Entri Terakhir Sebelum SPM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Apa khabar imaan sahabat-sahabat semua? Semoga sihat, mantap dan osemm hendaknya!!😀 Insya’Allah ini entri terakhir ana menjelang imtihaan SPM…🙂 Bermula hari ni, ana akan sibuk menelaah pelajaran… Doakan ana agar mumtaaz dalam imtihaan ini yaa… Doakan agar impian abi wa umi melihat anaknya ini mumtaaz dalam pelajaran menjadi kenyataan… Akan along buktikan buat umi wa abi… Tiada yg mampu membahagiakan hati anakanda selain senyuman serta tangisan gembira umi wa abi berdua….

Hoyeaaaah!! Bercerita tentang SPM.. Ana rasa macam… Subhanallah… Masya’Allah… Nampak x countdown pada sidebar ana tu?? Beberapa hari saja lagi… Allah… Allah… Allah… Allahumma yassir wa la tu’assir…. Inginkan kejayaan, kita harus usaha bersungguh-sungguhkan??

Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih!

Man jadda wajada! (Sesiapa berusaha maka dia memperoleh hasil)

Jadi!!! Jom usaha!! Usahakan yang terbaik untuk urusan kita, sama ada kini atau akan datang…. Ana nak kongsi sesuatu dari buku yang abi hadiahkan pada ana…😀 Buku ini jadi panduan ana sewaktu menduduki PMR dahulu… Alhamdulillah.. Terbukti berkesan… :’)

Meningkatkan Kemahiran Belajar

Belajar secara aktif 

  • Beri tumpuan (concentric)
  • Menggunakan jari atau pen untuk menunjuk bacaan dan memandu untuk  membaca dengan pantas (speed reading)
  • Menanda dengan pen highlighter  fakta penting
  • Membuat catatan di tepi buku teks
  • Menyiapkan nota
  • Menggerakkan semua panca indera, bukannya merenung buku sahaja
  • Mempelbagai kaedah belajar
  • Sentiasa menyoal diri apa yang sedang dipelajari?
  • Menggambarkan dalam minda dalam bentuk visual, bukannya dalam bentuk teks (ana buat camnie.. hihiii..)

Sumber: Kemahiran Belajar: Petua Pelajar Cemerlang [Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah &  Haji Muhammad Zakaria]

Jazakallahukhaira katheera abi!! Sebab hadiahkan naskah comel lagi berinformasi ini… Belum terlambat untuk kita berusaha… Teruslah berusaha…. Bermimpilah, memeluk bintang sekalipun… Jangan lupa doa, usaha, dan tawakkal seiring…

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseuatu bangsa sebelum mereka sendiri mengubahnya. [Ar-Ra’d 13:11]

Salam Imtihaan buat semua!! Bi taufiq wannajah!!

p/s: Hari ini adik ana tersayang menduduki imtihaan PMR!! Ana doakan semuanya baik-baik saja… Yakinlah pada Allah… Banyakkan istighfar… Allahumma yassir wa latu’assir.. Pesan ana, kalau boleh sentiasa lah renew wudhuk kalau dah batal..😉 Insya’Allah.. PErlahan-lahan Allah pastikan resapkan ketenangan dalam hati kita… Buat sahabat-sahabat sperjuangan yang bakal menduduki SPM tak lama lagi.. Bi taufiq wannajah aidhaan utk kita semua… Doa, usaha dan tawakkal.. ;) 

Jaga diri.. Jaga hati… Jaga imaan… Pelihara taqwa…

 

Wassalam

SMB [091012 | 0812]

Bumi Allah

SArawak

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s