Masak Lemak Telur Ayam

Assalamualaikum wrh wbt.. Entah kenapa kebelakangan ni suka nau nak ke dapur untuk memasak… Alhamdulillah… Sedikit demi sedikit kebolehan memasak itu akan dicungkil…. Insha Allah… Hari ini nak share resepi Masak Lemak Telur Ayam… Untuk pengetahuan, saya sangatlah suka masak lemak… Bermula dari saya menetap di rumah umi di semenanjung… Masa tu umi masak ayam masak lemak… Berselera saya makan…😀 hehee… Baiklah… Takmahu berceloteh panjang.. Jom!

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 5 tangkai cili kering (tambahlah ikut citarasa)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Santan dari 1 biji kelapa (saya buat cair dan pekat)
  • Kentang (optional) -potong dadu
  • 5 biji telur ayam
  • Gula & Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, dan cili kering bersama.
  2. Tumis bahan-bahan yang kita dah tumbuk tadi. Masukkan juga serai yang dititik.
  3. Dah naik bau, kita tuang santan cair, bubuh garam gula, serbuk kunyit dan masukkan kentang. Tunggu sampai menggelegak.
  4. Dah menggelegak, masukkan satu persatu telur.
  5. Nampak telur dah hampir nak masak, tuangkan santan pekat.
  6. Tunggu sampai masak
  7. tadaaaaaaa… Dah siap!!!!

Selamat Mencuba!! Minta maaf ye…. Tak ada gambar… Internet tak berapa nak ok! Sobs…

till then…🙂 Wassalam

SMB

060114 | 0132 hours

Sarawak

P/s: Dah Tahun Baru Masihi pun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s