Niqabis Sebenarnya Lebih Menarik Perhatian Lelaki

~ niqobis solehah yang memburu akhirat, akan dikejar berderu-deru oleh dunia ~

Kesejukan musim syita’ terasa menggigit tulang. Sebelum merebah tubuh ke tilam, tergerak untuk menghasilkan satu catatan. Ideanya daripada soalan seorang pembaca tentang wanita berpurdah, atau gelaran manjanya ‘niqobis’.

Sebelum itu, sekiranya anda belum membaca artikel ini, saya persilakan kalian membacanya terlebih dahulu, kerana sebahagian besar mengenai purdah telah satu catatkan di sana.

Saya percaya, kalian tentu pernah mendengar pernyataan seperti ini :

” Orang pompuan yang pakai purdah, sebenarnya lagi kuat menarik perhatian lelaki. Sebabnya, orang lelaki mesti nak tengok apa benda di sebalik purdah tu. Kadang-kadang, tengok mata je orang laki boleh angau tau..”

Sebenarnya, kita boleh pandang pernyataan ini dari dua sudut berbeza.

Pertama : Niqobis yang bersalah kerana menarik perhatian lelaki. Dalam uruf di Malaysia yang mana golongan niqobis adalah ‘janggal’, maka tujuan memakai purdah supaya ‘tidak menarik perhatian’ seakan tidak relevan. Golongan niqobis juga akan menjadikan ramai pak-pak ustaz terlucut kopiah mereka, katanya.

Kedua : Lelaki yang tidak pandai mendisiplinkan pandangan mata. Menganggap yang haram dipandang itu hanya wanita yang tidak menutup aurat, sebaliknya niqobis yang solehah lagi ayu berpurdah itu boleh dipandang sesuka hati. ‘ Alah, bukan nampak apa pun’. Itu kata mereka.

Kalau saya mudah saja, saya lebih cenderung mengambil sudut pandang kedua, kerana ternyata sudut pandang pertama hanya akan diambil oleh orang-orang yang ada penyakit dalam hati mereka.

Kita kena faham, niqobis ada yang pakai purdah kerana berpegang akan kewajipannya. Ada juga yang pakai purdah sebab nak ambil fadhilat dan pahala sunat. Yang penting, kedua-duanya nak buat amalan baik. Mahu meng’upgrade’ diri menjadi mukminah yang lebih baik.

Asal mereka ikhlas dan betul dengan pemakaian mereka, apa pula hak kita untuk meletakkan ‘dosa’ dari kelemahan kita ke atas bahu mereka?

Ini suatu penyakit juga.

” Salah niqobis la, goda iman ana. Ana kalau orang perempuan pakai skirt, tak pakai tudung, ana memang tak pandang sama sekali. Tapi bila jumpa yang pakai purdah, cair ana “

Eh yang salah itu si pemakai purdah atau ‘anta’ yang tidak reti jaga pandangan mata?

Ada pula yang bernafsu pelik. Tengok perempuan berpurdah, katanya ‘lain macam’.

Saya jawab mudah sahaja.

Bab jaga pandangan mata ini, jangan ingat peha wanita sahaja yang haram tengok. Tapi kalau tengok LEMBU sekalipun beserta syahwat, hukumnya juga haram. Jadi kalau tengok lembu pun haram, apa lagi dengan tengok orang perempuan pakai purdah?

Jadi kembali kepada arahan Allah dalam surah An-Nur. Arahan menjaga pandangan. Jangan pandang lain jantina melainkan dengan hajat. Nak berjual beli ke, nak bermesyuarat ke, nak berurusan ke, ataupun kalau nak melamar.

 

Melamar?

Yes. Ini cerita lain. Kalau merasa tertarik dengan niqobis dengan tarikan yang tidak dirasai jika memandang wanita-wanita lain, dan tarikan itu pula semata-mata kerana berkenan untuk dijadikan isteri, maka tidaklah menjadi masalah untuk masuk meminang si niqobis tersebut.

Bahkan sangat bergaya jika lelaki mengambil tindakan murni sedemikian. Rata-rata yang saya perhatikan, niqobis sebenarnya lebih mudah menerima lamaran lelaki, syaratnya lelaki itu mestilah soleh dan berani bertemu keluarganya. Mereka bukan jenis materialistik.

Jadi saya sarankan, kalau tertarik untuk dibuat isteri, carilah jalan ke arahnya dengan cara yang makruf.

Tapi jika berbalik kepada persoalan di atas, ‘jiwa kacau’ sebab dia pakai purdah, sebab dia pelik daripada yang lain, sebab dia punya tarikan ‘luar biasa’ dan sebagainya, nasihat saya ; check semula iman dalam diri kalian wahai para pemuda. Jangan kongkong orang lain untuk melakukan amal soleh dengan dakwaan-dakwaan yang berpunca dari kelemahan jiwa kita sendiri.

Cuma ingat, saya tidak menafikan kesilapan beberapa kerat niqobis yang mengundang kepada permasalahan seperti itu. Jadi, baca juga artikel saya tentang hat-hati berpurdah di sini.

Sekadar satu perkongsian. Moga bermanfaat.

 

Sekian.

 

Sumber

3 thoughts on “Niqabis Sebenarnya Lebih Menarik Perhatian Lelaki

  1. as slm maaf sy bertanya kerana kelemahan iman sy,boleh kh d terangkn adab2 bg niqobis?apa y boleh dlakukn serta apa yg ptt d elakkn oleh niqobis..cthnya bleh kh niqobis berniaga di pasar2 ditemani hanya ank gadis kecil berusia 3thn lbh?jga blehkh niqobis mbawa ank2 bermain d padang awam dan mandi di tempat2 seperti water park?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s