Detik pertama yang dirindui

Assalamualaikum wrh wbt… Lama juga tak menaip sebarang entri untuk blog ini… Kekeringan idea mungkin… Hu hu..

Detik pertama yang dirindui

Detik pertama merasakan hembusan hidayah

Detik pertama sekali kenal apa itu usrah

Detik pertama kali kenal apa itu ukhuwah

Detik pertama kali kenal apa itu dakwah

Detik pertama kali kenal apa itu tarbiyyah

Detik pertama kali kenali liqa’

Detik pertama kali kenali berjabat salam, bercipiki-cipika bersama para akhawat

Detik pertama mengenali terms of dnt

Detik pertama yang indah sekali….

Seindah hikmah yang datang bersamanya…

Namun…

Pergantian…

Tahun…

Bulan…

Minggu…

Jam…

Minit….

dan saat…

Menghilangkah keindahan itu perlahan-lahan…

Aku tahu…

Aku, dia, dan kami semua…

Sedang diuji…

Dengan ujian ukhuwah…

Perselisihan faham…

Komitmen pada keluarga…

Komitmen pada kerjaya…

Komitmen pada studi…

Antara ujian yang kami terima…

Sungguh…

Aku rindu…

Rindu detik pertama bersua muka….

Berjabat tangan…

Bertanya khabar…

Bercipiki cipika…

Ber-usrah…

Bertilawah…

Bertadabbur…

Mendengar tazkirah bersama-sama…

Tasmi’ hadith ‘arbain sama-sama…

Rindu… Rindu… Rindu…

Isytaqtu ‘ilakunna jiddan!!

sobs..

cuma dapat luah di sini…

harap ada antara antunna yang datang singgah dan baca…

 

 

Yang merindu antunna,

SMB

231213 | 2316 hours

Bintulu

 

Itu lah… T A R B I Y Y A H

ASSALAMUALAIKUM semua!!! Kaifa haluk? Miss me?? Teheeee… *hamek kauh kena baling ngan selipar jepun jiran sblh…* ok.. chill sikit sbb dah lma kot tak update blog… i dont know either ada org baca ke tak blog ni? Ok..main point please…

Baik lah… nak buat some quick update… (sbb update guna handset je ni…) psal tarbiyyah..

Dulu pernah terfikir… apasal lah akk ni asyik nak bash aku je? Yg lain xd yg wat salah ke? Asal turn aku, teruk lah kena bash (walhal takda teruk mana..sungguh daku mengada)! Terasa menyampah plak dgn akk tu.. maaf kak… tskk tskk… tapi…. sekarang… aku fikir semula… tak ptut aku fkir cmtu… tak patut aku rs cmtu… syukurlah ada yg nak tegur salah silap kita kn… sygnya Allah pd kita… Dia tak mahu kita lalai leka alpa hanyut dengan dunia… maka hadirlah mrk2 dengan izin-Nya utk mengingatkn kita… :’) manisnya kasih syg Allah kan? Rindu pd teguran mrk… pedas mmg pedas… hangat mmg hangat… tapi… itu lah… T A R B I Y Y A H

“Indeed reminder benefits the believer.” (Qur’an)

Ana istaqtu ilaikunna 😥

Pahit pd mulanya… sukar rsnya utk ditelan… perit!!! Tp pd akhirnya Allah beri kemanisan dgn menghadiahkn hamba-Nya yg berjaya menempuh mehnah-Nya dgn sabar… :’) subhanallah…

“Berjuang memang pahit kerana syurga itu manis.. Bukan sedikit mahar yang perlu di bayar… Bukan sedikit pedih yang ditagih…” -Sunnah Orang Berjuang, Hijjaz

P/s: mtk maaf lah kalu post ni berterabur… huhuu…

Ana ukhtukum fillah,
SMB
Bintulu, Sarawak
111113 | 0023 hours

The Comeback of…..

Dengan nama Allah… Yang Maha Pengasih… Maha Penyayang….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Apa khabar imaan saudaraku sekalian?

Moga menyubur segar bersama dakwah dan tarbiyyah…

Long time no see huh dear Farhana…

Well… Sepanjang Ramadhan…

Laptop ni Allah takdirkan untuk rosak…

Sepanjang itu jugalah…

Susah nak online…

Kasihan sungguh blog ini ditelantarkan oleh penulisnya… Ehe..

Tak mengapalah…

Lepas ni…

Akan berusaha untuk update sekerap mungkin ya….

Inshaa Allah…

Oh ya…

Saya rasa belum terlambat untuk mengucapkan…

Eid Mubarak!!!

Kullu ‘am wa antum bikhair…

Taqabbalallahu minna wa minkum….

Bagaimana agaknya Ramadhan tahun ini?

Moga semuanya baik-baik saja…

Dan semakin mantop hendaknya!!!

Dalam kegirangan…

Jangan lupa saudara kita di sana!!

Mari sama-sama tembak doa ke sana!

pray for egypt

Till then,

Wassalam..

Ana ukhtikum fillah..

SMB

Bintulu, Sarawak

260813 | 0235 hours

Dr. Mohamed Mursi

muhammad morsi 2
[CREDIT]

Salam ‘alaik.. Bangun dari tidur dan minum petang, aku menghidupkan komputer riba milikku… Yang pertama aku buka semestinya laman facebook.. Scroll down news feed.. Rata-rata membicarakan perihal penggulingan Dr. Mohammed Mursi.. Terkejut… Lantas aku cari beritanya di enjin carian google.. Tertarik dengan ucapan Dr. Mursi yang mengundang mutiara jernih. Duhai Mursi, inshaa Allah! Kami mendukungmu.. Allah bersamamu… Allah pasti sedang merencanakan yang terbaik untuk kita. Inshaa Allah!! Islam pasti menang… Islam akan kembali menakluki dunia! Allahumma Aameen..

Ucapan Dr Mursi :

Sesungguhnya, Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat, Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera, Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat, Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga, Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,

Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama, Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja, Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja, Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama, Kerana dalam setiap apa pun,Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku, Kaffah menyeluruh, Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita, Segala macam korupsi yang ada, Apakah dianjurkan islam? Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar, Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan, Apakah itu yang islam anjurkan? Itulah yang mahu aku baiki, Untuk semua rakyat di negara ini, Kita ada agama yang memimpin hidup kita.

Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita, Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. Aku memohon ampun atas kelewatanku, Untuk mengurus negeri ini, Aku mengetahui batasan aku, Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara, Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku, Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,

Jika tidak ada sokongan kamu, Aku tidak akan berada di sini, Ku hanya memohonkan sabarmu, Ku hanya memohonkan komitmenmu, Ku hanya memohonkan bantuanmu,Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama, Kerana ianya bukan hak mutlak diriku, Dia adalah milik kita bersama,Tetapi keadaannya tidak demikian, Kau malah menuduh aku bermacam-macam, Sikapmu yang tidak sabar,

Ianya hanya merugikan kita. Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu, Untuk membantu perjuanganku ini, Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya, Maka aku hanya berpegang dengan taliNya, Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu, Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini, Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!

Qunut Nazilah:

Ya Allah! Kami Letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami. Dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka. Ya Allah. Hancurkan kumpulan mereka. Ya Allah pecahkan pakatan mereka. Ya Allah leburkan pendirian mereka. Ya Allah musnahkan langkah mereka. Cengkamkan anjing-anjing-Mu pada mereka. Ya Allah Yang Maha Memaksa. Ya Allah Yang Maha Perkasa. Ya Allah Yang Maha Membalas. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah yang menurunkan kitab. Yang mengarakkan awan. Yang menewaskan tentera Ahzab. Kalahkan mereka. Dan menangkanlah ke atas kami. Allahumma Aameen.

[CREDIT]
[CREDIT]
Wassalam…

Ana ukhtikum fillah,

SMB

040713 | 1917 hours

Bintulu

Hati | Mixed Topic

ukhuwah islamiyyah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Apa khabar iman?

Baik?

Maintain?

Atau…………

Di doakn semuanya baik-baik belaka….

Hari ni…

Hari selasa…

May 30th, 2013

Beberapa kali hati diketuk sejak pagi td..

Tiba-tiba terasa nak tanya pada diri….

Ikhlas ker berhijrah ini?

Kerana Allah kah penghijrahan ini?

Untuk siapakah sebenarnya hijrah ini….?

Ya Allah….

*potong bawang laju-laju*

Aku lebih banyak belajar dari mereka yang baru memulakan penghijrahan…

Sungguh…

I’m touched with what they have done…

They have choose this path…

The path of tarbiyyah…

The path of dakwah…

The path of  Allah, The Most Mighty…

………………….

Rindu rasa itu…

Rasa kehangatan tarbiyyah….

Rasa nak pergi usrah jea…

Rasa hangatnya ukhuwwah fillah…

Tak mahu berpisah dengan mereka….

Kadang-kadang rasa macam…

“Kalaulah kami duk serumah ,’kan best?”

Mesti takkan terjebak dengan perkara yang lagha….

Kerana masing-masing ada untuk saling mengingatkan…..

Aduh!!!! Manisnya!!!!

Mana nak jumpa rasa seperti itu kalu bukan di jalan ini?

“Ukhtiku! Aku cinta kamu!”

“Ukhtiku! I love you!”

“Ukhtiku! Ana uhibbuki!”

“Ukhtiku! Wo ai ni!”

“Ukhtiku! Saranghaeyo!”

“Ukhtiku! Naan unnaikadhalikiren!”

Kisah hijrahmu membuka mataku….

:’)

Semoga kita sama-sama berjuang untuk terus thabat di jalan ini!

…………………………………………………………………………….

Wassalam

SMB

300413 | 1209 hours

Bintulu, Sarawak, Malaysia

Istiqamah dan Mujahadah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Kaifa imanukum?

Moga terus segar mekar dan mantop bersama dakwah dan tarbiyyah… Insha Allah…

Allahumma Aameen…

Dah lama tak update belog terchenta ni kan?

Wondering…

Is there any pembaca setia belog saya? Hihiii…

Macam tak ikhlas saja…

Well…. Entri kali ni bertajuk??

ISTIQAMAH DAN MUJAHADAH

Nak cakap istiqamah memang mudah….

Tapi nak menzahirkannya tu….

Nak beristiqamah tu….

Memang perlu mujahadah yang hebat….

Istiqamah dan mujahadah harus bergerak seiringan….

Kerana istiqamah takkan mampu bergerak sendiri tanpa mujahadah….

Rasanya semua orang pernah try untuk consistent (in other words, istiqamah)

Nak consistent ni memang susah kan?

Contohnya untuk bangun 4.30pagi setiap pagi untuk Qiam…

Kalau tak usaha sungguh2…

Kalau tak lawan nafsu sungguh2…

In other words…

Kalau tak mujahadah….

Haih… Memang susah…

Benarlah….

Nak dapatkan syurga ini kadang-kadang kena paksa….

So… Got my idea?

ISTIQAMAH DAN MUJAHADAH ni macam best friend laaa…

Xleh pisah…

Macam saya ni….

Memang kena banyakkan mujahadah…

Musuh terbesar kepada kita (manusia) adalah nafsu kita sendiri….

BTW!!

Mula kan sedikit demi sedikit….

Step by step…..

BUT!!!!!

Try to consistent in it….

Inshaa Allaah….

Step by step but ISTIQAMAH…

^___^ So… I conclude that….

ISTIQAMAH DAN MUJAHADAH ITU BERSAHABAT BAIK…. NAK ISTIQAMAH HARUS BERMUJAHADAH….

 

Wassalam….

SMB

240113 | 0313 hours

Bintulu

 

p/s: Ini sekadar pendapat saya… Sila beri tunjuk ajar sekiranya terdapat kekurangan dan kesalahan… Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah… Dan yang lemah itu datangnya dengan izin Allah bersandarkan kelemahan diri ini… Barakallahufiik…

Adab BerUkhuwah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat pembaca-pembaca laman Jalanku Pulang ini… Alhamdulillah… Peperiksaan SPM telah pun bemula Isnin lepas 5 November.. Doakan ana yeahh? Tinggal lagi 5 paper lagi untuk ana jawab… Masha Allah… Berdebar sungguh hati ini… Doa usaha tawakkal… Bittaufiq wannajah fii imtihaan utk sahabat seperjuangan…. Juga buat senior-senior yang STPM….

Allahumma yassir wala tu’assir… Allahumma tammim bilkhair…

Since blog ni agak lama tak diupdate… (Lama ker?? ehee) So… Hari ni ana nk share pasal Adab-adab Berukhuwah.. 😉 Semoga bermanfaat untuk kita semua…. 😉

MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA/SAHABAT YANG DICINTAINYA 
Rasulullah SAW bersabda ertinya: “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya.” [HR Abu Daud dan Tirmizi]

BERDOA UNTUK MEREKA 
Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: “Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu.”

MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU 
Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan.” (HR Muslim)

BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU 
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah. “

MENGUNJUNGI SAUDARA 

Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : “Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.”

MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT 
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: “Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat.” (HR Tabrani). Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam hal-hal sebagai berikut: Berkenaan dengan kelahiran anak: “Semoga anda diberkati atas pemberianNya itu dan bersyukur dengan Yang Memberi Rezeki mulai dari kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga hari tuanya.” (HR Husein bin Ali RA) Apabila kembali dari menunaikan haji: “Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu.” (HR Ibnu Sunni dari Ibnu Umar RA) Bila salah seorang saudara menikah : “Mudah-mudahan Allah mengekalkan keberkatan atasmu dan mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan.” (HR Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah) Ucapan Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita, membalas kebaikan saudara dengan ucapan selamat: “Semoga Allah memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan mudah-mudahan Allah membalas kebaikan kepadamu.” (HR Nasa’ dari Ibnu Majah)

MEMBERI HADIAH 
Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati.” Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: “Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai.”

MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA 
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: “Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (HR Muslim)

SMB

Bintulu Sarawak

111112 |0730 hours