Itu lah… T A R B I Y Y A H

ASSALAMUALAIKUM semua!!! Kaifa haluk? Miss me?? Teheeee… *hamek kauh kena baling ngan selipar jepun jiran sblh…* ok.. chill sikit sbb dah lma kot tak update blog… i dont know either ada org baca ke tak blog ni? Ok..main point please…

Baik lah… nak buat some quick update… (sbb update guna handset je ni…) psal tarbiyyah..

Dulu pernah terfikir… apasal lah akk ni asyik nak bash aku je? Yg lain xd yg wat salah ke? Asal turn aku, teruk lah kena bash (walhal takda teruk mana..sungguh daku mengada)! Terasa menyampah plak dgn akk tu.. maaf kak… tskk tskk… tapi…. sekarang… aku fikir semula… tak ptut aku fkir cmtu… tak patut aku rs cmtu… syukurlah ada yg nak tegur salah silap kita kn… sygnya Allah pd kita… Dia tak mahu kita lalai leka alpa hanyut dengan dunia… maka hadirlah mrk2 dengan izin-Nya utk mengingatkn kita… :’) manisnya kasih syg Allah kan? Rindu pd teguran mrk… pedas mmg pedas… hangat mmg hangat… tapi… itu lah… T A R B I Y Y A H

“Indeed reminder benefits the believer.” (Qur’an)

Ana istaqtu ilaikunna 😥

Pahit pd mulanya… sukar rsnya utk ditelan… perit!!! Tp pd akhirnya Allah beri kemanisan dgn menghadiahkn hamba-Nya yg berjaya menempuh mehnah-Nya dgn sabar… :’) subhanallah…

“Berjuang memang pahit kerana syurga itu manis.. Bukan sedikit mahar yang perlu di bayar… Bukan sedikit pedih yang ditagih…” -Sunnah Orang Berjuang, Hijjaz

P/s: mtk maaf lah kalu post ni berterabur… huhuu…

Ana ukhtukum fillah,
SMB
Bintulu, Sarawak
111113 | 0023 hours

Satu Tahun Bersamamu….

Bismillahirrahmanirrahim…. Assalamualaikum wrh wbt… Kaifa imanukum? Semoga iman saya, kamu, dan semuanya sihat dan terus segar mekar dan subur bersama aliran dakwah dan tarbiyyah… Inshaa Allah, bi idznillah…

Alhamdulillah wa syukur lillah… Lafaz syukur tak terhingga buat Allah kerana dengan izin-Nya… Setahun lah sudah blog tercinta ini beroperasi biarpun sangat jarang diupdate… Untuk pengetahuan, inilah satu-satunya blog saya yang dapat bertahan sekian lama… Selalunya, saya selalu lupa kata laluan.. hehehh.. Teruk bebeno lah perangai… Syukurnya belog yang satu ini tidak saya lupa kata laluannya…

Kenapa saya ber-blog??

Saya ber-blog kerana saya ingin menyentuh lebih banyak hati dengan cara penulisan di blog.. Almaklum… Dunia globalisasi kan? Semua di hujung jari… Untuk makluman juga, kebanyakan entri yang saya post di dalam blog ini adalah disalin dari blog-blog yang saya kunjungi… Ada antaranya saya sertakan pautan, ada juga yang tidak… Jadi, jika ada sesiapa yang terlihat karyanya di dalam blog ini, tapi saya tak sertakan pautan, dan mahu saya sertakan pautan.. Bolehlah tinggalkan komen di ruangan komen di bawah setiap post.. Mohon dihalalkan segala aktiviti penyalinan tersebut… (awat cheq skema sangat??)

Saya sangat meminati penulisan ukhti Aisyah Z. (muharikah.com) dan Inche Gabbana (angelwearsgucci.blogspot.com).. Saya yakin mereka dah menyentuh banyak hati… Salah satunya ialah saya… Cuma itulah… Penulisan saya tidaklah se’kreatif’ seperti mereka.. Namun demikian, penulisan mereka akan saya jadikan rujukan.. Nak jadi macam mereka memang tak boleh… Tapi mereka idola saya dalam bidang penulisan, khususnya untuk jalan ini… Nak sentuh hati semua dengan tangan ni memanglah tak mampu.. Pernah baca sebuah quotation, tapi saya ubah sedikit.. Hee 😉

Tugas kita hanya untuk menyampaikan, hanya untuk menyeru tapi… Untuk menyentuh hati itu, untuk mencampak hidayah itu… Bukan tugas kita.. Ianya tugas Allah… 😉

Impian saya melalui dunia blogging ini ialah…

Untuk menjadi postgirl..

Yang menyebarkan surat-surat cinta dari Allah…

Untuk menjadi engineer..

Yang membina bangunan semangat juang dan cinta kepada Allah…

Untuk menjadi arkitek..

Yang melakar masa depan Islam untuk ummah…

Untuk menjadi juruterbang…

Yang membawa semangat ummah untuk terbang tinggi kepada Allah…

Untuk menjadi doktor…

Yang boleh mengubati virus Wahn yang kian menular dalam kalangan ummah…

Untuk menjadi guru..

Yang mengajar erti kesabaran dalam bermujahadah menuju keredhaan Allah…

Sungguh.. Saya inginkan perubahan dalam diri saya.. Bukan saja diri saya malah untuk ummah… Untuk Islam tercinta… Saya ingin memulakannya dari diri sendiri…. Teringat sebuah quotation,

Jika kamu ingin tegakkan Islam di atas bumi kamu… Maka tegakkan dulu Islam itu dalam diri kamu…

Harapan saya agar diri ini terus thabat di jalan ini… Semoga diri terus bergerak bersama aliran dakwah.. Dan terus menderu bersama deruan tarbiyyah… Ya, jalan menuju Allah ini memang sukar.. Tidak dinafikan… Ingat lagi doa Zinnirah al-Mumtahanah?

Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.

Mohon maaf sekiranya sepanjang penglibatan saya di dalam dunia penulisan ini, banyak hati yang terluka… Sungguh, saya cuma insan biasa, yang masih mencari dan mengejar cinta Allah.. Mohon teguran… Sekian saja penulisan kali ini… Semoga blog ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca-pembacanya… Inshaa Allah.. Bi idznillah….

يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
‘Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik’
“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”
[HR.Tirmidzi, Ahmad, & al-Hakim]

يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك
‘Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Ta’atik’
“Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu”
[HR. Muslim]

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
‘Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Tho’atika’
“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
‘Rabbabaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab’
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).”
(Ali Imran 3: 7)

Wassalam…

SMB

021212 | 2244 hours

Bintulu, Sarawak

[UPDATE] Berdakwah (Menyebarkan Islam) by Irving Goh

Assalamualaikum.. Tersentuh hati ana membaca artikel ini.. Artikel ini ditulis oleh seorang mu’allaf.. An 18th yrs old mu’allaf!! (Tutup muka dengan bantal.. Malu..) Apakah kita yang lahir sebagai Muslim ini benar-benar menghargai erti sebenar hidup sebagai Muslim? Apakah kita benar-benar mengerti apa itu ISLAM?

“Dan jika kamu berpaling (dari jalan kebenaran) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (derhaka) seperti kamu.” [Muhammad 47:38]

Ini hasil buah fikiran seorang mu’allaf!! Luangkan sedikit masa untuk membaca ya?? Semoga bermanfaat..

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

 

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Saya memilih untuk menggunakan bahasa melayu untuk note ini agar dapat difahami oleh majoriti pembacanya. Saya mulakan dengan doa Nabi Musa a.s. :

“Ya  Rabbi, lapangkanlah bagiku, dadaku;  “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;  “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,”Supaya mereka faham perkataanku;”

(Qur’an 20: 25-28)

Sebelum masuk topik utama. Saya mohon pembaca cuba membetulkan saya jika ada apa-apa kesalahan dengan memberi bukti daripada ayat Quran atau Hadis Sahih.

Setelah memeluk Islam saya tertanya-tanya, mengapakah orang Islam suka menyembunyikan ayat-ayat Allah daripada orang lain. Tidak adakah yang merasa bangga sehingga ingin berkongsi dengan manusia  lain rahmat Allah itu. Islam tidak akan tersebar jika para mumin bersifat statik dan pergi ulang alik dari masjid untuk menunaikan lima fardu dan ulangi rutin yang sama setiap hari tanpa ada usaha yang lain. (Solat jemaah sesuatu yang amat terpuji, balasan sesiapa yang berbuat demikian selalu adalah dengan Allah). Adalah tanggungjawab setiap mu’min untuk berdakwah kepada orang lain kerana dakwah itu satu bentuk jihad.

Demi Masa! (1)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – (2)Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaranserta berpesan-pesan dengan sabar. (3)

(Surah Al-Asr)

 

Majoriti orang-orang yang kita panggil sebagai orang kafir sebenarnya bukan tidak percaya, tetapi mereka sebenarnya tidak tahu. Saya beri perumpamaan mudah, semalam saya telah membuat tiga soalan matematik. Hari keesokkannya saya tidak menceritakan perkara tersebut kepada sesiapa pun. Adakah saya mempunyai hak untuk mengatakan kawan-kawan saya semua tidak mahu mempercayai bahawa saya telah membuat beberapa soalan matematik sedangkan saya belum lagi menceritakan perkara itu kepada mereka. Tidak masuk akal…

 

Jadi kebanyakkan orang bukan Islam hari ini bukan BERKERAS TIDAK MAHU BERIMAN kepada kitab Allah. Mereka tidak tahu semua fakta fakta sains yang disebut dalam al Quran. Mereka tidak tahu keunikkan bahasa Arab yang digunakan dalam alQuran. Mereka tidak tahu apa hikmah disebalik setiap syariat dalam agama Islam. Mereka tidak tahu maksud al Fatihah dan surah lain yang kita lafazkan dengan merdunya. Malah, ada di antara mereka tidak mengetahui maksud azan yang dilaungkan lima kali sehari. Mereka tidak tahu. Mungkin lepas menjelaskan apa yang patut kepada mereka, dan mereka tidak mahu mendengar atau tetap juga tidak mahu memeluk Islam, barulah mereka dianggap golongan yang mendustakan ayat ayat Allah.

 

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan janganlah kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (42)

(Qur’an 2:42)

 

Bagaimana pula dengan mereka yang tidak cukup ilmu untuk berdakwah? Golongan ini akan disoal pada hari akhirat dan organ-organ badan mereka akan memberi kesaksian bahawa mereka adalah golongan malas dan golongan tidak bersyukur. Allah telah memberi petunjuk tetapi mereka sentuh pun tidak, mengaji dengan suara cukup merdu tetapi tidak mengkaji maksud dan petunjuk di sebalik bahasa asing yang dilafazkan. Kecuali mereka mempunyai kecacatan yang menghalang mereka daripada menuntut ilmu, maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

Jadi sekarang ini tidak boleh guna alasan ‘Saya tidak tahu pun berdakwah itu sesuatu yang wajib” atau ” Saya jahil (tidak tahu) akan perkara ini.”

 

Sesungguhnya  penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang  melakukan kejahatan disebabkan kejahilan kemudian mereka segera  bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu)  mereka diterima Allah  taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,  lagi Maha Bijaksana.   Dan  tidak ada gunanya taubat itu kepada  orang-orang yang selalu melakukan  kejahatan, hingga apabila salah  seorang dari mereka hampir mati,  berkatalah ia: “Sesungguhnya aku  bertaubat sekarang ini,” (sedang  taubatnya itu sudah terlambat), dan  (demikian juga halnya) orang-orang  yang mati sedang mereka tetap kafir.  Orang-orang yang demikian, Kami  telah sediakan bagi mereka azab seksa  yang tidak terperi sakitnya.

(Quran 4: 17-18)

Saya ingin berkongsi satu teknik berdakwah bagi mereka yang setelah membaca note ini dan ingin bertaubat dan memulakan usaha untuk berdakwah. Perkara yang paling penting dalam menyebarkan Islam ialah TAUHID.

Jika kita ditanya, siapakah Tuhan? Apakah perlu kita jawab? Cukupkah sekadar ” Tuhan itu Allah”. Bagaimana kita memberi satu pemahanan yang jelas dan ringkas tentang tauhid atau konsep Tuhan dalam Islam? Jawapannya ada di  Surah Al-Iklhas (Qul huwallah hu ahad, Allahussomad, Lam yalid walam yu lad, Wa lam ya kullahu kufu an ahad.)

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah, Yang Maha Esa [Satu] ; (1)”Allah, Yang Kekal, Tidak Memerlukan apa-apa, Semua makhluk memerlukanNya; (2)”Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3)”Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (4)

(Surah Al-Ikhlas)

1. Tuhan itu satu

2. Tuhan itu Kekal (Dia tidak memerlukan apa-apa untuk terus wujud, semua makhluk pula memerlukanNya)

3. Tuhan itu tidak beranak atau diperanakkan

4. Tiada yang sama atau serupa dengaNya

Inilah konsep Tuhan dalam Islam.

Mungkin selepas memberi penjelasan ringkas tentang tauhid. Kita boleh menceritakan ciri-ciri Allah, yakni Asma ul Husna, 99 nama Allah.

Siapakah Tuhan?

Tuhan itu yang Maha Pengasih (Ar-Rahman)

Tuhan is Maha Mendengar (As Sami’)

Tuhan itu Maha Lembut (Al Latif)

Kemudian, kita boleh menceritakan maksud azan dan juga Surah Al-Fatihah yang dibaca sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam. Mulakan Dengan apa maksud Allahuakbar. Mulakan dengan Maksud Bismillahirrahmanirrahim.

Seterusnya, kita boleh menbentangkan nilai nilai Islam dengan sokongan ayat Quran atau Hadis Sahih. Contohnya, pengharaman riba, pemberian sedeqah, kesabaran, solat, doa, …. Laman web ini sesuai digunakan untuk mengkaji Quran- tanzil.net Laman web ini mempunyai terjemahan Quran kepada bahasa melayu, bahasa Inggeris, bahasa China, bahasa Tamil. Terdapat beberapa terjemahan bahasa Inggeris. Saya syorkan terjemahan oleh Sahih International.

Seterusnya, kita boleh membentangkan ayat-ayat Quran yang mempunyai fakta sains. Bahagian ini memerlukan sedikit penkajian. Pembaca boleh melayari laman web www.miraclesofthequran.com atau membaca buku-buku yang ditulis oleh Harun Yahya.

Contoh : Proses pembentukkan bayi dalam rahim ibu terdapat di Surah Mu’minun ayat 13-14. Pembentukan alam semesta ada disebut dalam Surah Anbiya’ ayat 30.

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga kita dalam kalangan penduduk Syurga Jannah. Ameen, Ya Rabbana, Ya Rahman, Ya Rahim.

AL-FATIHAH (Lafaz sendiri). Jangan lupa juga untuk berdoa untuk saudara-saudara kita yang sedang berjihad di jalan Allah di Palestin dan juga di tempat lain. Berdoa juga untuk para ulama yang telah diberikan Nuur daripada Allah, iaitu mereka yang berjihad ke arah kebenaran dengan ikhlas.

Bila Pena Memuntahkan Tinta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Apa  khabar iman kalian? Sihat? Hebat? Mantap? Dah lama kan ana tak update blog ni? Semua mesti dah rindu nie.. (perasan jap)

Sedar tak sedar dah hampir sebulan ana duk rumah… Tak ke sekolah… Allahu Allah.. Rindu… Rindu ingin berjihad di medan ilmu… Jihad seorang pelajar adalah menuntut ilmu… Doakan ana lekas sembuh ya.. Jika ada cikgu yang kenal pada ana, yang baca entri ini, maaf saya cikgu… Saya tak hadir banyak paper masa trial hari tu… Rasa bersalah sangat-sangat pada mu’allim mu’allimah ana… Mereka sangat harapkan ana hadirkan diri masa trial… Sangat-sangat berharap agar kami semua lulus… Apakan daya… Allah uji ana dengan masalah kesihatan setelah menduduki peperikan fizik (kalau tak silap)… Sedih di hati hanya Allah yang tahu…

Rasa malu pun ada nak berhadapan dengan semua orang.. Ada suara-suara yang kata ana malas, ana cipta ‘alasan kreatif’.. Subhanallah.. Alhamdulillah… Rezeki ana, ana kira… Terima kasih kerana ‘husnudzon’ pada ana.. Sungguh, hanya Allah yang mampu membalasnya.. Ana cuba tenangkan hati dengan firman Allah dari surah Ali Imran ayat 139:-

“Janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula bersedih hati kerana sesungguhnya darjat kamu tinggi di sisi Allah sekiranya kamu orang yang beriman.”

Alhamdulillah.. Sepantas kilat Allah memujuk ana… Ashkuruka ya Allah… Bukanlah nak kata ana ni beriman… Jauh sekali… Semoga dijauhkan diri ini dari sikap riya’… Sekurangnya, kita tanamkanlah keyakinan pada Allah… Yakin seyakin-yakinnya pada Dia… Teringat pada sebuah firman-Nya di dalam surah Al-Baqarah,

“Tidaklah Allah menimpakan ujian ke atas seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Insya’Allah setakat ini dulu coretan ana, Allah dah panggil.. Suara mu’azzin juga sudah kedengaran di corong pembesar suara surau.. Salam Subuh semuanya…

TIDAK AKAN BERGELAR SESEORANG ITU BERIMAN SEBELUM DIA DIUJI..

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh….

 

SMB [081012 |0505]

Bumi Allah

Sarawak

Hijrah Hijab

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Dah lama rasanya ana tak update blog nie ya…

Huhuu.. Alfu assif jiddan.. Sebagai tanda kemaafan dari ana, terimalah sebuah artikel dari WEB YANG MEMBERI INSPIRASI PADA  ANA ini..

 

“Tanyalah dia, dia serba serbi tahu hal-hal agama ni,Tengok tudung pon dah tahu” kata si A kepada si B.

Itulah ayat yang selalu dilontarkan orang ramai apabila melihat muslimah yang bertudung litup. Walhal, ‘bertudung labuh’ tidak semestinya datang dari sekolah pondok atau sekolah agama penuh. Malah kadang-kadang yang free hair atau bertudung singkat itu jauh hebat ilmu agamanya berbanding yang bertudung.

Berdasarkan pengalaman hidup gadis yang bernama Nurul, bertudung labuh itu telah mendidiknya menjadi muslimah yang mempunyai akhlak terpuji dan dapat menyelamatkan dirinya daripada fitnah lelaki. Sebelum Nurul jatuh cinta dengan ‘tudung labuh’ itu sendiri, pelbagai rintangan , cubaan yang telah dirempuh sebelum menjadi wanita Islam yang sebenar mengikut cara Islam. Masya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana saat sebelum bergelar muslimah sejati itu.

Ya, dia memang seorang pelajar yang sangat cemerlang dalam hal-hal agama. Selalu mendapat markah terbaik dalam peperiksaan. Malangnya, Nurul tidak menggunakan dengan baik anugerah yang Allah kurniakan kepadanya. Bercouple, itu sudah biasa baginya tetapi bersentuh dengan lelaki tidak pernah dilakukannya. Biar hati di ‘sentuh’ asal bukan fizikal di ‘sentuh’.

Keindahan rupa yang Allah anugerahkan kepadanya tidak dijaga dengan baik. Bak kata anak muda sekarang, ‘petik jari, 10 boleh dapat’. Namun, dengan kecantikan rupa paras itulah yang membawa Nurul tersasar jalan . Hilang arah hidup. Dia lupa rupa paras itu bukan sekadar anugerah Allah tetapi merupakan satu ujian Nya untuk menguji hamba-hambanya bersyukur.

Baju singkat yang menampakkan tubuh badannya sudah tentu menarik perhatian kaum adam. Lenggoknya yang ala-ala model sudah tentu membuat lelaki-lelaki menoleh dua kali. Senyumannya yang manja turut membuatkan lelaki tidak tidur malam. Maruahnya senang dijaja oleh kaum adam ini. Pernah mereka bertaruh untuk mendapatkan Nurul. Pernah sekali gadis manis yang berdarah kacukan ini diajak tidur dengan lelaki. MasyaAllah , begitu mudahnya.

Namun, Allah masih memberi kasihNya kepada Nurul dengan melindunginya daripada dijadikan permainan lelaki walaupun gadis ini telah lalai jauh daripadaNya. Kasih sayang Allah begitu indah dan istimewa kerana kasihNya mendahului kemungkaranNya. Apabila hilang kasih sayang Allah, sudah tentu hidup kita akan terumbang – ambing dan sentiasa berada dalam keadaan tidak tenang. Begitu mudah sekali cinta Nurul diperoleh oleh lelaki yang belum tentu miliknya lagi.

Allah itu Maha Adil. Ujian yang sangat hebat telah diturunkan ke atas gadis sunti ini sebagai tanda kekuasaanNya dan juga denda untuk memadamkan dosa-dosa ynag telah dilakukan. MasyaAllah, tempoh setahun ujian itu telah banyak merubah sikap Nurul dari berpakaian ketat hingga bertudung labuh. Alhamdulillah. Sahabat –sahabat yang banyak membantu dalam teguran dan bimbingan dijadikan sebagai kata-kata semangat buat dirinya.

Mungkin anda ingin tahu bentuk ujian yang bagaimanakah diturunkan sehingga beliau berubah sampai begitu sekali? Hanya dalam setahun sahaja sudah merubah segala-galanya? Ujian itu pelbagai bentuk, ada ujian hati, ada ujian sakit, ada ujian nafsu dan lain-lain.

Ujian yang diterima oleh Nurul merangkumi ketiga-tiga kategori ujian di atas. Peranan sahabat-sahabat dalam berdakwah ini amat penting kerana ia boleh membangunkan dan menjatuhkan iman seseorang itu. Mungkin pembaca menganggap ini adalah perubahan yang biasa-biasa sahaja, tetapi bila kita sendiri mengalaminya,adakah kesabaran dan ketabahan diri dapat membantu kita dalam menghadapi dugaan yang datang? Hanya diri anda sahaja yang dapat menilai sendiri.

Tudung labuh belum tentu mempunyai ilmu agama yang tinggi, tetapi ia dituntut syarak berdasarkan firman Allah,yang bermaksud:

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:”Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah al-Ahzab ayat 59)

Tidak ada alasan untuk tidak berjilbab/bertudung , kerana hukumya adalah WAJIB. Seperti yang kita tahu, aurat wanita ini adalah semua bahagian tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan – mengikut pandangan Imam as-Syafie. Dari situ kita sudah tahu hukumnya wajib menutup semua anggota tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan. Berdasarkan ayat al-quran :

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.”
(Surah an-Nur ayat 31)

Ketahuilah, Allah sangat mengasihi hambaNya dan dengan dinul Islam la juga kaum wanita dimuliakan. Allah mengangkat darjat mereka. Menutup aurat adalah satu kewajipan yang sangat dituntut syarak kerana ia bertujuan untuk melindungi wanita daripada fitnah-fitnah di luar sana yang boleh mengundang bahaya kepada diri. Islam itu sudah cantik dan sempurna, maka jadikanlah diri kita cantik dan sempurna sebagaimana Islam itu sendiri.

– Artikel iluvislam.com

Perihal Niqab | Part 3

Terjumpa sebuah artikel Hamba Allah yg memaksa manik2 jernih berguguran jatuh?
Ikhlaskah niatku?
Muhasabah lagi… 🙂
“Akak memang pakai purdah ek kat luar umah? Camne eh akak pakai purdah? Kenapa akak pakai purdah? Saya ini cetek ilmu agama, tak faham sangat benda-benda ni, tapi tak tau kenapa saya respect tengok akak pakai purdah.. Kan bagus ramai kawan-kawan perempuan saya bagus dan baik cam akak, takde lah sakit mata saya tengok diorang yang menjolok mata… Bukanlah nak mengata diorang, tapi nak minta penerangan akan hal purdah, mana tau saya boleh sampaikan kat diorang semua disini.” saudara ana from egypt
Ukhti.. Sejak bila pakai niqob??
Atas kekuatan apa ya ukhti?
Ukhti..hari tu nampak Ukhti dengan kekanda ukhti kat Radix FC..ana yakin tu ukhti bila ana tgk mata..camna buat niqob?? dan cmne lak time nak makan ya kalau niqob pakai kat dalam..
Kat UUM pakai niqob tak??
kat umah lak cmne lak??
Begitulah soalan-soalan yang menjadi tanda tanya oleh sahabat-sahabat ana kat inbox FB…. Dan semoga dengan sedikit sebanyak jawapan ana kepada sahabat-sahabat memberi kefahaman dan pengertian yang bermakna serta dapat terus mendokan ana moga istiqomah di jalan yang diredhai Allah ini…
Sebenarnya agak sukar untuk menjelaskan dengan terperinci tentang pertanyaan sahabat-sahabat ana tadi… Tapi ana kira pasti ramai yang mempunyai hujahnya yang tersendiri terhadap niqab…
Hembusan angin kala subuh dari celahan teratak bonda berasa begitu dingin sekali memberi rahmat yang sangat besar…
ASSOLATU KHAIRUMMINANNAUUUM….
SODAKTA WABAROKTA…
Begitu lah azan yang dilaungkan kekanda dirumah memecah suasana hening pagi..
Bagaikan satu senjata yang ampuh lagi kukuh yang memberi bukan seribu malah sejuta kekuatan untuk menterjemahkan bait-bait kalam Allah yang begitu lunak dan mengasyikkan telinga ini mendengar yang dialunkan oleh kekanda sebagai imam keluargaku mengantikan abi yang kurang sihat untuk menyahut kalam Allah dari surah Al-Ahzab ayat 39..
Firman  Allah swt yang bermaksud:
“Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.”
Lihatlah…! Renungkanlah..!!
Allah bukan sahaja menyuruh dan menyeru kepada isteri-isteri nabi dan anak-anak perempuannya tetapi kepada isteri-isteri orang mukmin… Begitulah wahai sahabat sahabiah…. Dan ayat-ayat dari kalam Allah itu memberi berjuta-juta suntikan dan semangat dalam hati ana..
Ana juga ingin tergolong dalam golongan-golongan itu ya Allah….
Ditakdirkan oleh Allah swt…
Semasa ana menunggu result exam stpm, sahabat ana “SERI” menelefon dan mengkhabarkan berita yang baik… sahabat ana menawarkan ana bekerja dengan majikannya…Tapi.. Ada syarat-syaratnya…
1. Menutup aurat…
2. Pakai baju kurung…
Terkejut…mendengar syarat2 yang diberikan untuk bekerja disitu…
Mesti sahabat2 terkejut bukan?? Kebiasaannya syarat2 yang diberikan seperti pakai seluar, baju mesti masuk kedalam, make up agar dapat tarik perhatian para pelanggan dll… Tetapi syarat yang diberikan adalah sebaliknya…
Lena ana pada malam itu dituruti dengan senyuman…
1st day bekerja & 1st time kerja…
Takut menyelubungi diri ini.. Takut akan diri ini tidak dapat menjalankan amanah sebagai seorang pekerja… Menunggang motor kesayangan ummi  dengan membonceng sahabat baik “CT” bersama2 menuju ke destinasi dengan berbekalkan semangat yang berkobar2 serta diselimuti baju kurung indah dibadan  dengan bertudung litup bukan sekadar memenuhi syarat2 seorang pekerja malah memenuhi syariat dalam Islam… Maka wajib ke atas kamu menutup aurat walau diamana anda berada..!
Sampai ke destinasi yang ditujui…
Tertanya2 ana akan di mana tempat yang bakal ana menuntut ilmu pekerjaan tu..?? “SERI”  menuntun kami ke sebuah dapur sambil memberi salam… Salam kami disahut oleh seorang wanita muda dari celahan pintu sambil mempersilakan kami masuk…
Allah…..
Ana tidak tau mengapa, semasa bersalaman dengannya timbul perasaan kasih sayang antara kami.. Kami berpelukkan tanda kasih sayang seorang kakak kepada adik & bertaaruf… Beliau memgelarkan dirinya “SUJA” (gelaran su coz anak bongsu)
Penampilannya sungguh mengagumkan kami lebih2 lagi ana sendiri..^^ Patutlah memberi syarat2 yang sedemikian rupa..^__^ lagi lebar ana senyum sampai ke telinga…
Dapur yang sederhana besar menjadi tempat permainankan untuk bekerja…
LELAKI…MAN…MUSLIMIN…NO ENTRY OK!!
KECUALI ADA URUSAN RASMI….
Yang menguntungkan ana bekerja disitu….
1. Dapat menunaikan solat berjemaah coz rumah ustaz muin & ustazah suja berkembar dengan surau kepunyaan bonda mereka… Keluar rumahnya masuk surau… Boleh digambarkan begitulah keadaannya….
2. Alhamdulillah..tidak melewatkan waktu solat.. dengar sahaja bunyi microfon yang diketuk dengan hujung jari oleh bilal, kami bergegas  ke toilet untuk bersiap…
3. Pengisian ilmu agama.. Setiap hari kami disajikan dengan ceramah2 samada dari corong2 radio, dari cd mahupun penceramah yang datang… jadi, bukan sahaja poket kami yang berisi, tapi alhamdulillah ilmu didada turut terisi..insyaAllah..
4. Semestinya terjaga pandangan daripada mana2 lelaki…
Dan banyak lagi perkara2 yang menguntungkan ana sejak bekerja dengan Ustazah Suja…
– Aurat terjaga…
– Hubungan silaturahim terjamin…
– Ukhawah antara kami sangat rapat bagai aur dengan tebing..seperti ibu, kakak, adik & juga anak..
Sahabat2 nak tau ana kerja apa?^^
Ana sebenarnya bekerja membuat kuih segera… seperti karipap & adik beradiknya…
Walaupun zauj ustazah suja kerjnya hantar kuih yang telah siap ke pasaraya2 yang berdekatan, namun beliau tidak melangkah masuk ke tempat ana bekerja dengan sesuka hatinya melainkan mengambil barang2, itu pun hanya membuka pintu dapur sahaja…
Nak mendengar suaranya jauh sekali apatah lagi nak sembang2 dengan anak2 pekerjanya..
Bukan atas dasar majikan atau pun sombong menyebabkan tidak menegur kami walhal kami adalah pekerja2nya, tetapi para sahabat, beliau amat menjaga akan pandangan serta pertuturannya dengan mana2 kaum hawa yang bukan muhrimnya…
Allah…sungguh beliau menjaga semua itu semata-mata kerana Allah swt..
If nak mengambil jumlah bungkusan kuih dalam peti ais sekali pun beliau akan memberi pesanan ringkas sms kepada anak saudaranya merangkap pekerjanya juga…kami akan memindahkan kuih dari peti ais ke dalam bakul dan meletakkannya di hadapan pintu.. Seperti ana begitau sebentar tadi, beliau hanya membuka pintu shaja untuk mengambil barang2 jika perlu…
Kami hanya mendengar suaranya apabila beliau melaungkan azan, menjadi imam ketika solat, bercakap dengan kaum adam serta mengagah anak kecilnya…
Suatu hari yang redup…
Alhamdulillah dapat merehatkan badan sekejap di surau apabila selesai menyiapkan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan..
Tiba2, kedengan sayup suara ustazah suja memanggil ana meminta menemaninya ke bandar untuk membeli barangan…
15 minit berlalu…
Ana menunggu di dalam kereta kepunyaan zaujnya..
Sambil menunggu kedatangannya, tegur seorang wanita yang BERNIQAB mengatakan JOM..!
Tercengang ana..siapakah gerangan muslimat yang mempunyai sepasang mata yang sangat cantik..
Allah..ana kenal mata itu..sangat mengenalinya…
USTAZAH SUJA??
Mengapakah ana tidak mengetahui yang beliau memkai NIQAB??Leka kah ana selama ini??
Sedangkan hati ana sudah lama ingin menemuramah muslimah berNIQAB…
Ini lah peluang ana…!
Siap membeli barang2 ustazah Suja singgah pula ke kedai kecantikkan..salon… Sekali lagi ana tercengang…! Why..?
Ustazah suja membeli make up..?? For what?? Tapi ana hanya mendiamkan diri & ana kuburkan hasrat ana yg ingin berkobar2 nak tau.. Why? What? Where? Who?…Setelah 5 minit balik dari bandar, sambil menghirup air sirap limau ana pun mulalah menanyakan soalan2 yang sedang terbuku dihati ana…

Sejak bila Suja pakai niqab??
Camne rasanya??
Mengapa berniqab??

Kenapa Suja beli alat make up sedangkan Suja berniqab??
sapa nak tengok??

Lama menanti jawapan….sibuk melayan kerenah si kecilnya… Suja pun bersuara dnegan memberi jawapan yang amat meyakinkan diri ana.. “Bila pakai niqab rasa lebih selamat, orang ramai lebih mudah mengenali kita”
yang amat memberi kesan pada hati ana
“Merasakan diri ini lebih dekat dengan Allah swt..”

Panjang lebar penerangan yang diberikan seperti yang telah sabahat ketahui “menutup aib, mengelak daripada fitnah dll”..

Mengenai alat solek plak…jawapan suja senang ja… “Untuk suami suja la” itu katanya.. Hiasan seorang isteri hanya untuk seorang suami katanya… make up tu ustazah suja pakai duk dirumah sahaja.. jadi, yang melihatnya sudah tentulah anak2 & suami yang tercinta…

Hari itu….
Ana search about NIQAB.. Berbagai2 pandangan, nasihat, teladan, pengalaman yang ana baca & kaji.. terusss….. membuatkan hati ini semakin berdegup kencang… “Bila..bila..bila nak berniqab…” memandangkan hasrat hati telah tertanam sekian lama.. 2 tahun di uum.. sebleum jangka masa itu lagi ana berhasrat nak berniqob.. tetapi tidak dipersetujui oleh ummi.. Bimbang akan umurku yang masih muda remaja.. Menyebabkan tiada kekuatan dan akhirnya membuka… Sedangkan satu dosa besar tidak melakukan sesuatu yang kita ketahui… Menangis…! coz tak dapat pakai…

Bagaikan suntikan semangat..! Mesti berniqab jugak after raya…! Apatah lagi mendapat dorongan motivasi dari kekandaku & telah membuka fikiran ummi.. Akhirnya ana berniqab walaupun pada awalnya ummi membantah… Yang lebih membuatkan ana rasa sangat terharu, ummi yang buatkan niqab untuk ana..^^..

Pertama kalinya pakai niqab ni bukanlah sebab disuruh oleh sapa2 pun.. Bukan jua sebab memiliki wajah yang anggun & menawan tetapi lebih kepada untuk menjaga hati… Bukan mudah untuk menjaga hati… susah.. payah.. Jadi dengan berniqab sekurang2nya tidak perlu nak pikir apa2 dah..sebab tidak ada sapa2 yang tengok muka kita dah… Dan tak adalah pula timbul istilah perasan & syok sendiri apabila orang tengok… Hati pun jauh dari Riya’.. InsyaAllah… Semoga Allah memelihara hati ini…amin…

..::nota tangan aina::..

Tiap kali berpeluang balik kampung, memang tak penah miss p umah suja… Sangat seronok bergaul & berkumpul  dengan orang2 yang sentiasa mengingatkan kita kepada yang Maha Esa…tak lupa juga, idola ana adalah Ustazah SUJA..
semoga ana terus istiqomah…
doakan ana ya..

by~shha aina~

Srikandi Mawar Berduri
220512 / 01Rejab1433H