Hijrah Hijab

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Dah lama rasanya ana tak update blog nie ya…

Huhuu.. Alfu assif jiddan.. Sebagai tanda kemaafan dari ana, terimalah sebuah artikel dari WEB YANG MEMBERI INSPIRASI PADA  ANA ini..

 

“Tanyalah dia, dia serba serbi tahu hal-hal agama ni,Tengok tudung pon dah tahu” kata si A kepada si B.

Itulah ayat yang selalu dilontarkan orang ramai apabila melihat muslimah yang bertudung litup. Walhal, ‘bertudung labuh’ tidak semestinya datang dari sekolah pondok atau sekolah agama penuh. Malah kadang-kadang yang free hair atau bertudung singkat itu jauh hebat ilmu agamanya berbanding yang bertudung.

Berdasarkan pengalaman hidup gadis yang bernama Nurul, bertudung labuh itu telah mendidiknya menjadi muslimah yang mempunyai akhlak terpuji dan dapat menyelamatkan dirinya daripada fitnah lelaki. Sebelum Nurul jatuh cinta dengan ‘tudung labuh’ itu sendiri, pelbagai rintangan , cubaan yang telah dirempuh sebelum menjadi wanita Islam yang sebenar mengikut cara Islam. Masya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana saat sebelum bergelar muslimah sejati itu.

Ya, dia memang seorang pelajar yang sangat cemerlang dalam hal-hal agama. Selalu mendapat markah terbaik dalam peperiksaan. Malangnya, Nurul tidak menggunakan dengan baik anugerah yang Allah kurniakan kepadanya. Bercouple, itu sudah biasa baginya tetapi bersentuh dengan lelaki tidak pernah dilakukannya. Biar hati di ‘sentuh’ asal bukan fizikal di ‘sentuh’.

Keindahan rupa yang Allah anugerahkan kepadanya tidak dijaga dengan baik. Bak kata anak muda sekarang, ‘petik jari, 10 boleh dapat’. Namun, dengan kecantikan rupa paras itulah yang membawa Nurul tersasar jalan . Hilang arah hidup. Dia lupa rupa paras itu bukan sekadar anugerah Allah tetapi merupakan satu ujian Nya untuk menguji hamba-hambanya bersyukur.

Baju singkat yang menampakkan tubuh badannya sudah tentu menarik perhatian kaum adam. Lenggoknya yang ala-ala model sudah tentu membuat lelaki-lelaki menoleh dua kali. Senyumannya yang manja turut membuatkan lelaki tidak tidur malam. Maruahnya senang dijaja oleh kaum adam ini. Pernah mereka bertaruh untuk mendapatkan Nurul. Pernah sekali gadis manis yang berdarah kacukan ini diajak tidur dengan lelaki. MasyaAllah , begitu mudahnya.

Namun, Allah masih memberi kasihNya kepada Nurul dengan melindunginya daripada dijadikan permainan lelaki walaupun gadis ini telah lalai jauh daripadaNya. Kasih sayang Allah begitu indah dan istimewa kerana kasihNya mendahului kemungkaranNya. Apabila hilang kasih sayang Allah, sudah tentu hidup kita akan terumbang – ambing dan sentiasa berada dalam keadaan tidak tenang. Begitu mudah sekali cinta Nurul diperoleh oleh lelaki yang belum tentu miliknya lagi.

Allah itu Maha Adil. Ujian yang sangat hebat telah diturunkan ke atas gadis sunti ini sebagai tanda kekuasaanNya dan juga denda untuk memadamkan dosa-dosa ynag telah dilakukan. MasyaAllah, tempoh setahun ujian itu telah banyak merubah sikap Nurul dari berpakaian ketat hingga bertudung labuh. Alhamdulillah. Sahabat –sahabat yang banyak membantu dalam teguran dan bimbingan dijadikan sebagai kata-kata semangat buat dirinya.

Mungkin anda ingin tahu bentuk ujian yang bagaimanakah diturunkan sehingga beliau berubah sampai begitu sekali? Hanya dalam setahun sahaja sudah merubah segala-galanya? Ujian itu pelbagai bentuk, ada ujian hati, ada ujian sakit, ada ujian nafsu dan lain-lain.

Ujian yang diterima oleh Nurul merangkumi ketiga-tiga kategori ujian di atas. Peranan sahabat-sahabat dalam berdakwah ini amat penting kerana ia boleh membangunkan dan menjatuhkan iman seseorang itu. Mungkin pembaca menganggap ini adalah perubahan yang biasa-biasa sahaja, tetapi bila kita sendiri mengalaminya,adakah kesabaran dan ketabahan diri dapat membantu kita dalam menghadapi dugaan yang datang? Hanya diri anda sahaja yang dapat menilai sendiri.

Tudung labuh belum tentu mempunyai ilmu agama yang tinggi, tetapi ia dituntut syarak berdasarkan firman Allah,yang bermaksud:

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:”Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah al-Ahzab ayat 59)

Tidak ada alasan untuk tidak berjilbab/bertudung , kerana hukumya adalah WAJIB. Seperti yang kita tahu, aurat wanita ini adalah semua bahagian tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan – mengikut pandangan Imam as-Syafie. Dari situ kita sudah tahu hukumnya wajib menutup semua anggota tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan. Berdasarkan ayat al-quran :

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.”
(Surah an-Nur ayat 31)

Ketahuilah, Allah sangat mengasihi hambaNya dan dengan dinul Islam la juga kaum wanita dimuliakan. Allah mengangkat darjat mereka. Menutup aurat adalah satu kewajipan yang sangat dituntut syarak kerana ia bertujuan untuk melindungi wanita daripada fitnah-fitnah di luar sana yang boleh mengundang bahaya kepada diri. Islam itu sudah cantik dan sempurna, maka jadikanlah diri kita cantik dan sempurna sebagaimana Islam itu sendiri.

– Artikel iluvislam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s