Jadilah….

Jadilah doktor…

Carilah vaksin untuk virus Wahn yang kian merebak di jiwa ummah..

Jadilah juruterbang…

Membawa semangat ummah untuk terbang tinggi kepada Allah…

Jadilah jurutera…

Bina keyakinan dan semangat juang pada ummah…

Jadilah posmen…

Mengirim surat-surat cinta dari-Nya tanpa kenal lelah…

Jadilah guru…

Ajarlah ummah untuk lebih kenal dan rapat pada Allah..

Jadilah arkitek…

Coraklah perancangan untuk masa depan ummah…

Siapapun kamu…

Apapun kerjaya kamu…

Tolong… Tolong… Tolong…

Fikirkan juga tentang ummah…

Aku tahu kamu letih…

Aku juga…

Kita semua…

Letih….

Tapi tolong….

Jangan dibiarkan letih itu sia-sia…

Tanpa memikirkan ummah..

Tanpa memikirkan Islam..

Setidaknya ada usaha untuk membetulkan ummah…

Selebihnya kita berdoa dan bertawakkal..

Meski sedikit cuma usaha yang dicurahkan buat ummah, buat Islam…

Ingatlah kalam Allah…

Kebaikan yang saiznya walau sebesar zarah pasti akan dihisab…

Hidupnya kita kerana Allah…

‘Izzahnya kita kerana Islam…

Seperti kata-kata dari Saidina Umar al-Khattab radhiallahu anhu..

“ ‘Izzahnya ummat Islam itu adalah kerana ‘izzahnya Islam… Jika hilang ke’izzahan Islam itu… Maka hilanglah ‘izzah ummat Islam…”

Peluklah Islam itu dengan kesungguhan…

Seolah-olah Islam itu nyawamu…

Yang jika kamu melepaskannya, kamu mati…

Peganglah ia seeratnya…

Jangan sesekali kau lepaskan….

 

SMB

Bintulu, Sarawak

301112 | 1117 hours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s