Kisah Gadis Berniqab | Bahagian 4

“Isy, Ira ni. Tak baiklah buat macam tu. Mesti bengang si Bukhari tu Ira tak layan dia.”

“Biarlah siapa suruh. Ingatkan pak lebai macam dia tu tak layan perempuan. Gatal jugak rupanya.”

“Isy Ira ni. Tak baik cakap macam tu. Entah-entah waktu tu dia betul-betul nak minta maaf ke,” Alice bersuara lagi.

“Ira pun fikir macam tu juga. Rasa tak baik buat macam tu. Jadi malam tu, Ira replylah sikit SMS dia.”

“Wah, reply jugak. Ingatkan tak nak layan si Bukhari tu.”

“Alah malam tu je Ira reply sms dia. Lepas tu sampai masuk UIA Gombak takde lah.”

“Ooo macam tu. Tapi Ira belum cerita lagi kenapa Ira dengan mak Ira marah sangat dengan dia.”

“Hmm,” Humaira seakan mengeluh.

Alice hanya memandang ke arah wajah Humaira.

“Alice percaya ke kalau Ira cerita kenapa Ira benci sangat dengan dia.”

“Mestilah, kenapa pulak tidak,” jawab Alice.

“Ira pun macam tak percaya yang Bukhari macam tu. Tak sangka budak baik macam dia sanggup buat benda tak elok macam tu.”

“Apa yang Bukhari buat Ira?” soal Alice tidak sabar.

“Lepas masuk UIAM Gombak tu, Bukhari adalah jugak sms-sms Ira. Dia selalu ajak Ira pergi kuliah-kuliah agama yang ada dekat UIA tu. Ira sukalah jugak dapat sms dari dia.”

“Oo macam tu.”

“Tapi, ada satu hari tu sms dia lain macam sikit.”

“Hah apa yang lain tu Ira, ceritalah.”

*****

Malam itu Humairah sedang membuat latihan Business Mathematicnya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada sms yang masuk. Mesej dari Bukhari. Humaira tidak merasa apa-apa. Mungkin esok ada kuliah agama kot. Humaira terus membuka sms tadi.

“Aslm wbt Ya ukhti Humaira. Tengah buat apa tu?”

Humairah terdiam seketika. Apa pula mimpi mamat ni bertanya khabar malam-malam buta ni. Biasanya smsnya hanya berkisar pada mengajak hadir ke kuliah, pembatalan kuliah, takpun mesej-mesej yang berbentuk tazkirah. Humaira menaip mesej. Tidak sedap hati pula jika tidak membalas mesej ini.

“Wslm wbt. Ana tengah study. Apa mimpi akhi mesej ana malam-malam ni?”

Humaira terus menghantas sms itu. Tak sampai seminit sms berbalas lagi.

“Ana teringatkan anti. Asyik terbayang wajah anti sahaja.”

Humaira kelu seketika. Apa mahu dibalas. Tapi jarinya terus menaip sms.

“Akhi ni nak bergurau-gurau pula malam-malam ni. Ana tak ada masa. Ana nak study ni.”

Bukhari membalas lagi:

“Ana bercakap benar. I really-really miss u. Ana suka kat anti.”

Humaira terdiam. Gila! Tapi di dalam hatinya sedikit keriangan. Dia sudah tidak tahu apa yang mahu dibalas dengan sms itu. Terus ditutupnya buku Business Mathematicnya. Dia tersenyum sendirian. Jauh dilubuk hatinya, dia juga menyukai Bukhari. Tak sangka lelaki itu menyimpan perasaan yang sama kepada dirinya.

Malam itu Humaira asyik terbayangkan wajah Bukhari. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lagi:

“Esok kita jumpa di kuliah feqh ya. Dah lama ana tak jumpa anti. I miss you. Wslm wbt”

Humaira tersenyum. Sebelum melelapkan mata, sempat lagi dia menaip sms untuk membalas sms Bukhari.

“I miss you too. See you tomorrow.”

*****

“Amboi, jiwangnya kamu dengan Bukhari ni. Bukan main lagi ye Ira.”

“Entahlah Alice, Ira pun tak tahu kenapa dengan senang je Ira terima Bukhari tu.”

“Mungkin sebab dia baik kot. Sebab tu Ira senang je terima dia.”

“Mungkin betul juga kata Alice. Sebab Ira ingat dia baiklah Ira terima dia.”

“Hmm, jadi apa yang berlaku seterusnya. Dah suka sama suka tu,” Alice bersuara lagi.

“Hmm tulah yang Ira sedihkan, kami suka sama suka. Ira ada beritahu ibu Ira pasal ni. Dia pun tak kisah. Dia suka sahaja Bukhari tu.”

“Ooo macam tu. Habis tu ibu Ira tak suruh ke kamu bertunang ke, kahwin ke?” soal Alice lagi.

“Ada, ibu ada cakap, kalau dah suka sama suka tu, ikat sahajalah. Lagi elok.”

“Jadi, Ira dah bertunanglah dengan Bukhari tu.”

“Tak sempat pun. Bukhari menolak katanya belum sedia lagi. Ira ikut sahajalah.”

“Ooo macam tu,” kata Alice pula.

“Tapi eloklah tak sempat bertunang tu. Tak sanggup Ira nak ada tunang macam tu.”

“Kenapa Ira, apa dia buat?”

“Alice tahu, Ira ingat dia lelaki baik. Setia kat Ira. Lagipun dia aktif dengan aktiviti dakwah. Tapi rupanya sebaliknya.”

“Apa Bukhari dah buat Ira?”

*****

Humaira sedang membaca buku accounting di biliknya. Tak lama lagi peperiksaan semester. Maka Humaira menghabiskan masanya dengan mengulangkaji pelajaran. Kuliah-kuliah feqh dan akidah pun sudah dua minggu tiada. Memang begitulah, apabila lagi tiga minggu menjelang musim peperiksaan, kuliah-kuliah agama pada waktu malam akan dihentikan. Ini untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar ini mengulangkaji pelajaran mereka.

Humaira membelek-belek telefon bimbitnya. Sudah tiga hari tidak menerima sms daripada Bukhari. Mungkin sibuk agaknya. Masing-masing akan hadapai peperiksaan akhir semester. Tiada siapa yang mahu terkandas.

Tiba-tiba telefon bimbit Humaira berbunyi. “Mungkin ada sms dari Bukhari,” Humaira berkata di dalam hati.

“Aslm wbt. Ya ukhti! Maafkan ana kerana lama tak reply sms anti. Ana sedikit sibuk. Ana ada hal nak beritahu anti, malam nanti ana call anti.”

Humaira membiarkan sahaja mesej itu. Tak pe, malam ini Bukhari akan menelefonnya. Sudah hampir lapan bulan, setiap malam ada sahaja sms yang akan dihantar oleh Bukhari. Kadangkala Bukhari akan menelefon Humaira. Hinggakan teman sebilik Humaira, Emmy berasa hairan. Kadangkala dia bertanya siapa yang telefon, Humaira hanya tersenyum sahaja. Humaira sangka rakannya Emmy tidak tahu apa yang berlaku. Itulah sangkaan awalnya. Tapi akhirnye rahsia yang terselindung terbongkar jua. Hari itu muncul kembali ke dalam lamunan Humaira.

*****

Satu hari Humaira keluar. Mungkin ke tandas agaknya. Waktu itu hanya Emmy yang ada di bilik.Rakan-rakan yang lain keluar. Emmy pergi ke katil Humaira. Dia mahu mengambil buku accountingnya yang dipinjam oleh Humaira. Tiba-tiba dia terlihat telefon bimbit Humaira. Terpapar satu mesej di telefon bimbit itu.

“Hai sayang, ukhti tengah buat apa tu. Ana rindu kat anti. Jikalah anti ada di sini ana ini, pasti ana akan membelai-belai rambut ukhti, mesti ukhti suka kan. Ukhti bayangkan kita berdua sahaja ……”

Emmy terus meletakkan telefon bimbit itu. Tak sanggup dia mahu membaca sms itu. Dia terkejut. Tak dia sangka. Dia seakan tidak percaya bahawa inilah yang dibualkan melalui sms setiap hari. Emmy terus pergi ke katilnya. Dia menunggu Humaira balik. Pintu bilik dikuak. Kelihatan Humaira masuk. Humaira bersuara:

“Tak tidur lagi ke Emmy?” soal Humaira.

“Belum lagi, tak mengantuk,” jawab Emmy perlahan. Diikutkan hatinya mahu sahaja dia bertanyakan Humairah tentang sms itu. Tapi dia menangguhkan hasratnya. Dia melihat sahaja apa tindakan Humairah selepas membaca sms yang ada itu.

Humairah kelihatan tersenyum-senyum. Entah apa yang ditaipnya. Dia membalas mesej Bukhari.

Emmy hanya memerhatikan sahaja. “Biarkan, esok masih ada. Aku akan dapatkan jawapannya dari Humaira esok,” kata Emmy di dalam hati.

Emmy terus melelapkan matanya walau hatinya tidak tenang dengan apa yang baru diketahuinya.

“Emmy, Emmy bangun. Jom kita solat Subuh berjemaah. Dah pukul enam ni,” Humaira mengejutkan Emmy. Dua rakan yang lain masih tidur lagi. Mereka sedang cuti. Maklumlah perempuan.

“Hah dah pukul enam. Tunggu jap Ira, Emmy nak ambil wudhu dulu.”

Mereka solat berjemaah berdua. Humaira menjadi imamnya. Usai sahaja solat, selepas berzikir beberapa ketika. Emmy bersuara:

“Ira, kalau aku nak tanya satu soalan boleh tak, tapi kau jangan marah ye.”

“Apa soalan kau tu Emmy, cakap jelah. Tak ada aku nak marahnya.”

“Siapa yang selalu telefon dan sms kau tu?” soal Emmy.

“Alah kawan akulah Emmy,” jawab Humaira.

“Lelaki ke perempuan?” soal Emmy lagi.

“Lelaki. Heheh takdelah perempuan, kawan sekolah Ira dulu,” jawab Humaira.

“Ooo, macam tu,” Emmy bersuara. Dalam hatinya dia sungguh tak sangka yang Humaira masih lagi mahu berselindung. Masih mahu menipu dirinya.

“Ira, aku sebenarnya syukur sangat dapat duduk sebilik dengan kau ni. Kau baik. Walau aku macam ni. Pergi kelas pun dengan baju ketat, pakai seluar jeans, kau still kawan dengan aku,” Emmy menyambung bicara.

“Heh Emmy, apalah ni, Subuh-subub macam ni buat cerita syahdu pulak. Biasalah tu. Sesama kawan.”

“Takdelah Ira, kau selalu nasihat aku. Dulu aku ingat lagi. Aku memang payah nak solat Subuh, tapi kau selalu kejutkan aku. Ajak aku solat jemaah macam sekarang ni. So, aku memang bersyukur sangatlah.”

“Hmm,” jawab Humaira.

“Aku harap kau akan kekal macam tu. Tak berubah. Aku nak kau ajar aku, bimbing aku. Tapi…” Emmy terhenti di situ.

“Tapi apa Emmy?” soal Humaira pula.

“Sebenarnya berat aku nak cakap ni Ira. Sebenarnya aku terbaca sms yang kau dapat semalam. Aku tak sengaja. Aku tak ada niat pun nak nak baca sms tu.”

Humaira terkejut. Segala yang cuba diselindungnya terbuka jua. Hancur! Maruahnya di hadapan Emmy hilang. Dia malu, sedih, marah. Malu dengan apa yang telah dia lakukan bersama Bukhari, sedih kerana maruah dia tercalar, segala noda-noda hitam yang tersembunyi di sebalik tudung labuhnyanya itu akhirnya terbuka jua. Marah! Geram! Geram kepada Emmy kerana membongkar apa yang dia sorokkan selama ini.

Humaira terus menanggalkan telekungnya. Dia bersuara dengan keras: “Siapa suruh kau baca sms aku?”

“Aku tak sengaja Ira, aku tak ada niat pun nak baca sms tu.”

“Ah! Kau memang sengaja cari kesalahan aku kan. Lepas ni bolehlah kau hebohkan kat kawan-kawan yang lain.”

“Ira, aku tak ada niat macam tu. Aku janji Ira, aku takkan bagitahu kawan-kawan yang lain. Aku janji Ira. Apa aku dapat kalau aku buat macam tu.”

Humaira terus pergi ke arah katilnya. Perasaannya bercampur baur, dia tidak tahu apa yang boleh dia buat lagi. Emmy terdiam. Dia pergi ke arah Humaira.

“Kau tak percayakan aku ke? Aku takkan bagitahu sesiapa tentang hal ni.”

Humaira mendiamkan diri. Emmy bersuara lagi.

“Dulu kau selalu nasihat aku, bila aku tak solat kau ingatkan aku, bila dulu aku dok gayut telefon dengan boyfriend aku, kau nasihat aku berhenti semua tu. Aku ikut cakap kau. Tapi kenapa kau jadi macam ni. Aku nak kau jadi macam dulu. Humaira yang aku kenal dulu.”

“Ah! Kau jangan nak ceramah akulah Emmi. Kau siapa? Kau ingat kau baik sangat. Dahlah. Kau dah tahu siapa aku sekarangkan. Dah aku nak tidur.”

Emmy terdiam.

*****

Humaira tersedar dari lamunannya. Itulah kali terakhir dia bersama Emmy. Selepas segala-galanya terbongkar, Humaira memohon untuk berpindah ke bilik lain. Entah apa rezekinya, mudah sahaja permohonan menukar bilik dia diluluskan. Bukan setakat itu, dia berpindah dari mahallah Sumayyah ke mahallah Asiah.

Humaira kembali membaca buku accountingnya. Perasaan sedih tiba-tiba muncul pabila teringat kembali pertengkarannya bersama Emmy. Akan tetapi sebentar sahaja, Humaira tersenyum kembali apabila mengingatkan janji Bukhari untuk menelefonnya malam itu.

*****

Alice terdiam. Cerita yang Humaira ceritakan seolah-olah satu kejutan buatnya. Humaira, gadis yang dia kenali sejak sekolah. Sukar berinteraksi dengan lelaki hatta teman-teman sekelas. Alice teringat, Humaira pernah membaling beg seorang budak lelaki keluar dari kelas hanya kerana budak lelaki itu mengganggu Alice. Tapi cerita yang dia baru dengar kali ini, seolah-olah Humaira yang lain wataknya. Bukan Humaira yang Alice kenali. Alice bersuara:

“Lepas tu, apa yang jadi, Ira? Macam mana Ira dengan Emmy?”

Humaira terdiam. Matanya merah, dia seakan-akan mahu menangis.

“Entahlah Alice, aku tak tahu. Dah lama aku tak hubungi Emmy. Mesti dia kecewa dengan aku.”

“Hmm, takpelah Ira. Benda dah jadi. Nak buat macam mana. Eloklah dapat kawan macam dia.”

“Yup. Dia baik. Memang dia kurang didikan agama. Waktu Ira baru kenal dia, Ira rasa macam susah nak masuk dengan dia. Waktu 1st week sebilik dengan dia. Tak pernah sekalipun Ira tengok dia bangun solat Subuh. Ira start perlahan-lahan ajak dia solat. Alhamdulillah dia mula-mula macam malas, tapi lama-lama dia ikut juga.”

“Hmm.”

“Ira tak cuba hubungi dia ke, atau ajak dia kawan balik dengan Ira?”

“Hmm, Ira bukan tak nak. Ira malu, malu dengan dia. Dia berubah jadi baik. Dia harapkan Ira untuk jaga dia, ajar dia solat, ajar dia mengaji, tapi akhirnya Ira yang rosak. Ira malu nak jumpa dengan dia lagi.”

Alice terdiam. Humaira seakan-akan tidak dapat menahan lagi air matanya. Dia menangis. Alice cuba memujuknya, menenangkannya. Alice menggosok belakang Humaira. Humaira menangis teresak-esak. Perasaan bersalah muncul di dalam hati Alice. Kenapalah dia perlu mendesak Humaira menceritakan kesemuanya? Kenapalah perlu dia merosakkan malam itu dengan tangisan Humaira. Kenapa? Kenapa? Cuma hati Alice masih bertanya-tanya. Apakah yang Bukhari lakukan sehingga Humaira begitu benci padanya. Niatnya untuk mengetahui hal itu padam apabila melihat tangisan Humaira yang tidak henti-henti.

Malam itu, Humaira terus menangis dan menangis. Entah kenapa perasaan sedih yan teramat sangat. Alice terus memeluknya, memujuk dan memujuk. Akhirnya Humaira tenggelam dengan tangisannya di dalam dakapan sahabatnya Alice. Malam itu menjadi saksi kepada tangisan kesedihan, penyesalan, tangisan memohon taubat dari Tuhan. Alice membiarkan sahaja Humaira di dalam dakapannya. Akhirnye mereka terlena. Malam menjadi sunyi.

 

 

…. Hidup tidak sentiasa tenang, adakala badai menghempas pantai. Sesekali terusik dengan dugaan hidup, yang kurang bergantung pada Nya boleh jatuh tergolek. Sesekali tersapa cabaran iman, jatuh berguling tercari arah… Perubahan itu perlu selalu dihiasi dengan muhasabah secara istiqamah kerana HATI selalu teruji. Antara haq dan batil, usah dicampur aduk keduanya kerana Islam tidak menghalalkan sesuatu yang batil untuk yang haq. Wallahua’lam ….

Sumber: http://karya-islami.blogspot.com

4 thoughts on “Kisah Gadis Berniqab | Bahagian 4

  1. assalamualaikum,ukhti..ana bru selesai menziarah blog ukhti n trjumpa entry ttg Kisah Gadis Berniqab ni….adkh kisah ni berakhir smpai bhgian 4 je?…ada sambungan lg x?…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s