Untukmu Bidadari Syurga

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Kaifa imanukum? Moga terus segar mekar iman kita disirami dakwah dan dibajai tarbiyyah… Entah kenapa jemari ini terasa berat untuk mencoretkan sesuatu untuk blog ini…. Terasa sukar mencari idea-idea untuk dicurahkan dan menyebarkan manfaat buat semua… Maka, untuk tidak membiarkan laman ini terbiar sepi, saya akan kongsikan artikel-artikel yang saya baca dari laman-laman yang lain… Insha Allah akan saya sertakan link di setiap entri yang saya salin dari laman-laman tersebut…. Selamat membaca!!😉

SMB

Bintulu

220113 | 0100 hours

______________________________________________________________________

Hamba Allah,
No 124,
Taman seri kenangan,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman. 23 Julai 1993

Kehadapan awak-Bidadari Dari Syurga.

Saudari,

Saya berharap dengan hasil penulisan saya ini diberkati dan dipelihara oleh Allah S.W.T. Tujuan saya menulis surat ini kerana saya tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan isi hati ini terhadap awak.

Sedia maklum, awak bukan seperti wanita yang pernah saya temui. Awak ada hak mutlak keperibadian yang tinggi yang susah untuk di ganggu gugat oleh para lelaki di luar sana. Sebab itu saya seolah-olah tidak berani untuk mendekati awak. Saya tahu juga, awak bukan perempuan yang senang untuk diajak ber”couple“. Saya tahu juga, kasih sayang awak hanya untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa awak.

Saya lelaki kerdil, awak. Saya jauh beza jika dibandingkan dengan ilmu, amalan awak dan tahap keimanan awak terhadapNya. Saya malu untuk mengatakan apa yang terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang yang memisahkan kita. Saya hargai tembok itu yang juga memisahkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah, dan akhirnya kita berdua terleka dengan godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu. Saya tahu semua itu. Dan saya tahu awak lebih tahu akan semua itu. Saya tahu juga yang awak berusaha untuk melarikan diri dari semua itu –takut ada yang murka dengan perbuatan awak termasuk diri saya sendiri. Iaitu Allah S.W.T.

Saya dari dulu sebelum mengenali awak lagi, saya sudah percaya akan bercinta selepas nikah itu adalah yang paling bahagia. Saya tak mahu kasih sayang saya ini, perhatian saya ini diberikan kepada orang yang tidak layak disisi agama dengan cara ber”couple” tapi akhirnya tiada apa-apa ikatan. Saya ada asas-asas agama tapi saya perlu masa lagi untuk perbaiki mana-mana kelemahan saya.

Saya tahu apa yang awak pegang selama ini. Awak pegang bahawa, ” Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu dan bukan dan tidak sama sekali.

Tapi ada satu perkara yang pasti, saya belum cukup bersedia untuk semua ini kerana saya takut saya tidak mampu memberikan bimbingan dan layanan yang baik untuk seorang yang saya boleh katakan hampir sempurna di mata saya. walaupun awak tak pernah senyum pada saya, saya pasti awak baik orangnya. Awak garang orang nya. Awak sombong bertempat. Awak garang bertempat.

Saya harap awak sudi tunggu saya. InsyaAllah, saya akan pastikan semua perkara stabil dari segi zahirnya dan batin. Saya nak awak hidup sempurna di samping saya. Saya nak jadikan awak orang yang paling bahgia berada dengan saya.

Seperti awak, saya juga tidak mahu untuk bercinta sebelum nikah. Kita bercinta selepas nikah. Saat segalanya telah sedia, izinkan saya untuk meneruskan langkah untuk bertemu wali awak.  Namun, jika awak belum bersedia, saya akan tunggu awak.

Surat ini ikhlas saya tulis untuk wanita yang pertama ada dalam hati saya.

Yang benar,
Hamba Allah
Setia menanti awak.

Moral : Jika ingin bernikah, mulakanlah langkah, Gunakanlah jalan tengah… Jika sempurna persediaan diri, bertemulah pada wali, Itu lebih mulia dan terindah. Sesungguhnya islam itu indah, maka jadikanlah islam itu sebagai cara hidup kita. Semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah~

– Artikel iluvislam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s