Saya Couple, Saya OK

trend bercouple yang makin lama makin ok~

 

“Saya dah sekian lama menjalinkan hubungan dengan dia. Masuk ini dah hampir 3 tahun kami bercouple. Tapi pada kami, couple tidaklah seburuk yang sering digambarkan oleh ‘orang agama’. Saya bercouple, dan saya ok. Kami menjaga batas perhubungan dan saling menghormati. Keluarga kami pun merestui perhubungan ini, cuma mungkin kami belum bersedia untuk berkahwin. Tentang pelbagai kes terlanjur, zina dan buang anak, pada kami itu perbuatan manusia2 yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengenal erti cinta yang sebenar. Itu manusia2 yang gilakan seks semata2.”

Apa pandangan anda dengan statement di atas?

Kita akui, apa yang dinyatakan dalam statement di atas, atau yang mungkin keluar dari mulut sebahagian besar ‘ahli couple’ pada hari ini ada benarnya. Memang ada orang yang bercouple, tetapi akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Siap kekal ke anak cucu. Siap boleh cerita pula dekat cucu2 tentang kisah couple mereka.
Sesetengah pula menganggap couple itu sebagai satu keunikan dalam bercinta. Itu mereka namakan sebagai variasi. Ada masa keluar makan bersama, berpimpinan di taman bunga, juga ada ketika meluangkan masa untuk ke pawagam menonton filem.

Itu pada mereka pelangi dan warna warni dalam percintaan. Ia membawa kepada keakraban hati dan lebih mengenali.

Kalau berjauhan pula, medium2 seperti facebook, skype dan ‘coling2′ boleh dimanfaatkan sebaiknya. Bukankah itu satu keindahan dalam perhubungan, sepertimana yang sering kita saksikan dalam filem2? Bukankah suatu yang sangat ‘sweet’ bila sang lelaki sanggup menelefon dari luar negara selama berjam2, semata2 mahu memujuk hati kita yang merajuk?Ah. Keasyikan cinta ini benar2 menjadikan dunia ini aku yang punya.
..
Tunggu dulu.
Bercouple memang seronok, itu saya tidak nafikan. Mencegah orang daripada couple pula sesuatu yang sangat tidak seronok, bahkan makin membuatkan diri dibenci, itu pun tidak saya nafikan. Pada saya, dah terlanjur anda masuk membaca, mari kita berdiskusi dari segala sudut yang ada. Supaya akhirnya yang menang bukan orang yang nak couple, dan yang kalah bukan orang yang asyik larang orang dari couple.Baik, kita cari kebenaran.

Apabila masuk bab nak mencari kebenaran, kita rasa meluat pula untuk cari ‘orang agama’, apatah lagi mereka2 ini jenis yang suka menghukum. Tak apa, kita tak payah cari orang agama. Tapi kita tak suka pada orang agama tak bermakna kita tak beriman pada Al-Quran dan Sunnah, betul? Jadi kita buka sendiri Al-Quran dan Sunnah.Sekali lagi, kita nak mencari kebenaran.

Cari punya cari, dalam Al-Quran mahupun Sunnah, dalam 114 surah mahupun dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Nasai, Ibn Majah, Tirmizi dan segala kitab hadis yang ada, langsung tidak dijumpai dalil yang membolehkan :

1- berhubungan antara lelaki dan perempuan selain pada perkara yang harus
2- berpegangan tangan atau berdating
3- bergayut , bergurau senda, bernada manja , usik mengusik dan berterbangan di pelangi bersama2
4- melazimi perkara2 / perbuatan2 yang membawa kepada mukaddimah zina

Kesemua di atas, yang terkandung dalam maksud ‘couple’ tidak ada nas yang membolehkannya , baik dari Al-Quran mahupun Sunnah.

Bahkan kita terjumpa pula dengan satu ayat di dalam Surah An Nur :

Firman Allah ta’ala : ” Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan ( menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka..”

Firman Allah ta’ala : ” Katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menahan ( menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka..”

Belek2 lagi, jumpa pula Firman Allah ta’ala :

” Dan janganlah kamu merendahkan ( memanjakan ) suara kamu ketika bercakap , kerana dikhuatiri akan timbul keinginan ( nafsu ) pada orang2 yang berpenyakit dalam hati mereka ..”

Kemudian kita termenung seketika. Walaupun tak mampu baca kitab arab, tetapi tafsir Al-Quran terjemahan dalam bahasa melayu berlambak dekat kedai. Bila baca dan perhati ayat2 Allah di atas, nampak macam terkena batang hidung sendiri pula.

Lelaki yang beriman? Akulah itu.

Perempuan yang beriman ? Akulah itu.

Merendah suara? Manja2 masa bercakap ngan boyfriend? Mengusik2 girlfriend? Akulah itu. Yelah, adat bercinta mestilah nak manja2. Tapi Allah larang ….

Tak menjaga kehormatan? Nafsu? Hm, Akulah itu. Yelah, ada masanya keluar pegang2 tangan, duduk rapat2. Ini pun Allah larang..

Baik, berbalik kepada perbincangan asal. Iaitu mencari kebenaran.

Sudahkah kita temui kebenaran tersebut?

Apabila kita buang rasa jengkel kita pada orang2 yang selalu menegur atau mengkritik kita kerana bercouple, dan kita letakkan hal tersebut antara kita dan Allah, comfirm kita akan bertemu dengan persoalan2 di atas. Betul atau tidak, ada di kalangan yang asyik bercouple akan berkata begini :

” Ah, ini urusan aku dengan Tuhan. Kalau aku berdosa, itu aku dengan Tuhan. Kau sibuk apa? ”

Pada saya, kata2 ini POSITIF, walaupun sesetengah orang menganggap macam negatif. Lebih2 lagi pada orang yang ikhlas tegur kawan dia supaya jangan bercouple, tetapi tiba2 dimarah sebegitu. Kurang asam betul. Akhirnya bergaduh tak sudah.

Kenapa saya kata positif?

Sebabnya, mereka2 ini masih sedar hakikat keterikatan diri mereka dengan Tuhan. Masih rasa bertuhan. Tinggal lagi, mereka tidak faham kenapa tidak boleh dan kenapa Tuhan larang. Tetapi kalau mereka benar2 menggunakan akal dan hati mereka untuk mencari kebenaran, seperti contoh di atas, mereka pasti akan berhenti dan berusaha menghindari, kerana mereka tahu itu Tuhan yang cakap, bukan kawan.Hidayah milik Allah..

Cuma masalahnya adalah sesetengah orang yang mengungkapkan kata2 di atas, mengaku itu urusan mereka dengan Tuhan, tetapi tidak pernah cuba untuk ‘menyelesaikan’ hal tersebut dengan Tuhan. Kalau menyampah dengan teguran manusia, pergilah kepada Tuhan. Buka  Al-Quran , baca terjemahan , contohnya ayat2 di atas. Kalau dah jelas lagi terang bahawa itu larangan Tuhan , kenapa masih tegar melakukan..?

Kecuali kalau anda sanggup menjawab begini : ” Ah, itu urusan aku sendiri. Kau dengan Tuhan peduli apa? “Anda sanggup..?

Saya Couple , Saya OK

Kebiasaannya, hujah ini keluar dari mulut dua golongan. Pertama, golongan yang bukan belajar agama. Tetapi mereka berminda intelektual. Masing2 ada pasangan, ada masa berdating dan ada masa fokus bekerja atau belajar. Kehidupan mereka jauh dari anasir2 tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan sebagainya.

Kedua, golongan yang belajar agama. Berminda agamawan. Berjiwa islamik. Pandai mengarang ayat2 tazkirah dan mutiara kata hikmah. Mereka mempunyai pasangan masing2, ada masa bergayut di telefon, ada masa ber’sms’ , ada masa mengirim hadiah harijadi, ada masa saling kejut untuk bangun Qiamullail, dan ada masa mereka benar2 fokus pada pelajaran dan kerja agama.

Kedua2 golongan ini adalah golongan yang paling suka menyatakan : Saya couple, tapi saya OK.

Persoalannya..benarkah couple itu OK?

Apa pula pandangan anda :) ?

 

Kadang2, kita tertipu dengan alasan2 dan hujah ‘ahli couple’ , contohnya seperti tajuk di atas. Mereka berhujah bahawa mereka ok, tidak terbabas, tidak terlanjur, tidak ada anasir2 yang merosakkan dan mereka mengakui yang mereka memang ok.

Lantaran itu, adakah kita patut menerima dan membiarkan mereka terus aktif sebagai ‘ahli couple’ ?

Persoalan ini sensitif, tetapi dalam masa yang sama, ia merupakan satu persoalan basic dalam kehidupan. Awas, bila kita bercakap soal ini, jangan sesekali berniat mahu menunding jari atau menghalakan muncung senapang kita kepada sesiapa. Niatlah untuk mencari kejernihan dalam masyarakat. Niatlah untuk melihat masyarakat yang lebih baik dan bersih hasil daripada usaha kita ini.

Kerana itu, soal ini perlu diperhalusi. Golongan berpengalaman, jangan kedekut ilmu walaupun telah beribu kali dikongsi. Golongan muda baru belajar, jangan malu untuk terus bertanya dan mengambil tahu. Ini bukan soal seronok2 semata2, tetapi ia soal agama. Jangan jadi orang yang malu bertanya, malu belajar, tetapi tidak malu mempraktik dan mencuba.

Kembali kepada persoalan di atas, adakah pernyataan ‘saya couple, saya OK ‘ itu boleh diterima?

Wajib untuk kita jawab – TIDAK.

Kenapa?

Di sini letaknya keperluan untuk memberi faham dan memahamkan orang. Sekadar melarang, tanpa mengetahui kenapa dilarang, kadang2 tidak memberi kesan. Arak sebagai contoh, kenapa Islam larang? Begitu juga zakat, kenapa Islam wajibkan?

“Allah Itu Engineer”

Saya teringat satu petikan ucapan Tuan Guru Nik Abd Aziz, di mana beliau mengumpamakan Allah seperti Engineer kepada manusia. Memang betul, Allah pencipta dan sudah tentu seorang pencipta lebih tahu tentang barang yang diciptanya berbanding orang lain. Maka, Allah lebih tahu tentang selok belok manusia, justeru setiap suruhan dan larang Allah tidak datang secara sia2.

Maha suci Allah dari segala yang sia-sia.

Jangan sekali2 kita anggap urusan agama ini sia2. Larangan2 agama jangan kita anggap sebagai tidak ada apa2. Sebenarnya di sebalik semua itu ada sejuta hikmah yang sebenarnya kita tidak tahu. Sebagai contoh, arak diharamkan oleh Allah kerana ia merosakkan fungsi otak. Lebih dahsyat dari membunuh dan merogol.

Seorang yang waras boleh menahan dirinya dari membunuh atau merogol. Tetapi apabila diberikan arak, apabila mabuk dan akalnya tidak lagi berjalan, dia berkemungkinan boleh melakukan jenayah rogol. Sesudah itu berkemungkinan dia boleh melakukan jenayah bunuh pula.

Segala bahaya dan malapetaka ini puncanya dari arak, dan Allah Maha Tahu tentang semua itu. Lalu Dia datangkan dengan CEGAHAN supaya segala malapetaka itu tidak berlaku. Itu namanya hikmah di sebalik larangan.

Baik, bila kita katakan TIDAK kepada slogan ‘saya couple, saya OK’ , maknanya kita bertegas mengatakan bahawa bercouple itu tidak OK. Sebabnya?

1- Membawa kepada mukaddimah ZINA

Anda tahu apa itu mukaddimah zina? Ia bukan zina dalam ertikata bersetubuh. Tetapi ia adalah segala bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada ransangan syahwat dan boleh membawa kepada zina. Contoh : pegang2 tangan, berbisik2 dengan suara yang lunak, berpelukan, duduk rapat2, berciuman hatta senyuman yang menggoda sekalipun dikira sebagai mukaddimah zina.

Apa hukumnya? Zina hukumnya haram, maka mukaddimah zina juga hukumnya adalah HARAM. Bermakna orang yang melakukannya beroleh dosa besar dan kemurkaan dari Allah.

2- Memberi peluang kepada SYAITAN

Makhluk Allah bernama syaitan dan Iblis amat suka kepada pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak syar’ie. Maksudnya, yang bukan berstatus halal. Dan mereka amat benci kepada pernikahan. Apabila anda bercouple, maknanya hubungan anda itu tidak berstatus halal, dan tidak sah taraf. Antara anda dan pasangan, tidak ada sesuatu pun yang menghalalkan perhubungan. Ini jelas sekali memberi ruang dan peluang kepada syaitan untuk mengajak anda kepada perbuatan2 mungkar dan maksiat. Sebab itu, couple2 ini TAK OK.

3- Mengkhianati amanah

Sebagai contoh, amanah ibu bapa anda untuk menjadi anak yang soleh/ solehah. Ini lebih kepada yang jenis bercouple belakang mak bapak, tetapi depan2 berlagak baik. Depan mak bapak pakai tudung, belakang keluar dengan jantan free hair rambut pulak kaler perang. Penipuan anda ini beroleh dosa dari Allah, dan pengkhianatan anda kepada amanah ibu bapa anda juga beroleh dosa dari Allah.

4- Menutup pintu kebaikan

Kadang2, ahli couple ini terlalu obses dengan kepercayaan kepada pasangan masing2. Walaupun tidak ada tujuan dan matlamat jelas dari bercouple, mereka tetap meletakkan sepenuh pergantungan dan pengharapan pada pasangan masing2. Kadang2, si perempuan sudah available ( sudah tamat pengajian sbg contoh ) tetapi si lelaki masih sibuk di alam pekerjaan. Diajak bertunang, katanya belum sedia. Kahwin lebih2 lagi. Lalu si perempuan bila ditanya ( ada orang masuk melamar ) katanya ‘dah ada’. Sehinggakan beberapa lamaran ditolak sewenang2 hanya kerana katanya ‘dah ada’.  Akhirnya, tunggu punya tunggu, si lelaki kantoi ada orang ketiga. Dah putus cinta, patah hati , makan diri. Mereka ini tidak sedar, bahawa jodoh itu adalah kebaikan dari Allah. Kenapa sengaja ditutup dengan alasan2 yang sengaja kita cipta?

5- Merosakkan HATI

Anda tahu apa yang paling berharga dalam diri anda? Itulah hati. Benda yang paling senang rosak dan paling susah untuk dibaiki. Kalau baik hati itu, baiklah sekalian amal perbuatan. Couple suatu kemaksiatan kepada Allah. Dalam entri yang lepas, saya sebutkan beberapa larangan Allah yang sinonim dengan couple. Jadi, bila menderhaka pada Allah, rosakkan hati. Bila rosak hati, rosaklah sekalian amal perbuatan. Jadi macamana nak kata couple itu OK?

Rasanya, banyak lagi sebab yang boleh ditulis tentang kenapa ‘couple itu TAK OK’. Jadi, kalau anda yang membaca ini merasakan couple itu OK, saya secara tegasnya mengatakan couple itu TAK OK.

TAK KIRA! OK JUGAK!

Ada juga yang masih degil. Hujah mereka adalah hujah yang saya tulis di akhir entri yang lepas. Dua golongan yang biasa berhujah mereka ok dengan bercouple, dan mereka secara zahirnya benar2 OK. Dalil lain ; filem dan drama. Biasanya banyak mempertontonkan tentang kisah percintaan yang OK, tidak ada unsur2 zina dan sebagainya.

Sekali lagi dengan tegasnya saya cakap, TIDAK OK.

Kenapa?

Pertama : Filem dan drama memang sebahagiannya membawa realiti dalam masyarakat, tetapi relevan atau tidak itu belum tentu. Sebagai contoh, si lelaki menumpangkan buah hatinya bermalam ( selepas diselamatkan dari hujan lebat ) di rumahnya. Tetapi si lelaki langsung tak sentuh si wanita. Contoh lain ; si lelaki dan wanita pergi bercuti , naik kereta sama2 ke satu tempat yang jauh dari bandar. Mereka menghabiskan masa berkejar2an atas bukit dan sebagainya. Tetapi si lelaki langsung tidak ‘menyentuh’ si wanita.

Baik, adakah ini relevan? Sudah tentu TIDAK. Dalilnya, hadis Nabi s.a.w menyebut ; apabila berduaan lelaki dan perempuan, yang ketikanya adalah syaitan. Maknanya akan berlaku kemaksiatan dan penzinaan. Siapa lebih benar antara Nabi dan Filem? Filem bercerita untuk membuai jiwa penonton, Nabi bercerita untuk menyelamatkan ummat.

Kedua : Saya nak tanya, apa maksud OK itu sebenarnya? Ok dari segi jasadiah ( luaran ) atau Ok dari sudut ruhaniah ( dalaman ) ? Kalau ok dari sudut luaran, mungkin ya, tidak terjejas, tidak terlanjur, terbabas dan sebagainya. Tetapi dari segi dalaman ? HANCUR. Hati itu adalah hati yang kotor. Hati yang bersarang kemaksiatan kepada Allah. Bagaimana mungkin hati itu mahu TAAT dan dalam masa yang sama hati itu mahu buat MAKSIAT?

Sedang Allah berfirman : ” Dan tidak kami jadikan bagi seorang itu dua hati dalam satu rongga”

Anda yang kata OK bercouple, boleh kejut2 Qiamullail lagi, boleh sms tazkirah hari2 lagi, sebenarnya anda sedang ditipu bulat2 oleh syaitan. Setiap perbuatan maksiat anda itu dihias cantik oleh syaitan sehingga anda tidak melihat lagi sebarang keburukan dan kecacatan. Ya, anda ditipu syaitan.

Kalau pun anda ‘selamat’ sampai ke jinjang pelamin setelah bertahun2 bercouple, itu bukan petanda kemenangan anda dengan wasilah maksiat. Tidak sama sekali. Segala dosa itu tetap dihisab oleh Allah satu per satu. Tahun per tahun. Segala penderhakaan anda ketika bercouple tetap dikira oleh Allah. Kecuali setelah anda bertaubat dengan sebenar2nya.

Kesimpulannya

Saya berpendirian tegas, bahawa kahwin seribu kali lebih baik dari bercouple. Kalau rasa bersedia, sila proceed secara gentleman. Kalau belum , sila jangan mencuba sebelum masanya. Segala urusan agama ada undang2, dan segala undang2 itu datang dari Allah yang Maha Tahu. Jodoh milik Allah, kalau anda ‘baik’ dengan Allah, dan tambahkan sedikit usaha, takkanlah Allah tak bagi?

Jadi, letakkan matlamat untuk kahwin, dan jom berbaik dengan Allah :)

Sekian.

 

Sumber

2 thoughts on “Saya Couple, Saya OK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s