Detik pertama yang dirindui

Assalamualaikum wrh wbt… Lama juga tak menaip sebarang entri untuk blog ini… Kekeringan idea mungkin… Hu hu..

Detik pertama yang dirindui

Detik pertama merasakan hembusan hidayah

Detik pertama sekali kenal apa itu usrah

Detik pertama kali kenal apa itu ukhuwah

Detik pertama kali kenal apa itu dakwah

Detik pertama kali kenal apa itu tarbiyyah

Detik pertama kali kenali liqa’

Detik pertama kali kenali berjabat salam, bercipiki-cipika bersama para akhawat

Detik pertama mengenali terms of dnt

Detik pertama yang indah sekali….

Seindah hikmah yang datang bersamanya…

Namun…

Pergantian…

Tahun…

Bulan…

Minggu…

Jam…

Minit….

dan saat…

Menghilangkah keindahan itu perlahan-lahan…

Aku tahu…

Aku, dia, dan kami semua…

Sedang diuji…

Dengan ujian ukhuwah…

Perselisihan faham…

Komitmen pada keluarga…

Komitmen pada kerjaya…

Komitmen pada studi…

Antara ujian yang kami terima…

Sungguh…

Aku rindu…

Rindu detik pertama bersua muka….

Berjabat tangan…

Bertanya khabar…

Bercipiki cipika…

Ber-usrah…

Bertilawah…

Bertadabbur…

Mendengar tazkirah bersama-sama…

Tasmi’ hadith ‘arbain sama-sama…

Rindu… Rindu… Rindu…

Isytaqtu ‘ilakunna jiddan!!

sobs..

cuma dapat luah di sini…

harap ada antara antunna yang datang singgah dan baca…

 

 

Yang merindu antunna,

SMB

231213 | 2316 hours

Bintulu

 

Itu lah… T A R B I Y Y A H

ASSALAMUALAIKUM semua!!! Kaifa haluk? Miss me?? Teheeee… *hamek kauh kena baling ngan selipar jepun jiran sblh…* ok.. chill sikit sbb dah lma kot tak update blog… i dont know either ada org baca ke tak blog ni? Ok..main point please…

Baik lah… nak buat some quick update… (sbb update guna handset je ni…) psal tarbiyyah..

Dulu pernah terfikir… apasal lah akk ni asyik nak bash aku je? Yg lain xd yg wat salah ke? Asal turn aku, teruk lah kena bash (walhal takda teruk mana..sungguh daku mengada)! Terasa menyampah plak dgn akk tu.. maaf kak… tskk tskk… tapi…. sekarang… aku fikir semula… tak ptut aku fkir cmtu… tak patut aku rs cmtu… syukurlah ada yg nak tegur salah silap kita kn… sygnya Allah pd kita… Dia tak mahu kita lalai leka alpa hanyut dengan dunia… maka hadirlah mrk2 dengan izin-Nya utk mengingatkn kita… :’) manisnya kasih syg Allah kan? Rindu pd teguran mrk… pedas mmg pedas… hangat mmg hangat… tapi… itu lah… T A R B I Y Y A H

“Indeed reminder benefits the believer.” (Qur’an)

Ana istaqtu ilaikunna 😥

Pahit pd mulanya… sukar rsnya utk ditelan… perit!!! Tp pd akhirnya Allah beri kemanisan dgn menghadiahkn hamba-Nya yg berjaya menempuh mehnah-Nya dgn sabar… :’) subhanallah…

“Berjuang memang pahit kerana syurga itu manis.. Bukan sedikit mahar yang perlu di bayar… Bukan sedikit pedih yang ditagih…” -Sunnah Orang Berjuang, Hijjaz

P/s: mtk maaf lah kalu post ni berterabur… huhuu…

Ana ukhtukum fillah,
SMB
Bintulu, Sarawak
111113 | 0023 hours

Did you?

They embrace Islam because they feel the ‘izzah of ISLAM… But we ourselves, a MUSLIM, did we feel the ‘izzah, and iffah of ISLAM?

#PeaceNoWar #SelfReminder #Credits #Tazkirah #MuhasabahDiri

Hati | Mixed Topic

ukhuwah islamiyyah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Apa khabar iman?

Baik?

Maintain?

Atau…………

Di doakn semuanya baik-baik belaka….

Hari ni…

Hari selasa…

May 30th, 2013

Beberapa kali hati diketuk sejak pagi td..

Tiba-tiba terasa nak tanya pada diri….

Ikhlas ker berhijrah ini?

Kerana Allah kah penghijrahan ini?

Untuk siapakah sebenarnya hijrah ini….?

Ya Allah….

*potong bawang laju-laju*

Aku lebih banyak belajar dari mereka yang baru memulakan penghijrahan…

Sungguh…

I’m touched with what they have done…

They have choose this path…

The path of tarbiyyah…

The path of dakwah…

The path of  Allah, The Most Mighty…

………………….

Rindu rasa itu…

Rasa kehangatan tarbiyyah….

Rasa nak pergi usrah jea…

Rasa hangatnya ukhuwwah fillah…

Tak mahu berpisah dengan mereka….

Kadang-kadang rasa macam…

“Kalaulah kami duk serumah ,’kan best?”

Mesti takkan terjebak dengan perkara yang lagha….

Kerana masing-masing ada untuk saling mengingatkan…..

Aduh!!!! Manisnya!!!!

Mana nak jumpa rasa seperti itu kalu bukan di jalan ini?

“Ukhtiku! Aku cinta kamu!”

“Ukhtiku! I love you!”

“Ukhtiku! Ana uhibbuki!”

“Ukhtiku! Wo ai ni!”

“Ukhtiku! Saranghaeyo!”

“Ukhtiku! Naan unnaikadhalikiren!”

Kisah hijrahmu membuka mataku….

:’)

Semoga kita sama-sama berjuang untuk terus thabat di jalan ini!

…………………………………………………………………………….

Wassalam

SMB

300413 | 1209 hours

Bintulu, Sarawak, Malaysia

Baitul Muslim… Baitul Dakwah…. | Sharing is Caring

“Berbicara mengenai visi pernikahan, visi pernikahan itu adalah visi da’wah. Sehingga apabila visi pernikahan telah menjadi visi da’wah, apapun masalah yang tengah dihadapi oleh keluarga kita, masalah itu tidaklah terlalu besar bila dibandingkan dengan masalah umat. Maka keluarga itu tidak akan memperumit masalah-masalah kecil.”

“Bagaimana dengan menunda pernikahan?”

“Ternyata apabila menunda pernikahan, maka akan menunda kelahiran dan kebangkitan umat, menunda pernikahan akan menghambat pertumbuhan atau penambahan umat-umat yang berkualitas. Bukankah Rasul senang dengan umat yang banyak dan berkualitas. Dan bukankah kita rindu dengan lahirnya kembali kepemimpinan Islam dan Islam menjadi soko guru seluruh alam ?”

“Bagaimana hubungan Ustadzah Yoyoh Yusroh dan suami?” Ustazah mengatakan, hubungan layaknya seorang da’i dan mad’u, ertinya suami-isteri harus saling mengingatkan saling menegur bila salah.

Moderator berkata, “Ustadzah adalah seorang wanita yang luar biasa, memiliki 13 orang anak, menjadi seorang anggota DPR RI.”

Jawab ustazah, “Saya merasa saya adalah seorang wanita biasa, cerminan saya adalah wanita-wanita palestina, 13 orang anak di Palestina adalah suatu hal yang biasa. Dalam keadaan yang tercekam, mereka dapat melahirkan banyak anak”.

Beliau pernah berkesempatan bertemu dengan wanita-wanita Palestina. Semasa taaruf, wanita-wanita Palestina memperkenalkan diri misalnya seperti, “Ana Ummu Maryam, ana hafidzah, ana muhandis”. (Saya Ummu Maryam, saya seorang penghafal Al-Quran, saya seorang jurutera). Subhanallah!

“Kecondongan mereka akan dunia itu sedikit, sehingga mereka mudah untuk menghafal Al-Quran, mereka adalah wanita-wanita tangguh. Tak sedikit pun rasa sedih ketika anak-anaknya menjadi pejuang Allah dan menjadi seorang yang syahid. Mereka adalah wanita-wanita cerdas. Mereka adalah wanita-wanita yang dekat dengan Allah SWT. Persiapkanlah menjadi seorang istri dan ibu. Seorang wanita harus mempersiapkan menjadi ibu generasi, siap menjadi ibu sehat. Oleh karena itu perhatikanlah menu-menu makanan yang kita (wanita) makan. Dari rahim inilah akan tumbuh embrio yang luar biasa dari seorang ibu yang luar biasa. Dari rahim inilah akan tumbuh embrio yang sehat dari seorang ibu yang sehat.”

“Pernikahan adalah suatu fitrah, ia bukanlah beban tapi kebutuhan. Dari rumah tangga muslim akan lahirlah khilafah fi ard. Dan satu kunci yang penting, kedekatan seorang hamba dengan Allah SWT. Ketika seorang hamba telah bertaqwa, Allah SWT akan memudahkan jalannya”. -Ustazah Yoyoh Yusrah

 

Ukhtiku… Auratmu….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasulullah SAW bersabda, “Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”. (HR Bukhari dan Muslim)

Meremang bulu roma saya baca hadith ini… Bagaimana pula anda yang membacanya?? Rasa tak yang sama? Sedih… TErkilan… KEchiwaa… Melihat sebahagian Muslimah yang masih memandang ringan soal aurat… Allahu… Sungguh saya mengharapkan ada antaranya yang membaca entri ini… Lemah nya saya ini… Krn saya masih belum mampu menegurnya sendiri… Ampunkan hamba-Mu ini ya Allah..

MAaf lah ya kalau ada yang kurang berkenan pd entri ini.. Silakan tegur sy.. 🙂 Kerna sesungguhnya sy hanyalah manusia biasa.. Pnya byk khilaf.. Tunjuk ajar amatlah sy hargai..

“Barangsiapa mengajarku walau satu huruf, dia adalah guruku.”

Aurat.. Dalam Qur’an al-Kareem sendiri Allah ada mnyebut perihalnya (aurat) kan?? Mahu bukti??

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nuur 24:31]

Maaf skali lg andai ada yg krg senang.. Sy harus… MAlah WAJIB!! Menyebarkannya.. Sekali lg.. Andai ada kesalahan.. Sila tegur sy.. 🙂 Mnta maaf jga andai penulisan ini agak mess.. 

Teringat pd peristiwa Isra’ dan Mi’raj.. Tika Rasulullah diangkat ke langit.. Dan ditunjukkan oleh Allah padanya keadaan ummatnya nanti.. Majoriti ahli Neraka adalah wanita.. SAlah satu pnyebabnya adalah apa??? AURAT!!! Nak ke masuk Neraka?? Sanggup ke tempuh azab Allah duhai ukhti fillah?? Ok.. Cuba anda try light-up lilin.. Dahtu try bakar jari anda.. Tak usah lama.. Sekejap aje….. Snggup?? Itu baru sekejap.. Azab Allah tu Dia bg sekejap2 mcm tu ke?? Tidak, ukhti syg.. 🙂 Tiada rehat utk kita.. Terus menerus siksaan itu.. MAkanan minumannya pulak.. Tak mngenyangkan.. Tak m’hilangkan dahaga.. Malah menambahkan haus serta lapar.. Sekali lagi.. Sanggupkah kita??

Kerana aurat yg tak terjaga juga, kita mgkin akan menyebabkan org lain ke Neraka skali.. Wal iyazubillah…

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

Nak ke ayah dan suami tersayang ke neraka?? Saya pasti semua syg ayah dan suami… Jd.. Usahalah.. utk menutup aurat dgn sempurna… 🙂

Sy menegur ni bknla bererti sy ni bgus sgt.. Cma… Sy syg sgt pd saudara-saudara seIslam sy…

Sy tegur tanda sy syg… KAlu xsayang.. Sy Diam.. 😉

Wassalam…

SMB

2601012 | 2255

Hijrah Hijab

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Dah lama rasanya ana tak update blog nie ya…

Huhuu.. Alfu assif jiddan.. Sebagai tanda kemaafan dari ana, terimalah sebuah artikel dari WEB YANG MEMBERI INSPIRASI PADA  ANA ini..

 

“Tanyalah dia, dia serba serbi tahu hal-hal agama ni,Tengok tudung pon dah tahu” kata si A kepada si B.

Itulah ayat yang selalu dilontarkan orang ramai apabila melihat muslimah yang bertudung litup. Walhal, ‘bertudung labuh’ tidak semestinya datang dari sekolah pondok atau sekolah agama penuh. Malah kadang-kadang yang free hair atau bertudung singkat itu jauh hebat ilmu agamanya berbanding yang bertudung.

Berdasarkan pengalaman hidup gadis yang bernama Nurul, bertudung labuh itu telah mendidiknya menjadi muslimah yang mempunyai akhlak terpuji dan dapat menyelamatkan dirinya daripada fitnah lelaki. Sebelum Nurul jatuh cinta dengan ‘tudung labuh’ itu sendiri, pelbagai rintangan , cubaan yang telah dirempuh sebelum menjadi wanita Islam yang sebenar mengikut cara Islam. Masya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana saat sebelum bergelar muslimah sejati itu.

Ya, dia memang seorang pelajar yang sangat cemerlang dalam hal-hal agama. Selalu mendapat markah terbaik dalam peperiksaan. Malangnya, Nurul tidak menggunakan dengan baik anugerah yang Allah kurniakan kepadanya. Bercouple, itu sudah biasa baginya tetapi bersentuh dengan lelaki tidak pernah dilakukannya. Biar hati di ‘sentuh’ asal bukan fizikal di ‘sentuh’.

Keindahan rupa yang Allah anugerahkan kepadanya tidak dijaga dengan baik. Bak kata anak muda sekarang, ‘petik jari, 10 boleh dapat’. Namun, dengan kecantikan rupa paras itulah yang membawa Nurul tersasar jalan . Hilang arah hidup. Dia lupa rupa paras itu bukan sekadar anugerah Allah tetapi merupakan satu ujian Nya untuk menguji hamba-hambanya bersyukur.

Baju singkat yang menampakkan tubuh badannya sudah tentu menarik perhatian kaum adam. Lenggoknya yang ala-ala model sudah tentu membuat lelaki-lelaki menoleh dua kali. Senyumannya yang manja turut membuatkan lelaki tidak tidur malam. Maruahnya senang dijaja oleh kaum adam ini. Pernah mereka bertaruh untuk mendapatkan Nurul. Pernah sekali gadis manis yang berdarah kacukan ini diajak tidur dengan lelaki. MasyaAllah , begitu mudahnya.

Namun, Allah masih memberi kasihNya kepada Nurul dengan melindunginya daripada dijadikan permainan lelaki walaupun gadis ini telah lalai jauh daripadaNya. Kasih sayang Allah begitu indah dan istimewa kerana kasihNya mendahului kemungkaranNya. Apabila hilang kasih sayang Allah, sudah tentu hidup kita akan terumbang – ambing dan sentiasa berada dalam keadaan tidak tenang. Begitu mudah sekali cinta Nurul diperoleh oleh lelaki yang belum tentu miliknya lagi.

Allah itu Maha Adil. Ujian yang sangat hebat telah diturunkan ke atas gadis sunti ini sebagai tanda kekuasaanNya dan juga denda untuk memadamkan dosa-dosa ynag telah dilakukan. MasyaAllah, tempoh setahun ujian itu telah banyak merubah sikap Nurul dari berpakaian ketat hingga bertudung labuh. Alhamdulillah. Sahabat –sahabat yang banyak membantu dalam teguran dan bimbingan dijadikan sebagai kata-kata semangat buat dirinya.

Mungkin anda ingin tahu bentuk ujian yang bagaimanakah diturunkan sehingga beliau berubah sampai begitu sekali? Hanya dalam setahun sahaja sudah merubah segala-galanya? Ujian itu pelbagai bentuk, ada ujian hati, ada ujian sakit, ada ujian nafsu dan lain-lain.

Ujian yang diterima oleh Nurul merangkumi ketiga-tiga kategori ujian di atas. Peranan sahabat-sahabat dalam berdakwah ini amat penting kerana ia boleh membangunkan dan menjatuhkan iman seseorang itu. Mungkin pembaca menganggap ini adalah perubahan yang biasa-biasa sahaja, tetapi bila kita sendiri mengalaminya,adakah kesabaran dan ketabahan diri dapat membantu kita dalam menghadapi dugaan yang datang? Hanya diri anda sahaja yang dapat menilai sendiri.

Tudung labuh belum tentu mempunyai ilmu agama yang tinggi, tetapi ia dituntut syarak berdasarkan firman Allah,yang bermaksud:

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:”Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah al-Ahzab ayat 59)

Tidak ada alasan untuk tidak berjilbab/bertudung , kerana hukumya adalah WAJIB. Seperti yang kita tahu, aurat wanita ini adalah semua bahagian tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan – mengikut pandangan Imam as-Syafie. Dari situ kita sudah tahu hukumnya wajib menutup semua anggota tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan. Berdasarkan ayat al-quran :

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.”
(Surah an-Nur ayat 31)

Ketahuilah, Allah sangat mengasihi hambaNya dan dengan dinul Islam la juga kaum wanita dimuliakan. Allah mengangkat darjat mereka. Menutup aurat adalah satu kewajipan yang sangat dituntut syarak kerana ia bertujuan untuk melindungi wanita daripada fitnah-fitnah di luar sana yang boleh mengundang bahaya kepada diri. Islam itu sudah cantik dan sempurna, maka jadikanlah diri kita cantik dan sempurna sebagaimana Islam itu sendiri.

– Artikel iluvislam.com