajibkan pemakaian purdah. Maka, bagi sesiapa yang memakai purdah, mereka ada sandarannya dan bagi sesiapa yang tidak memakai purdah, mereka juga ada sandarannya.
Berbalik kepada isu pengharaman pemakaian purdah dalam kalangan pelajar wanita Universiti Al-Azhar oleh Syeikhul Azhar seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan, memang tidak dinafikan laporan tersebut agak mengejutkan. Walaupun pemakaian purdah itu tidak wajib, tetapi ‘mengharamkan’ pemakaian purdah adalah merupakan suatu tindakan yang menafikan hak wanita Islam yang berhasrat menjaga dirinya, dengan memahami bahawa apabila ia mendedahkan wajahnya maka hal tersebut akan menimbulkan fitnah (mungkin kerana cantiknya wajahnya dan sebagainya). Oleh sebab itulah timbul suara-suara yang mengatakan bahawa tindakan mengharamkan pemakaian purdah itu suatu agenda Barat. Walau bagaimanapun, bagi sesiapa yang seringkali meneliti (scrutinize) laporan-laporan akhbar di Malaysia, dan mengenali wartawan-wartawan akhbar di negara ini (bukan semuanya!), maka adalah tidak menghairankan sekiranya laporan yang kita baca di dada-dada akhbar tentang kenyataan Syeikhul Azhar tersebut adalah merupakan suatu penyelewengan.
Saya memetik penulisan seorang ilmuan muda tanahair, Ustaz Muhammad Rashidi (dikenali dengan nama Ustaz Buluh di kalangan forumer ILuvIslam), yang telah membuat sedikit kajian dan penelitian terhadap isu ini dengan mengkaji laporan akhbar-akhbar di Mesir.
Saya berkesempatan membaca beberapa keratan akhbar di Malaysia melalui internet yang melaporkan perihal ini. Adakah benar kenyataan Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi seperti yang disiarkan itu? Setelah membaca beberapa akhbar di Mesir untuk mendapatkan gambaran lebih tepat, pada saya, berita yang disiarkan oleh akhbar al-Misr al-Yaum di Mesir adalah begitu melampau dan bersikap ingin menimbulkan kegelisahan umat Islam berkenaan isu purdah ini. Kenyataan sebenar Syeikh al-Azhar tersebut di putar belit oleh mereka dan menyebabkan orang ramai di sini mentohmah al-Azhar dengan pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar. Saya tidak pasti apakah tujuan sebenar mereka melaporkan berita-berita yang tidak benar itu kepada umum sedangkan ia satu fitnah terhadap seorang ulama.
Kenyataan yang sebenarnya ialah, Syeikh al-Azhar hanya melarang perempuan memakai purdah ketika bersama-sama perempuan sahaja dan bukan mengharamkannya secara mutlak. Larangan hanya di institusi-institusi al-Azhar sahaja kerana pemakaian purdah sesama perempuan itu bukanlah bertepatan pada tempatnya. Adapun tempat-tempat selain yang disebutkan itu, beliau tidak melarang atau mengharamkan perempuan Islam memakai purdah kerana itu adalah hak peribadi setiap perempuan Islam. Surat khabar al-Masai bertarikh 12 Oktober 2009 dan beberapa akhbar lain turut melaporkan yang Syeikh al-Azhar tidak menghalang atau mengharamkan pemakaian purdah ketika di jalanan dan semasa bekerja. Menurut beliau lagi, 80 peratus daripada para ulama fiqh berpendapat muka perempuan Islam bukanlah aurat.

Semoga dengan penjelasan ini akan dapat mengelakkan daripada berlakunya fitnah yang berterusan di kalangan umat. Pemakaian purdah sememangnya bukan sesuatu yang wajib. Tetapi bagi para wanita yang ingin menjaga diri mereka dengan lebih teliti, maka itu adalah hak mereka yang tidak wajar ditegah (selagi mana tidak ada keperluan yang lebih mendesak). Sebagai peringatan buat diri saya sendiri dan untuk semua, akhir zaman ini adalah zaman di mana fitnah berleluasa. Oleh sebab itulah kita perlu lebih berhati-hati dan teliti dan menimbang berita dan khabar yang diterima, semoga kita tidak membawa kepada kerosakan yang besar dalam masyarakat.
Wallahu’alam.
Saya nyatakan di bawah terjemahan fatwa yang pernah diajukan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kepada Majlis Fatwa Kebangsaan Mesir (Dar al-Ifta al-Misriyyah) pada tahun 2007 sebagai satu muqaddimah dalam memahami isu purdah ini. Saya akan cuba untuk mengkaji isu Syeikh al-Azhar Dr. Sayyid al-Tantawi agar isu ini akan semakin jelas buat para pembaca. Diharap para pembaca tidak terburu-buru untuk menghukum tindakan Syeikh al-Azhar semata-mata dengan paparan media baru-baru ini.

********************************
“Tanyalah orang yang mengetahui sekiranya kamu semua tidak mengetahui”. (Surah al-Nahl ayat 43)
Segala puji bagi Allah satu-satunya. Selawat dan salam buat Nabi yang tiada lagi nabi sesudahnya, Nabi Muhammad utusan Allah. Selawat dan salam juga buat ahli keluarga Rasulullah, para sahabat baginda dan sesiapa yang mengikuti baginda secara baik sehingga hari Kiamat.Kami telah menerima permohonan fatwa daripada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bertarikh 29/5/2007 yang bernombor 826 bagi tahun 2007 yang berbunyi:Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menghalang para mahasiswi Malaysia yang menuntut di al-Azhar daripada memakai niqab (purdah) dengan alasan keselamatan dan takut daripada teroris, sedangkan kedutaan boleh untuk meminta mahasiswi tersebut untuk membuka niqab mereka sebelum mereka masuk ke premis kedutaan bagi mengenalpasti identiti mahasiswi berkenaan.
Persoalan di sini adalah: adakah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dibolehkan dari sudut Syarak untuk memaksa mahasiswi yang berniqab untuk berpegang dengan satu pandangan tertentu di dalam masalah yang berlaku perselisihan pandangan para fuqaha seperti masalah niqab? Apakah pendirian yang perlu diambil oleh para mahasiswi yang berniqab terhadap ketetapan yang diputuskan oleh pihak kedutaan?
Jawapan:Sebagaimana yang dimaklumi bahawa masyarakat Malaysia secara umumnya bermazhab dengan mazhab Syafi`e Radhiallahu `Anhu. Di dalam mazgab Syafi`e, wanita yang merdeka yang telah baligh diwajibkan untuk menutup wajahnya daripada dilihat oleh lelaki ajnabi. Di dalam kitab Hasyiah Jamal `Ala Syarh al-Manhaj sebagaimana yang juga tertera di dalam kitab Syarh al-Mahalli `Ala Minhaj al-Nawawi:”Adapun aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi, maka seluruh badan”.

Di dalam kitab Hawasyi al-Syarwani `Ala Tuhfat al-Muhtaj Libni Hajar `Ala Minhaj al-Nawawi dinyatakan:”Dapat diketahui daripada kenyataan ini bahawa wanita yang merdeka mempunyai tiga aurat;• Aurat di dalam solat iaitu apa yang telah dinyatakan sebelum ini• Aurat apabila bersama dengan lelaki ajnabi iaitu seluruh badannya termasuklah wajahnya dan dua tapak tangannya berdasarkan pandangan yang muktamad (pandangan yang kuat)• Aurat apabila dia berseorang diri atau ketika bersama dengan mahramnya iaitu sama seperti aurat lelaki.” Di dalam kitab Hasyiah Bijirmi `Ala al-Khatib dinyatakan:”Adapun aurat wanita di luar solat apabila ada bersama dengan lelaki ajnabi, maka auratnya adalah seluruh badannya termasuklah muka dan dua tapak tangan sekalipun ketika aman daripada fitnah”.
Maka berdasarkan soalan yang dikemukakan, dapatlah dinyatakan bahawa pihak berkuasa boleh untuk mengambil pendekatan dari sudut keselamatan, mengenal pasti identiti, kaji selidik dan siasatan bagi memastikan keamanan pihak berkuasa. Antaranya adalah meminta agar wanita yang berniqab menunjukkan wajahnya ketika mereka ingin masuk ke dalam premis kedutaan tanpa perlu untuk pihak kedutaan memaksa mereka untuk menanggalkan niqab mereka di dalam premis kedutaan kerana premis kedutaan adalah kawasan umum bagi setiap warganegara.Wallahu Subhanahu Wataala A’lam.Ditandatangani oleh tenaga fatwa,Muhammad Wusam Abbas, Muhammad Syalabi dan Imad al-Din Ahmad `Iffat.Tarikh: 30/5/2007.
Posted by Hairul Nizam Mat Husain at Monday, October 12, 2009 0 comments
Saturday, October 10, 2009

Syeikh al-Azhar Dan Niqab??
Bising pasal isu al-Imam al-Akbar Al-Syeikh Sayyid al-Tantawi berhubung larangan memakai niqab (purdah). Khutbah di Majid al-Walidayn, Hayyu Asyir Kaherah juga membincangkan isu ini dengan menekankan agar umat Islam tidak cepat menghukum al-Syeikh Sayyid al-Tantawi semata-mata kerana hebahan media memandangkan banyak putar belit media dalam sebarang isu berkenaan dengan ulama besar ini. Saya sendiri sedang mengumpul maklumat terperinci untuk dibuat satu pendirian MANHAL PMRAM dalam isu ini.Saya paparkan kepada saudara pembaca berkenaan dengan pendirian Dar al-Ifta al-Misriyyah (Jabatan Fatwa Kebangsaan Mesir) berkenaan dengan isu Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang tidak membenarkan para mahasiswi Malaysia memakai purdah di dalam premis kedutaan. Semoga bermanfaat.Pencerahan:
Posted by Hairul Nizam Mat Husain at Saturday, October 10, 2009 4 comments


Dipetik daripada :

Isu Purdah: Satu Penjelasan Ringkas
October 13th, 2009 by admin
Assalamualaikum Warahmatullah.
PENDAHULUAN
Sesungguhnya pemakaian purdah oleh para wanita Islam merupakan masalah khilafiyah iaitu sesuatu perkara yang menjadi perselisihan pendapat dan pertikaian di kalangan para ulama. Ulama berselisih pendapat tentang masalah ini sejak dahulu lagi dan perselisihan ini berterusan sehingga sekarang. Punca berlakunya perselisihan adalah kerana dalil-dalil yang berkaitan dengan masalah purdah ini tidak terdapat dalil-dalil yang putus dan jelas. Jadi para ulama menyatakan pendirian mereka berdasarkan pemahaman dan ijtihad masing-masing di dalam memahami nas-nas yang dikemukakan itu. Maka berlakulah di sana khilaf di kalangan para ulama di dalam menetapkan hukum memakai purdah terhadap wanita Islam. Perselisihan pendapat ini berpunca dari penafsiran ayat al-Quran al-Karim berikut:
Firman Allah Taala bermaksud:Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.(Surah al-Nur: Ayat 31).
Isu purdah menjadi topik hangat pada waktu ini memandangkan beberapa surat khabar di Malaysia melaporkan bahawa Syeikh al-Azhar sekarang iaitu Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi akan mengharamkan pemakaian purdah di institusi-institusi al-Azhar. Selepas berita ini disiarkan di dada-dada akhbar, beberapa orang ahli iLuvislam serta beberapa kenalan saya dari Malaysia telah meminta pandangan dan pengesahan dari saya mengenai isu ini. Ada di antara mereka yang meminta saya menulis satu artikel bagi menjelaskan secara terperinci mengenai isu purdah yang sedang panas diperkatakan ini. Memandangkan saya mempunyai sedikit masalah teknikal pada ketika itu, jadi saya tidak dapat memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang dikemukan dengan panjang lebar. Di samping itu juga, berita sebenar dari beberapa dada-dada akhbar di Mesir belum saya terokai sepenuhnya memandangkan hanya akhbar al-Masr al-Yaum (terjemahan dari akhbar inilah yang dimasukkan di dada-dada akhbar di Malaysia) sahaja yang memaparkan berita itu.
Bagi memberikan sedikit sumbangan saya kepada kefahaman umat Islam di Malaysia berkenaan isu purdah ini, di sini saya cuba menjelaskan isu ini secara ringkas agar semua pihak dapat mengambil manfaat. Saya berharap agar masalah khilafiyah ini dapat di tangani dengan baik tanpa menjejaskan kesatuan dan keharmonian umat Islam pada waktu ini. InsyaAllah. Semoga penerangan dan penjelasan ini juga akan membuka minda dan memberi peringatan kepada semua pihak terhadap kepentingan institusi ulama di dalam Islam.
PENGERTIAN PURDAH
Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja.
ADAKAH PURDAH ITU WAJIB ATAU TIDAK?
Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 yang saya kemukakan di atas, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini saya bentangkan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas sahaja berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna. Saya tidak bercadang untuk meletakkan dalil-dalil yang digunapakai oleh mazhab-mazhab melainkan jika difikirkan perlu sahaja serta tidak saya nyatakan juga munaqasyah dalil-dalil bagi tidak memanjangkan perbahasan ini.
Jumhur Ulama:Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.
Mazhab Hanafi:Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat. 
Mazhab Maliki:Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.
Mazhab Shafie:Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.
Mazhab Hanbali:Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.
Kesimpulan: Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.
Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut mengenai aurat perempuan Islam samada aurat ketika solat ataupun di luar solat silalah meneliti dan merujuk kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab karangan Imam Nawawi. Pada saya, kitab ini adalah kitab paling baik di dalam membincangkan masalah fiqh kerana di sana dibentangkan pelbagai pandangan dan dalil-dalil secara teperinci dan jelas. Sebagai penuntut ilmu agama, kita hendaklah sentiasa melazimi pembacaan kitab-kitab karangan para ulama muktabar untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang sesuatu perkara itu.
AL-AZHAR MENGHARAMKAN PURDAH? 
Saya berkesempatan membaca beberapa keratan akhbar di Malaysia melalui internet yang melaporkan perihal ini. Adakah benar kenyataan Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi seperti yang disiarkan itu? Setelah membaca beberapa akhbar di Mesir untuk mendapatkan gambaran lebih tepat, pada saya, berita yang disiarkan oleh akhbar al-Misr al-Yaum di Mesir adalah begitu melampau dan bersikap ingin menimbulkan kegelisahan umat Islam berkenaan isu purdah ini. Kenyataan sebenar Syeikh al-Azhar tersebut di putar belit oleh mereka dan menyebabkan orang ramai di sini mentohmah al-Azhar dengan pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar. Saya tidak pasti apakah tujuan sebenar mereka melaporkan berita-berita yang tidak benar itu kepada umum sedangkan ia satu fitnah terhadap seorang ulama.
Kenyataan yang sebenarnya ialah, Syeikh al-Azhar hanya melarang perempuan memakai purdah ketika bersama-sama perempuan sahaja dan bukan mengharamkannya secara mutlak.
Larangan hanya di institusi-institusi al-Azhar sahaja kerana pemakaian purdah sesama perempuan itu bukanlah bertepatan pada tempatnya. Adapun tempat-tempat selain yang disebutkan itu, beliau tidak melarang atau mengharamkan perempuan Islam memakai purdah kerana itu adalah hak peribadi setiap perempuan Islam. Surat khabar al-Masai bertarikh 12 Oktober 2009 dan beberapa akhbar lain turut melaporkan yang Syeikh al-Azhar tidak menghalang atau mengharamkan pemakaian purdah ketika di jalanan dan semasa bekerja. Menurut beliau lagi, 80 peratus daripada para ulama fiqh berpendapat muka perempuan Islam bukanlah aurat.
Akhbar-akhbar di Malaysia juga tidak ketinggalan di dalam melaporkan berita ini. Namun laporannya sama sahaja seperti akhbar al-Misr al-Yaum itu bahkan agak keterlaluan dengan tajuk berita ini juga sudah cukup menggerunkan untuk dibaca. Perkara seperti ini amatlah di kesali kerana ia dilakukan oleh orang Islam sendiri dan saya yakin musuh-musuh Islam berketawa melihat situasi ini. Apa yang lebih mendukacitakan, mereka sanggup mentohmah seorang ulama yang hebat dan tidak mustahil mereka akan terus mentohmah para ulama lain lagi dengan membawakan berita-berita yang tidak bertepatan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami.(Riwayat Ahmad).
Namun mungkin ada yang berkata Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi adalah ulama yang dipilih oleh kerajaan, jadi pendapat beliau harus ditolak terus. Saya katakan di sini, sememangnya beliau dipilih oleh kerajaan Mesir sebagai Syeikh al-Azhar, namun bukanlah semua pendapatnya harus ditolak kerana beliau juga terdiri daripada salah seorang para ulama besar al-Azhar yang diiktiraf keilmuannya sebelum beliau dilantik menjadi Syeikh al-Azhar lagi. Sememangnya keilmuan, kealiman dan kewarakannya adalah sebahagian dari sifat-sifat yang ada pada diri beliau. Namun saya tidak menafikan juga ada beberapa pandangan beliau yang dikritik oleh para ulama lain. Walaupun beliau pernah dikritik, ini tidak bermakna beliau bukan seorang ulama yang hebat kerana kritikkan di dalam menuntut ilmu Islam adalah sesuatu yang sihat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).
BAGAIMANAKAH MENGHADAPI KHILAF?
Perkara ini selalu saya ulangi pada setiap tulisan saya yang terdapat khilaf di antara para ulama. Namun masih ada segelintir golongan masih tidak berlapang dada atau menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka. Jadi di sini saya akan mengingatkan semula perkara ini agar kesatuan dan keharmonian umat Islam terus terjaga.
Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.(Lihat kitab: al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).
Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelasnya ialah kita tidak boleh menafikan, membantah atau menuduh orang lain adalah tidak betul atau salah kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari ini terdapat segelintir golongan yang menyanggah dan menyalahi kaedah ini lantas menyalahkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah di antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam di Malaysia khususnya semenjak sekian lama.
KESIMPULAN
Isu purdah ini hanyalah perkara khilafiyyah dan agak mustahil ia boleh mencapai kata sepakat daripada para ulama Islam sepanjang zaman. Perselisihan ini boleh dileraikan jika kita masing-masing boleh bertolak-ansur dengan mengutamakan sifat saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Inilah yang di jelaskan oleh Islam kepada pengganutnya. Di dalam mengangani isu pemakaian purdah ini secara baik, di sini saya simpulkan bahawa mana-mana perempuan Islam yang hendak memakai purdah maka kita tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Bagi sesiapa yang memilih untuk tidak memakai purdah pula maka kita juga tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Kedua-dua pihak adalah betul. Apa yang terlebih penting adalah: Bagaimana dengan perempuan Islam yang tidak menutup aurat?
‘Memberi dan Berbakti’
Wallahualam.

Dipetik daripada :
Niqab @ Purdah
Posted by: achiksolehah on: November 27, 2007
In: Bicara Hati
Comment!

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi peluang dan kesempatan untuk saya kongsikan suatu cerita dengan tetamu ziarah. Setelah difikirkan rasanya telah tiba masanya untuk saya kongsikan pengalaman untuk menyampaikan dakwah dan nasihat kepada orang lain sedaya yang mungkin.

Seringkali saya mendapat persoalan, “Sejak bila berpurdah?”, “Kenapa pakai?” dan soalan yang sewaktu dengannya. Di sini saya cuba menjawab persoalan sahabat-sahabat yang masih menjadi tanda tanya itu. Sebenarnya kali pertama saya memakai purdah adalah semasa tahun kedua pengajian iaitu ketika berusia 20 tahun. Alhamdulillah saya dapat peluang itu semasa berada di rumah kakak saya yang kedua, lebih mesra dipanggil KakNgah iaitu di Selandar, Melaka. Saya mendapat dorongan dari Kakngah saya sejak dari tingkatan 2. Kakngah saya memang dah lama berhasrat untuk memakai purdah namun Kakngah hanya berpeluang memakainya setelah berkahwin 9 tahun yang lalu.

Ketika itu saya belum cukup kekuatan untuk istiqamah memakainya. Mungkin juga disebabkan saya masih menuntut, pemakaian sebegitu tidak dibenarkan di kampus. Alhamdulillah setelah saya tamat pengajian dan berkhidmat di sebuah sekolah tahfiz di Kelantan, saya memakainya semula memandangkan pakaian begitu menjadi uniform pelajar di sekolah tersebut. Walaupun guru tidak diwajibkan tetapi saya lebih selesa memilih untuk memakainya.
Hukum berpurdah sebenarnya sunat kerana ia adalah pakaian isteri para Nabi. Oleh sebab itu saya tidak memakainya apabila berada di rumah. Pada mulanya ibu saya tidak mengizinkan saya memakainya kerana ibu risau saya terlibat dengan gerakan al-Arqam. Namun saya menjelaskan pada ibu bahawa saya tidak terlibat dengan gerakan seumpama itu. Saya memakainya untuk keselamatan dan keselesaan saya sendiri. Saya perlu akur dengan ibu kerana mentaati ibu adalah wajib sedangkan memakai purdah cuma sunat. Saya berdoa agar ibu saya faham dan membenarkan saya memakainya suatu hari nanti. Dan Alhamdulillah, Allah telah perkenankan doa saya kerana tidak lama selepas itu ibu mengizinkan saya memakainya.
Pernah saya berjalan di kedai semasa keluar bandar saya dipandang pelik seolah-olah saya nak mencuri pula di kedai mereka, namun saya tidak hiraukan pandangan sedemikian kerana saya tahu niat saya bukan begitu dan saya sentiasa memohon agar Allah melindungi saya walau di mana saya berada. “Ihfazhillaha yahfazhka”, Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu..InsyaAllah saya akan cuba istiqamah dengan niqab selagi situasi mengizinkan. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati saya dalam beramal dan menjauhi segala sifat mazmumah yang boleh menggugurkan pahala amalan.
Kepada muslimah yang ingin berpurdah di luar sana, teruskan niat antunna. Jangan takut atau bimbang kerana Allah akan bantu siapa yang ingin berbuat kebaikan. Wallahua’lam

Dipetik daripada :

Niqab: Anugerah Allah Yang DiZalimi
Written by admin
Thursday, 25 June 2009
Muhammad Asrie Bin Sobri
Allah Taala berfirman:
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Maksudnya: “orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” [al-Baqarah: 120].
Tindakan kerajaan Kafir yang zalim lagi kejam, Perancis melarang Umat Islam wanita memakai Niqab atau penutup muka yang dikenali sebagai ‘Purdah’ merupakan realiti dan tafsiran hidup terhadap firman Allah Taala di atas. Demikianlah kaum kafir tidak pernah diam dan tidak akan berhenti menzalimi dan menghina agama Islam dan umatnya sehinggalah mereka berjaya memesongkan akidah kaum muslimin.

Saya bersegera menulis artikel ini dengan harapan mendahului salakan anjing-anjing Oreintalis yang akan menyalak tanda sokongan terhadap tindakan Sarkozy –Alaihi minallahi ma Yastahiq- ini kerana perkara ini pernah berlaku sebelum ini ketika mana pendahulu Sarkozy mengharamkan pemakaian tudung dan disambut dengan salakan sokongan oleh anjing belaan al-Azhar al-Syarif yang dipakaikan jubah Ulama.
Umat Islam hari ini mudah terkeliru dengan dakyah-dakyah barat kerana kaum kafir pada hari ini lebih maju berbanding dahulu kerana mereka bukan sahaja akan disokong oleh ahli-ahli politik penyembah demokrasi dan sekularisme bahkan anjing-anjing berserban dan berjubah yang menggelar diri mereka Ulama (sedangkan mereka Ular dalam semak).
Allah Taala telah menyamakan kaum yang menggelar diri mereka Ulama namun menjadi penyesat umat dengan anjing yang menjulur lidah sebagaimana dalam firmanNya:
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ (175) وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (176)
Maksudnya: “dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.” [al-A’raf: 175-176].
Ayat ini menceritakan kisah Bal’am bin Ba’ir atau Bal’am bin Abir, seorang alim daripada yang mustajab doanya telah berpaling tadah daripada ajaran Rasulnya iaitu Nabi Musa a.s ketika itu dan menyokong kaum kafir yang hendak memerangi Musa a.s dan menyekat baginda dan kaum baginda memasuki Tanah Yang dijanjikan (Palestin) setelah berakhirnya tempoh sesat 40 tahun.
Akhirnya dia dijadikan hina umpama anjing oleh Allah Taala, menjadi ahli neraka dan lidahnya terjulur bagaikan anjing.-Nauzubillah min zalik-.
Maka saya menyeru kepada mereka yang telah diberikan Allah Taala kemuliaan dengan kedudukan sebagai Mufti, Alim Ulama, Ahli Fatwa, dan lainnya supaya tetaplah di atas prinsip dan berpegang teguhlah dengan agama Allah Taala dalam apa jua keadaan melanda. Umat Islam dewasa ini amat memerlukan keikhlasan anda dan ketelusan lidah anda bukan putar belit dan fatwa yang berselirat dengan helah dan syubhat.
Kembali kepada isu Niqab atau Purdah, ketahuilah wahai Saudara-saudariku se-Islam, sesungguhnya memakai purdah atau niqab adalah tuntutan syariat Islam kepada seorang wanita muslimah mukminah dan para Ulama Islam tidak pernah berbeza pendapat dalam masalah ini.
Pemakaian Niqab atau Purdah bukanlah satu penghinaan atau pengurungan bahkan merupakan kemuliaan dan keistimewaan yang Allah Taala anugerahkan kepada para wanita. Saya tidak akan mendatangkan logik yang susah atau qias mantik yang panjing, cukuplah jika saudara dan saudari sekalian perhatikan buah-buahan yang sedang mekar masak, lazat dipandang dan menarik perhatian burung dan haiwan lain memakannya, apakah yang akan dibuat oleh tuan kebun yang memeiliki buah itu?
Jawapan yang pantas tuan-tuan dan puan-puan, tentu sekali akan dibalutnya, dibungkus dengan rapi. Demikian juga apabila tuan-tuan dan puan-puan mengeluarkan wang daripada ATM, wang yang menarik mata pencuri dan perompak, apakah tindakan pantas yang akan dilakukan? Wah, bagus anda semua, jawapan yang tepat: Kita simpan cepat-cepat dalam dompet atau beg galas, kita tutup wang tersebut jangan sampai dilihat orang lain.
Nah, sekarang, apakah dengan membalut buah tadi atau menyimpan wang dalam dompet kita tidak sayang kepada buah atau wang tadi? Kita hendak merendah-rendahkan nilai buah dan wang tadi? Sungguh sama sekali tidak, bahkan kita menyembunyikan keduanya kerana keduanya sangat berharga pada kita sehingga kita tidak sanggup orang lain melihatnya dan mencederakannya.
Demikianlah pandangan Islam terhadap wanita, mereka adalah maruah, mereka adalah pembentuk generasi mendatang, dan tunjang keluarga yang setiap lelaki yang berjaya tidak dapat tidak berdiri di belakangnya seorang wanita yang hebat. Maka Islam memerintahkan mereka menutup tubuh mereka, terutama wajah yang menjadi himpunan kecantikan wanita yang sentiasa menarik perhatian burung-burung bernama lelaki untuk mematuknya.
Semua manusia sama ada muslim, nasrani, yahudi, hindu dan lainnya mengakui lelaki yang paling hebat dan berpengaruh di dunia ini adalah Muhammad bin Abdullah s.a.w. Tahukah tuan-tuan dan puan-puan, semua isteri-isteri baginda yang menyokong baginda sepanjang perjuangan baginda adalah semuanya wanita berpurdah? Demikian juga anak-anak gadis baginda dan isteri-isteri para Sahabat baginda yang merupakan pembantu setia dalam perjuangan adalah mereka yang berpurdah.
Maka dakwaan liar si anjing Sarkozy dan mereka yang menyalak bersamanya adalah dakwaan batil bahawa Purdah adalah penghinaan dan menyekat kebebasan. Dakwaan anjing-anjing kafir ini berlawanan dengan akal yang sejahtera dan realiti yang nyata. Lihatlah wanita-wanita kafir yang berjalan mededahkan tubuh dan wajah, mereka semua tidak terlepas menjadi tatapan nafsu sang lelaki sama ada kita perasan atau tidak.
Demikian juga wanita-wanita muslimah yang terperangkang dalam jerangkap samar Iblis ini, semuanya menjadi korban nafsu dan syahwat dan jika tidak paling kurang akan menjadi santapan neraka di akhirat nanti, nauzubillah min zalik.
Sabda Nabi s.a.w:
المرأةُ عورة ، فَإِذا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشيطانُ
Maksudnya: “Wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar (dari rumah) maka syaitan akan menghiasanya”. [al-Tarmizi dan Ibn Khuzaimah, hadis Hasan Gharib].
Ini adalah hakikat yang diberitakan oleh Rasulullah s.a.w yang diterima daripada Allah Taala dan perlu diingat Allah Taala adalah pencipta Alam ini termasuklah lelaki dan wanita. Maka Dia Maha Mengetahui apakah jenis pakaian yang perlu dipakai oleh lelaki dan apakah pula jenis pakaian yang perlu dipakai oleh wanita.
Alangkah malang makhluk yang bernama manusia, apabila Allah memberinya nafas dia ambil, Allah berinya makanan dia makan, diberi minuman dia minum, namun apabila Allah Taala memberinya pakaian yang memang sesuai dengan kejadian yang Allah ciptakan dia, dia menolak dan mendakwa dia lebih tahu mana yang sesuai.
Islam apabila membezakan sesuatu hukum antara lelaki dan wanita bukanlah kerana Islam memandang wanita itu hina atau makhluk yang rendah darjatnya namun Islam memandang daripada sudut kejadian masing-masing yang telah Allah Taala ciptakan. Firman Allah Taala:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
Maksudnya: “kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” [al-Nisaa: 34]
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah Taala telah menciptakan lelaki dengan beberapa kelebihan berbanding wanita demikian juga wanita diciptakan tidak sama dengan lelaki, dan lelaki itu diberi tanggungjawab berbeza dengan wanita maka setiap hukum yang berbeza antara lelaki dan wanita bukanlah kerana Islam hendak merendahkan wanita tetapi dalam rangka berlaku adil terhadap masing-masing jantina.
Firman Allah Taala:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: “ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…” [al-Baqarah: 286]. 
Oleh itu, janganlah cepat kita menuduh Islam agama yang suci murni ini dengan tohmahan dan fitnah yang tidak berasaskan sedangkan kita sendiri tidak memahami perkara yang kita tohmah dan fitnah itu. Amat buruklah mereka yang menerima dan menggunakan nikmat Allah kemudian menolak perintah dan larangNya.
Kaum Muslimin, muslimat dan bangsa manusia sekalian, Islam mensyariatkan dan memerintahkan wanita-wanitanya menutup wajah mereka atas prinsip yang kami terangkan ini bukan kerana hendak menrendah atau menghina wanita apatah lagi memenjarakan mereka, sama sekali tidak.
Setelah jelas bahawa perintah berpurdah bukanlah satu penghinaan maka perlu kami jelaskan di sini hukum sebenar berkenaan hukum berpurdah bagi muslimah kerana terdapat beberapa kaum anjing berjubah ulama yang mendakwa kononnya purdah adalah bidaah tidak ada dasarnya daripada Islam.
Ketahuilah bahawa berpurdah itu adalah Sunnah sabit dalam hadis-hadis yang sahih dan disepakati para Ulama Muslimin semenjak zaman Salaf Soleh lagi. Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h berkata:
“Hendaklah diketahui bahawa menutup wajah dan tapak tangan adalah berasal daripada sunnah dan telah diamalkan semenjak zaman baginda Nabi s.a.w seperti mana yang diisyaratkan baginda dalam sabdanya:
لا تنتقب المرأة المحرمة ولا تلبس القفازين
Maksudnya: “Janganlah wanita yang berihram memakai Niqab (purdah) dan janganlah memakai sarung tangan”. [Sahih]” [Jilbab al-Marah al-Muslimah, m.s 104, cet. Pertama al-Maktabah al-Islamiah].
Hadis yang didatangkan oleh Syeikh ini dikeluarkan oleh al-Bukhari hadis no. 1741 dan berkata Imam Ibn Taimiah r.h:
“Ini menunjukkan bahawa pemakaian purdah dan sarung tangan adalah dikenali (diamalkan) para wanita yang tidak berihram (di zaman Nabi s.a.w) dan ini menunjukkan mereka menutup wajah dan tapak tangan mereka”. [Ibid]. 
Daripada Aisyah r.a:
كان الركبان يمرون بنا ونحن مع رسول الله صلى الله عليه وسلم محرمات فإذا حاذوا بنا أسدلت إحدانا جلبابها من رأسها على وجهها فإذا جاوزونا كشفناه
Maksudnya: “Adalah penunggang-penunggang melalui kami sedangkan kami bersama dengan Rasulullah s.a.w dalam keadaan Ihram, apabila mereka melintasi kami maka setiap kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) akan melabuhkan jilbabnya daripada kepalanya ke atas wajahnya apabila mereka telah berlalu kami pun membukanya kembali”. [Ahmad dan dinilai Hasan li Ghairih oleh Syeikh al-Albani].
عن أسماء قالت : كنا نغطي وجوهنا من الرجال و كنا نمتشط قبل ذلك Maksudnya: “Daripada Asma’ r.a kata beliau: ‘Adalah kami menutup wajah kami daripada lelaki dan kami menyikat rambut sebelum itu (Ihram)”. [Ibn Khuzaimah dan al-Hakim, hadis Sahih].
Para Ulama menyatakan, walaupun Nabi s.a.w melarang wanita berniqab (memakai purdah) dalam Ihram, namun mereka dibenarkan untuk menutup wajah dengan kain yang tidak bersentuh dengan kulit wajah mereka sama seperti lelaki berihram dilarang menutup kepala dengan serban atau kepiah tetapi boleh menutup dengan bumbung atau payung.
Ini menunjukkan menutup wajah dan tapak tangan dalam kalangan wanita Salaf al-Soleh adalah makruf dan diamalkan dan mereka berniqab di luar ihram.
Ini jelas dalam hadis berikut:
عن صفية بنت شيبة عن عائشة أنها كانت تطوف بالبيت وهي منتقبة
Maksudnya: “Daripada Safiyyah binti Syaibah daripada Aisyah r.a adalah beliau bertawaf dalam keadaan memakai niqab (purdah)”. [Musannaf Abdul Razak].
Ini menunjukkan setelah bertahallul, para wanita muslimah akan memakai kembali niqab mereka dan sekaligus menunjukkan disyariatkan pemakaian niqab ini. Pemakaian Niqab ini berterusan dari generasi ke generasi sehinggalah datangnya penjajahan barat lalu dicabutnya Niqab melalui tangan Muhammad Abduh dan muridnya Qasim Amin serta kuncu-kuncu mereka yang bersubahat dengan kaum Iblis –alaihim minallahi ma yastahiq-.
Firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Ahzab: 59].
Saidina Ibn Abbas r.a berkata dalam mentafsirkan ayat ini:
“Allah Taala memerintahkan para wanita mukminah apabila mereka keluar daripada rumah mereka untuk sesuatu keperluan hendaklah mereka menutup wajah mereka daripada kepala dengan jilbab dan hanya menampakkan sebelah mata (untuk melihat)”. [Ibn Kasir, 6/ 481-482].
Dalam riwayat yang lain menyatakan cara menutup wajah adalah dengan melilitkan jilbab sehingga menutup dahi dan bahagian wajah dan menampakkan dua mata sahaja.[Tafsir al-Munir, Dr. Wahbah al-Zuhaili, 22/109].
Oleh itu, dakwaan bahawa memakai purdah atau burqa atau apa sahaja yang menutup wajah wanita sebagai amalan bidaah adalah dakwaan bidaah yang menyesatkan serta pengingkaran terhadap syariat Islam yang mulia-nauzubillah min zalik- namun para Ulama Islam hanya berbeza pendapat apakah menutup wajah ini suatu perintah wajib atau mandub sahaja.
Perbezaan pendapat ini pula berlaku ketika aman daripada fitnah dan maksud fitnah di sini keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kemungkaran seperti tersebarnya lelaki-lelaki fasiq seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w sehingga turunnya perintah menutup wajah dalam ayat 59 surah al-Ahzab di atas. [al-Baghawi, 6/376].
Mazhab al-Hanafiah dan al-Malikiah secara umumnya berpendapat tidak wajib wanita menutup wajah dan kedua tapak tangannya sama ada dalam solat atau di luarnya kecuali dalam keadaan fitnah seperti di hadapan lelaki kafir atau lelaki muslim yang kaki maksiat. Jika dalam keadaan fitnah seperti ini maka wajiblah dia menutup wajah dan dua tapak tangannya.
Mazhab al-Syafiiah dan al-Hanabilah berpendapat wajah wanita wajib ditutup demikian juga dua tapak tangannya diluar solat yakni di hadapan lelaki ajnabi kerana fitnah adalah benda zanni dan tidak sama padanya setiap manusia dan keadaan. Maka wajah wanita itu sendiri merupakan illah untuk diwajibkan tutup. [Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 1/654-664, al-Fiqh ‘alal Mazahib al-Arba’ah, 1/198].
Hasil pemerhatian pendapat para Ulama Mazhab ini, kita dapati kaum muslimat yang berada di Perancis menurut kesepakatan mazhab-mazhab yang muktabar wajib memakai penutup wajah sama ada niqab atau burqa atau lainnya kerana mereka berada dalam suasana fitnah, dikelilingi lelaki kafir dan fasiq di merata ceruk negeri.
Sebagai penutup, saya menyeru kepada semua kaum muslimin dan muslimat di negara ini khasnya dan di seluruh dunia amnya supaya mencabar tindakan kejam rejim Nasrani Perancis ini dengan menggandakan usaha dakwah kepada pemakaian niqab dan menutupa aurat serta menggerakkan jentera untuk memerangi habis-habisan budaya ‘bertudung tetapi telanjang’ yang semakin menular dalam masyarakt Islam hari ini.
Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s