[UPDATE] Berdakwah (Menyebarkan Islam) by Irving Goh

Assalamualaikum.. Tersentuh hati ana membaca artikel ini.. Artikel ini ditulis oleh seorang mu’allaf.. An 18th yrs old mu’allaf!! (Tutup muka dengan bantal.. Malu..) Apakah kita yang lahir sebagai Muslim ini benar-benar menghargai erti sebenar hidup sebagai Muslim? Apakah kita benar-benar mengerti apa itu ISLAM?

“Dan jika kamu berpaling (dari jalan kebenaran) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (derhaka) seperti kamu.” [Muhammad 47:38]

Ini hasil buah fikiran seorang mu’allaf!! Luangkan sedikit masa untuk membaca ya?? Semoga bermanfaat..

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

 

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Saya memilih untuk menggunakan bahasa melayu untuk note ini agar dapat difahami oleh majoriti pembacanya. Saya mulakan dengan doa Nabi Musa a.s. :

“Ya  Rabbi, lapangkanlah bagiku, dadaku;  “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;  “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,”Supaya mereka faham perkataanku;”

(Qur’an 20: 25-28)

Sebelum masuk topik utama. Saya mohon pembaca cuba membetulkan saya jika ada apa-apa kesalahan dengan memberi bukti daripada ayat Quran atau Hadis Sahih.

Setelah memeluk Islam saya tertanya-tanya, mengapakah orang Islam suka menyembunyikan ayat-ayat Allah daripada orang lain. Tidak adakah yang merasa bangga sehingga ingin berkongsi dengan manusia  lain rahmat Allah itu. Islam tidak akan tersebar jika para mumin bersifat statik dan pergi ulang alik dari masjid untuk menunaikan lima fardu dan ulangi rutin yang sama setiap hari tanpa ada usaha yang lain. (Solat jemaah sesuatu yang amat terpuji, balasan sesiapa yang berbuat demikian selalu adalah dengan Allah). Adalah tanggungjawab setiap mu’min untuk berdakwah kepada orang lain kerana dakwah itu satu bentuk jihad.

Demi Masa! (1)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – (2)Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaranserta berpesan-pesan dengan sabar. (3)

(Surah Al-Asr)

 

Majoriti orang-orang yang kita panggil sebagai orang kafir sebenarnya bukan tidak percaya, tetapi mereka sebenarnya tidak tahu. Saya beri perumpamaan mudah, semalam saya telah membuat tiga soalan matematik. Hari keesokkannya saya tidak menceritakan perkara tersebut kepada sesiapa pun. Adakah saya mempunyai hak untuk mengatakan kawan-kawan saya semua tidak mahu mempercayai bahawa saya telah membuat beberapa soalan matematik sedangkan saya belum lagi menceritakan perkara itu kepada mereka. Tidak masuk akal…

 

Jadi kebanyakkan orang bukan Islam hari ini bukan BERKERAS TIDAK MAHU BERIMAN kepada kitab Allah. Mereka tidak tahu semua fakta fakta sains yang disebut dalam al Quran. Mereka tidak tahu keunikkan bahasa Arab yang digunakan dalam alQuran. Mereka tidak tahu apa hikmah disebalik setiap syariat dalam agama Islam. Mereka tidak tahu maksud al Fatihah dan surah lain yang kita lafazkan dengan merdunya. Malah, ada di antara mereka tidak mengetahui maksud azan yang dilaungkan lima kali sehari. Mereka tidak tahu. Mungkin lepas menjelaskan apa yang patut kepada mereka, dan mereka tidak mahu mendengar atau tetap juga tidak mahu memeluk Islam, barulah mereka dianggap golongan yang mendustakan ayat ayat Allah.

 

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan janganlah kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (42)

(Qur’an 2:42)

 

Bagaimana pula dengan mereka yang tidak cukup ilmu untuk berdakwah? Golongan ini akan disoal pada hari akhirat dan organ-organ badan mereka akan memberi kesaksian bahawa mereka adalah golongan malas dan golongan tidak bersyukur. Allah telah memberi petunjuk tetapi mereka sentuh pun tidak, mengaji dengan suara cukup merdu tetapi tidak mengkaji maksud dan petunjuk di sebalik bahasa asing yang dilafazkan. Kecuali mereka mempunyai kecacatan yang menghalang mereka daripada menuntut ilmu, maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

Jadi sekarang ini tidak boleh guna alasan ‘Saya tidak tahu pun berdakwah itu sesuatu yang wajib” atau ” Saya jahil (tidak tahu) akan perkara ini.”

 

Sesungguhnya  penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang  melakukan kejahatan disebabkan kejahilan kemudian mereka segera  bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu)  mereka diterima Allah  taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,  lagi Maha Bijaksana.   Dan  tidak ada gunanya taubat itu kepada  orang-orang yang selalu melakukan  kejahatan, hingga apabila salah  seorang dari mereka hampir mati,  berkatalah ia: “Sesungguhnya aku  bertaubat sekarang ini,” (sedang  taubatnya itu sudah terlambat), dan  (demikian juga halnya) orang-orang  yang mati sedang mereka tetap kafir.  Orang-orang yang demikian, Kami  telah sediakan bagi mereka azab seksa  yang tidak terperi sakitnya.

(Quran 4: 17-18)

Saya ingin berkongsi satu teknik berdakwah bagi mereka yang setelah membaca note ini dan ingin bertaubat dan memulakan usaha untuk berdakwah. Perkara yang paling penting dalam menyebarkan Islam ialah TAUHID.

Jika kita ditanya, siapakah Tuhan? Apakah perlu kita jawab? Cukupkah sekadar ” Tuhan itu Allah”. Bagaimana kita memberi satu pemahanan yang jelas dan ringkas tentang tauhid atau konsep Tuhan dalam Islam? Jawapannya ada di  Surah Al-Iklhas (Qul huwallah hu ahad, Allahussomad, Lam yalid walam yu lad, Wa lam ya kullahu kufu an ahad.)

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah, Yang Maha Esa [Satu] ; (1)”Allah, Yang Kekal, Tidak Memerlukan apa-apa, Semua makhluk memerlukanNya; (2)”Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3)”Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (4)

(Surah Al-Ikhlas)

1. Tuhan itu satu

2. Tuhan itu Kekal (Dia tidak memerlukan apa-apa untuk terus wujud, semua makhluk pula memerlukanNya)

3. Tuhan itu tidak beranak atau diperanakkan

4. Tiada yang sama atau serupa dengaNya

Inilah konsep Tuhan dalam Islam.

Mungkin selepas memberi penjelasan ringkas tentang tauhid. Kita boleh menceritakan ciri-ciri Allah, yakni Asma ul Husna, 99 nama Allah.

Siapakah Tuhan?

Tuhan itu yang Maha Pengasih (Ar-Rahman)

Tuhan is Maha Mendengar (As Sami’)

Tuhan itu Maha Lembut (Al Latif)

Kemudian, kita boleh menceritakan maksud azan dan juga Surah Al-Fatihah yang dibaca sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam. Mulakan Dengan apa maksud Allahuakbar. Mulakan dengan Maksud Bismillahirrahmanirrahim.

Seterusnya, kita boleh menbentangkan nilai nilai Islam dengan sokongan ayat Quran atau Hadis Sahih. Contohnya, pengharaman riba, pemberian sedeqah, kesabaran, solat, doa, …. Laman web ini sesuai digunakan untuk mengkaji Quran- tanzil.net Laman web ini mempunyai terjemahan Quran kepada bahasa melayu, bahasa Inggeris, bahasa China, bahasa Tamil. Terdapat beberapa terjemahan bahasa Inggeris. Saya syorkan terjemahan oleh Sahih International.

Seterusnya, kita boleh membentangkan ayat-ayat Quran yang mempunyai fakta sains. Bahagian ini memerlukan sedikit penkajian. Pembaca boleh melayari laman web www.miraclesofthequran.com atau membaca buku-buku yang ditulis oleh Harun Yahya.

Contoh : Proses pembentukkan bayi dalam rahim ibu terdapat di Surah Mu’minun ayat 13-14. Pembentukan alam semesta ada disebut dalam Surah Anbiya’ ayat 30.

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga kita dalam kalangan penduduk Syurga Jannah. Ameen, Ya Rabbana, Ya Rahman, Ya Rahim.

AL-FATIHAH (Lafaz sendiri). Jangan lupa juga untuk berdoa untuk saudara-saudara kita yang sedang berjihad di jalan Allah di Palestin dan juga di tempat lain. Berdoa juga untuk para ulama yang telah diberikan Nuur daripada Allah, iaitu mereka yang berjihad ke arah kebenaran dengan ikhlas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s