Satu Tahun Bersamamu….

Bismillahirrahmanirrahim…. Assalamualaikum wrh wbt… Kaifa imanukum? Semoga iman saya, kamu, dan semuanya sihat dan terus segar mekar dan subur bersama aliran dakwah dan tarbiyyah… Inshaa Allah, bi idznillah…

Alhamdulillah wa syukur lillah… Lafaz syukur tak terhingga buat Allah kerana dengan izin-Nya… Setahun lah sudah blog tercinta ini beroperasi biarpun sangat jarang diupdate… Untuk pengetahuan, inilah satu-satunya blog saya yang dapat bertahan sekian lama… Selalunya, saya selalu lupa kata laluan.. hehehh.. Teruk bebeno lah perangai… Syukurnya belog yang satu ini tidak saya lupa kata laluannya…

Kenapa saya ber-blog??

Saya ber-blog kerana saya ingin menyentuh lebih banyak hati dengan cara penulisan di blog.. Almaklum… Dunia globalisasi kan? Semua di hujung jari… Untuk makluman juga, kebanyakan entri yang saya post di dalam blog ini adalah disalin dari blog-blog yang saya kunjungi… Ada antaranya saya sertakan pautan, ada juga yang tidak… Jadi, jika ada sesiapa yang terlihat karyanya di dalam blog ini, tapi saya tak sertakan pautan, dan mahu saya sertakan pautan.. Bolehlah tinggalkan komen di ruangan komen di bawah setiap post.. Mohon dihalalkan segala aktiviti penyalinan tersebut… (awat cheq skema sangat??)

Saya sangat meminati penulisan ukhti Aisyah Z. (muharikah.com) dan Inche Gabbana (angelwearsgucci.blogspot.com).. Saya yakin mereka dah menyentuh banyak hati… Salah satunya ialah saya… Cuma itulah… Penulisan saya tidaklah se’kreatif’ seperti mereka.. Namun demikian, penulisan mereka akan saya jadikan rujukan.. Nak jadi macam mereka memang tak boleh… Tapi mereka idola saya dalam bidang penulisan, khususnya untuk jalan ini… Nak sentuh hati semua dengan tangan ni memanglah tak mampu.. Pernah baca sebuah quotation, tapi saya ubah sedikit.. Hee😉

Tugas kita hanya untuk menyampaikan, hanya untuk menyeru tapi… Untuk menyentuh hati itu, untuk mencampak hidayah itu… Bukan tugas kita.. Ianya tugas Allah…😉

Impian saya melalui dunia blogging ini ialah…

Untuk menjadi postgirl..

Yang menyebarkan surat-surat cinta dari Allah…

Untuk menjadi engineer..

Yang membina bangunan semangat juang dan cinta kepada Allah…

Untuk menjadi arkitek..

Yang melakar masa depan Islam untuk ummah…

Untuk menjadi juruterbang…

Yang membawa semangat ummah untuk terbang tinggi kepada Allah…

Untuk menjadi doktor…

Yang boleh mengubati virus Wahn yang kian menular dalam kalangan ummah…

Untuk menjadi guru..

Yang mengajar erti kesabaran dalam bermujahadah menuju keredhaan Allah…

Sungguh.. Saya inginkan perubahan dalam diri saya.. Bukan saja diri saya malah untuk ummah… Untuk Islam tercinta… Saya ingin memulakannya dari diri sendiri…. Teringat sebuah quotation,

Jika kamu ingin tegakkan Islam di atas bumi kamu… Maka tegakkan dulu Islam itu dalam diri kamu…

Harapan saya agar diri ini terus thabat di jalan ini… Semoga diri terus bergerak bersama aliran dakwah.. Dan terus menderu bersama deruan tarbiyyah… Ya, jalan menuju Allah ini memang sukar.. Tidak dinafikan… Ingat lagi doa Zinnirah al-Mumtahanah?

Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.

Mohon maaf sekiranya sepanjang penglibatan saya di dalam dunia penulisan ini, banyak hati yang terluka… Sungguh, saya cuma insan biasa, yang masih mencari dan mengejar cinta Allah.. Mohon teguran… Sekian saja penulisan kali ini… Semoga blog ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca-pembacanya… Inshaa Allah.. Bi idznillah….

يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
‘Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik’
“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”
[HR.Tirmidzi, Ahmad, & al-Hakim]

يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك
‘Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Ta’atik’
“Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu”
[HR. Muslim]

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
‘Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Tho’atika’
“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
‘Rabbabaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab’
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).”
(Ali Imran 3: 7)

Wassalam…

SMB

021212 | 2244 hours

Bintulu, Sarawak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s