Lubuk Jihad Akan Bebas

‘Ceramah Perdana Bersamamu Palestine’

Faiz teringat akan poster yang dibaca sebentar tadi. Dia bermonolog sendiri.

“Perlu ke aku datang ceramah tu?Macam membazir je..Bukan boleh tolong Palestin pun..”

Hilmi yang dari tadi memerhatikan gelagat sahabat karibnya itu, tersenyum seolah-olah memahami konflik dalaman yang dihadapi oleh Faiz.

“Assalamualaikum Faiz, termenung jauh nampak,”tegur Hilmi.

Faiz yang sedari tadi bermonolog sendiri terkejut dengan teguran Hilmi walaupun Hilmi sekadar memberi salam.

“Ish, kau Hilmi. Aku ingat bidadari manalah yang tegur aku tadi”,gurau Faiz dalam nada serius.

“Kalau bidadari, takde nya dia nak tegur kau, Faiz. Hehe”. Belakang Hilmi ditepuk lalu mematikan perbualan dua sahabat tadi.

“Barangkali Faiz sedang mengalami masalah”,getus hati Hilmi setelah melihat rakannya tidak seceria hari-hari sebelumnya.

Hilmi kelihatan tidak berputus asa meskipun sahabat karibnya melayan dia secara endah tak endah. Bagi Hilmi, jika sahabatnya bersedih dan mempunyai masalah, dia turut merasa kesedihannya. Namun Hilmi masih tertanya-tanya, apakah yang mengganggu Faiz sebentar tadi? Dia nekad untuk mengorek segalanya apabila mereka pulang ke kolej kediaman malam nanti. Bagi Hilmi, sahabatnya Faiz memerlukan teman untuk meluahkan segala rasa yang terbuku di hati.

“Aku tak fahamlah dengan masyarakat kita ni Hilmi, mereka ingat dengan  mengadakan ceramah-ceramah mengutuk perbuatan Zionis terhadap Palestin tu, dapat merubah apa-apa? Membazir wang je menganjurkan ceramah. Apa orang cakap? Buang karen jek la…”

“Astaghfirullahalazim…Faiz, ceramah tu dibuat untuk menyedarkan dan membangkitkan kembali semangat umat Islam di Malaysia ni. Istilah kamu gunakan iaitu mengutuk tu salah sama sekali. Kita menganjurkan bukan untuk mengutuk sahaja malahan kita anjurkan untuk sama-sama mengutip derma bagi membantu rakyat Palestine. Semua perbuatan ada tujuan yang baik, sahabat”.

” Hmmm..yeke??apa yang aku nampak, mereka seolah-olah memperjuangkan sesuatu yang tiada hujung pangkal,” balas Faiz.

” Kamu pernah ikut ke ceramah ni Faiz, hingga kamu mengatakan ianya tiada hujung pangkal?”, Hilmi bertanya dalam nada sinis.

Faiz terdiam kerana hakikatnya, dia memang tidak pernah ikuti mana-mana ceramah yang berkaitan dengan Palestin. Dia tak mahu sebenarnya kerana dia tahu dia akan turut sama menangis melihat penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin di sana. Dia egois kerana marah dengan pemimpin-pemimpin Islam dunia yang melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa. Tapi, adakah dia sudah berjuang mempertahankan Palestin?

Lamunan panjang Faiz terhenti tatkala dia diajukan permintaan yang sukar untuk dia penuhi oleh sahabat karibnya, Hilmi.

“Barulah aku faham kenapa Faiz sangat-sangat tidak keruan semalam. Rupa-rupanya berkenaan Palestin”, getus hati kecil Hilmi.

Dia seperti mahu tergelak besar apabila teringatkan wajah berkerut Faiz semalam apabila dia mengajak Faiz untuk bersama-sama mendengar ceramah yang bakal diadakan di kafe Kampung E malam ini.

” Aku nekad nak ajak Faiz dengar ceramah tu malam ni walau apapun yang terjadi” , berkobar-kobar Hilmi bermonolog. Dia yakin ceramah ni akan membawa perubahan dalam diri Faiz. Dia pun tidak tahu apakah yang bakal berlaku, namun dia yakin akan ketentuan Illahi.

MALAM CERAMAH PERDANA BERSAMAMU PALESTIN

Malam ini menjadi malam paling bersejarah buat Faiz. Buat pertama kali dia mengikuti ceramah seperti ini. Tidak pernah terlintas di hati mahupun fikiran dia bahawa dia akan mengikuti ceramah ini. Bukan ingin menidakkan keberkesanan ceramah tersebut namun dia beranggapan banyak lagi yang rakyat Malaysia perlu lakukan daripada menganjurkan ceramah tanpa mempunyai matlamat dan alternatif yang sepatutnya.

” Serangan ke atas kapal Mavi Marmara langsung tak menjejaskan semangat perjuangan kami untuk bangkit memperjuangkan Palestin. Kami bukanlah wira yang ingin disanjung-sanjung, tapi kami inginkan keadilan bagi pihak Palestin. Kami tahu tujuan sebenar Zionis. Kami menyeru anda semua untuk bersama-sama berjuang untuk Palestin dengan menyertai pasukan kami. Kami dahagakan semangat darah muda anak-anak semua!!Kita bukan mahu berperang,kita mahu membantu.”

Kata-kata yang dilaungkan oleh Tn. Hj. Jamuliddin bin Hj. Elias sebentar tadi benar-benar membangkitkan semangat Faiz. Seperti ada rasukan luar biasa yang menghuni diri Faiz. Ingin sahaja dia menyahut seruan tadi dan maju kehadapan. Dia sedar akan tugas sebenar dia sebagai manusia yang berperikemanusiaan.

“Hilmi, aku nekad. Aku nak join Yayasan Amal Malaysia. Aku nak bersama-sama dengan LifeLine 4 Gaza. Aku nak jadi ahli aktif mereka. Bukan sekadar memerhati tapi turut turun padang untuk menyelamatkan bumi suci Palestin,”kata Faiz berkobar-kobar.

“Alhamdulillah, aku gembira sangat lihat kawan aku ingin membantu saudara-saudara kita di Palestin. Tapi satu je pesanan buat sahabat yang aku kasihi ni. Aku harap kau tak abaikan pelajaran kau. Belajar juga ‘part of jihad’. Kau tahu kan??”

“Subhanallah…Syukur pada Allah, aku dapat sahabat yang sangat memahami dan suka menasihati aku. Jazakallah sahabat. InsyaALLAH, usaha aku akan seiring, Hilmi selagi aku punya sahabat macam kau.”

Kedua-dua sahabat saling tersenyum kerana terlalu bahagia dengan persahabatan ini. Hanya Allah yang dapat memisahkan tali silaturrahim yang kukuh antara dua sahabat ini.

Tanggal 12 September 2012, menjadi tarikh penentu buat Faiz.

“Akhirnya, hari penentu buat diriku. Hari dimana dunia akan kembali membuka mata setelah dua tahun peristiwa Mavi Marmara berlalu,”getus hati kecil Faiz.

“Assalamualaikum Faiz,”

“Waalaikumussalam, Hilmi! Kau datang?”

“Demi sahabat yang dikasihi, aku pasti datang,”ucap Hilmi ikhlas.

“Jazakallah, walaupun kau sibuk dengan kerja kau, kau tetap luangkan masa menghantar aku.”Ucap Faiz sebak.

“Sahabat aku ingin berjihad. Aku tak nak terlepas menjadi saksi kepergian kau, Faiz.”

Hakikatnya, seluruh rakyat Malaysia ingin menjadi saksi kepergian mereka. Pada kali ini, Malaysia menjadi negara yang menghantar sukarelawan yang paling ramai dan sumbangan yang paling banyak. Bukan ingin bermegah, namun rakyat Malaysia sudah mula mempunyai kesedaran mengenai isu Palestin yang tak kunjung padam ini. Bukan sekadar umat Islam yang menyumbang, malahan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin turut menyumbang. Faiz sedar misi ini bukanlah misi untuk berperang tetapi misi untuk menghantar bantuan buat rakyat Palestin yang tidak mendapat bantuan. Namun dia juga sedar akan risiko yang bakal ditanggung kerana kekejaman pihak Zionis memang tak dapat dinafikan lagi. Kata-kata akhir Faiz buat seluruh ahli keluarga dan sahabatnya sebelum kepergiannya ke Palestin sangat menyentuh perasaan semua.

“Kematian ialah satu kepastian. Faiz pilih jihad dengan jalan ini. Jika syahid ialah ketentuan Allah buat diri Faiz, langsaikanlah hutang piutang Faiz dan doakanlah Faiz,”.Faiz dengan tenang dan semangat menuturkan kata-kata itu. Bukan niat Faiz untuk membuat orang yang rapat dengannya sedih namun itulah hakikat yang mereka perlu hadapi jika ditakdirkan Faiz syahid di  bumi suci Palestin.

ALLAHUAKBAR!!!ALHAMDULILLAH!!!

Laungan itu menggambarkan betapa gembiranya semua sukarelawan setelah berjaya menjejakkan kaki ke bumi Palestin. Tersentuh hati Faiz saat melihat ramai dalam kalangan sukarelawan Turki sujud lalu mencium tanah berkat Palestin ini. Faiz dan sukarelawan lain turut melakukan perkara yang sama walaupun gerak geri 200 orang sukarelawan sentiasa diperhatikan oleh tentera Zionis, namun tiada rasa gentar dalam diri mereka.

“Mak, Ayah, Adik, Hilmi, Alhamdulillah! Kami Berjaya sampai di sini tanpa halangan yang berat. Jazakallah kerana doakan Faiz.”Getus hati kecil Faiz.

Selama dua hari mereka berada di sana, segalanya berjalan lancer. Bantuan berjaya disampaikan. Seluruh dunia memanjatkan kesyukuran. Dalam kelekaan para sukarelawan menghulurkan bantuan, salah seorang tentera Zionis menarik salah seorang kanak-kanak Palestin dan mengasari kanak-kanak itu. Faiz yang menjadi saksi pertama kejadian tersebut, tidak dapat menahan rasa marah.

“Jangan apa-apakan kanak-kanak itu!! Kamu tak berhak terhadap rakyat Palestin dan tanahnya!”.jerit Faiz.

“Kamu senyap! Lakukan kerja kamu ataupun kamu akan dihalau dari sini!” balas tentera Zionis.

“Halau kami, kamu yang akan dikecam oleh dunia dan Allah pasti turunkan bala buat kamu semua satu hari nanti!”

Pandangan seluruh kem Misi Kemanusiaan kini semua tertumpu kearah Faiz. Lalu, salah seorang sukarelawan Greece mencelah manakala sukarelawan-sukarelawan lain mulai mara kehadapan.

“Zionis celaka!Israel celaka! Jangan ganggu kerja kami! Lepaskan anak itu!”

Kata-kata beliau berjaya menakutkan tentera Zionis namun mereka mempunyai agenda sendiri. Dalam kesibukan para sukarelawan, tentera Zionis datang bersama-sama dengan kereta kebal. Mereka mengarahkan kesemua sukarelawan agar meninggalkan kem itu kerana mereka syaki bahawa di situ terdapat pengganas dari puak Hamas.

Faiz tidak berganjak malahan Faiz bersama-sama sukarelawan yang lain bersatu dan berganding bahu bagi menghalang niat jahat Zionis itu.

Dalam hati mereka, “Ya ALLAH, jika syahid takdir bagi kami,itulah sebaik-baik ketentuan-Mu.”Keteguhan mereka tetap di situ walau apapun terjadi.

Faiz berbisik, “Ya ALLAH, ampuni aku. Mak,Ayah, doakan anakmu. Hilmi, jazakallah sahabat! Aku yakin lubuk jihad akan bebas dengan syahidnya kami!”

Allahuakhabar!

– Artikel iluvislam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s